ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ehhh? Dah petang??? Hati dah ada kat rumah dah ni.....
Huhuhuhuhuhuhu... =)
Okaylah, balik kepada entri AJ...
Semua orang... Baik lelaki mahupun wanita, mesti pernah menipu, ditipu dan tertipu....
Tak kisahlah penipuan tersebut datangnya daripada siapa kan??
Tipulah kalau ada yang cakap tak pernah melalui pengalaman tersebut... =)
AJ juga pernah menipu dan ditipu......
Cuma, sebab kita menipu itu yang berlainan....
Ada orang menipu untuk menyelamatkan diri sendiri....
Ada yang menipu untuk melindungi orang lain.....
Ada yang menipu untuk kepentingan diri sendiri..
Di tahap manakanh penipuan kita? Tepuk dada tanya selera.....
Pada yang pernah ditipu, pasti sukar untuk kita mempercayai kembali si penipu kan???
Tambahan pula jika penipuan tersebut dilakukan berulang kali oleh insan-insan yang terdekat dengan kita...
Mampukah kita memberi kemaafan dan mempercayai insan tersebut.....???
AJ percaya kepercayaan itu pasti kembali.....
Cuma masa je akan menentukan semuanya....
Pintu kemaafan itu luas........
Semakin luas kita membuka pintu tersebut, makanya semakin cepatlah kita boleh mengembalikan kepercayaan kita terhadap si penipu......
Walaupun selalunya, kepercayaan tersebut tidak sama seperti sebelumnya.....
Kepada insan-insan yang selalu menipu, berterus teranglah....
Kerana sepahit mana pun kebenaran itu, sekurang-kurangnya ia tidak sepahit dan sesakit sebuah penipuan......
Kepada sesiapa yang pernah merasa tertipu dan ditipu oleh seorang insan bernama AJ...
AJ ingin memohon sejuta kemaafan.....
Kepada yang penah menipu AJ, AJ maafkan kalian....
Berterus teranglah kalau rasa masih mahu mengembalikan sebuah kepercayaan....
Nescaya hatimu akan lebih tenang.......
Pilih Jalan Kita....
Hadiahkan Sebuah Kemaafan...
Kembalikan Kepercayaan....
P/s : Alhamdulillah, buat masa ni tiada episod penipuan yang berlaku dalam hidup bagi fasa 2012 ni.....
Esok lusa??? Wallahualam.... Allah s.w.t sahaja yang lebih Maha Mengetahui....
Baca Selanjutnya »