Tadaaaaaa.......... Sekarang Dah Tak Berkarat......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Waaaahhhhhhhhh, awalnya AJ update blog pagi ni kan?????
Hehehhehehhehhe........ =)
Okaylah, dah baca tak entri sebelum ni??? AJ nak buat perubahan??
Kalau belum baca, sila baca entri kat bawah ni ye.......
Apa perubahan tu?? Sekarang AJ dah ready nak bagitau......


Ini gambar yang diambil Hari Jumaat lepas 3 Februari 2012.....


Dan ini gambar yang diambil hari ini 5 Februari 2012......

Haaaaaa...... Sekarang nampak tak apa yang berubah?????
Dah tentulah warna rambut..... Hehhehehheh..
Setelah sekian lama, bertahun-tahun mengaratkan rambut dengan pelbagai warna yang kejap kuning, kejap coklat dan pernah berhasrat nak warnakan reddish brown tapi terbantut hasrat murni tu sebab Mr.JR tak bagi, akhirnya AJ mengambil keputusan untuk menghitamkan kembali rambut kepada warna asal....... =)

Kenapa????
Sebab AJ dah bosan dengan warna-warna dan kesiankan rambut tu......
Hahhahahhaha.... Boleh pulak kesiankan????
Mula-mula tengok diri ni dengan rambut yang berwarna hitam, nampak agak pelik je.....
Yelah, dah lama kot rambut ni sangat tak original....
Hehehheheh..... Orang pertama yang tengok AJ berambut hitam, Mr.JR......
Mula-mula ingat nak surprisekanlah kononnya..... 
Sekali jadi tak surprise sebab dia dah agak dari status BBM...... Lupa pulak ada BBM kan.... Hehhehehheh....
Tapi takpelah, lepas ni ada orang nak jadi "imam" sebab AJ dah berambut hitam.....
Hahhahahahha....... Dan ini first time dia tengok AJ berambut original.... 
Yelah.... Dari awal perkenalan rambut AJ dah berkarat...... =D
Nak buat macam mana kan........ Tangki air kat rumah berkarat.... Hahahhahhahaha..... 
Kali ni, tak tau lah berapa lama rambut hitam ni bertahan.????? =)
Ceeehhhhh, macam pasang niat nak warna lagi pulak kan.......
Kalau ye, confirm kena marah...... =P
Harapnya, lepas ni takdelah hasrat nak warna balik rambut ni........
Cukup-cukuplah...... Rosak pulak rambut nanti..... =)

Okaylah, ini je sebenarnya perubahan AJ buat pada masa ni..... 
Perubahan yang lain-lain tu, macam berhijab contohnya.... Insyaallah.....
Sooner or later, pasti akan berubahkan??
Perubahan itu pasti, cuma bila ianya akan berlaku, kita tak tahu...... =)

P/s : Kepada rakan-rakan yang beragama Islam, AJ ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1433H.....
Marilah bersama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W...
SALAM MAULIDUR RASUL

Baca Selanjutnya »

Perubahan Bakal Berlaku....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sebelum balik keje ni, merepek kejaplah....=)
Perubahan Bakal Berlaku???
Hmmmmm.... Misteri pulak bunyinya....
Apa perubahan tersebut?? 
Tunggulah kalau nak tau.... Hahhahhahahha.....
Ini pun makan tahun jugak nak ubah tau.........
Sampaikan Mr.JR cakap nak jadi "Imam"lah masa AJ suarakan hasrat tersebut......
Sadis betul kata-kata Mr.JR tu.....
Sinis okay... Tapi takpelah...
Apa perubahan tu ek???
Nak pakai tudung ke????
Nak tukar imej jadi wanita muslimah ke???
Nak masuk pertandingan "Ustazah Pilihan" ke????
Tekalah sendiri.... Kalau tak dapat teka......
TUNGGULAH KALAU NAK TAHU..... DAN KALAU RAJIN NAK TUNGGU.....
Hahhahahhahahaha..... =)


P/s : Hehehhehehh..... Misteri tak??? =p

Baca Selanjutnya »

Awas Penyakit Kronik Berbahaya Sedang Menular......


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tengok-tengok jam, lambatnya masa berlalu hari ni..... Baru pukul 3 lebih....
Hurmmmmm....
Mesti korang tertanya-tanya penyakit Kronik apalah yang sedang menular ni.....?
Ini penyakit kronik yang semua orang pasti akan hadapi..... Macam yang AJ alami sekaranglah...
"PENYAKIT MALAS..."
Biasanya, time-time macam ni semua keje dah settle...
Tapi hari ni??? Keje jalan, tapi sampai sekarang pun belum siap-siap sebab kadar kemalasan telah meningkat ke tahap yang paling maksimum....
Aduhaiii, alahaaiii AJ.....
Kena pulak dengan cuaca yang ala suam-suam kuku, seram-seram sejuk macam ni....
Huishhhhh, memang lagi malaslah jadinya.....
Tapi memandangkan ini adalah Hari Jumaat dan lepas ni ada pulak cuti 4 hari, nak tak nak pun kena jugaklah settlekan semua keje...
Barulah hati dan jiwa tu tenang nak bercuti..........


WAKE UP AJ!!!!! JANGAN MALAS!!!! SIKIT JE LAGI...YOU CAN DO IT...

Tengok kat luar, Hujanlah pulak.... Kan syok kalau dapat tidur macam ni...... *YAWN*

P/s : Korang semua jangan malas macam AJ hari ni okay.... Hehehehhheheh.... =)

Baca Selanjutnya »

Attention to All Cat Lover.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

I got this message thru BBM this morning....

"About 40cats need immediate home otherwise all would be taken away by DBKL and most likely be put to sleep.... They're in Taman Tun Dr Ismail, KL.... Please contact this number if you can help 0123992021 (Puspa Rani).... If you can't save all of them, maybe you can adopt and save one or two....... This is REALLY URGENT!!!!!"

Guys, please help me to spread this to all of your friends.........
This is my last effort to save them..... They deserve to life..........
PLEASE, PLEASE, PLEASE.....



AGAIN, PLEASE CONTACT THIS PERSON IF U REALLY CAN HELP......
PUSPA RANI : 0123992021

OR ELSE, SHARE THIS IF U REALLY CARE.........

For more info : Please visit this Facebook page PUSAT JAGAAN KUCING.....

P/s : I DO BECAUSE I CARE....... DO YOU???

LOVE,
AJ....
Baca Selanjutnya »

PSIKOnya Driver Taxi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tadi masa lunch, AJ kena pegi bank di Bangsar Baru...
Disebabkan ingin memudahkan dan mempercepatkan perjalanan, makanya AJ pun menaiki teksi dari Lrt Bangsar menuju ke Bangsar Baru dan kemudiannya berpatah balik ke Lrt Bangsar dengan menaiki teksi yang sama..... 
Pada mulanya, driver teksi tersebut nampak normal.... Biasalah kalau driver teksi bertanya arah tujuan kita kan.. AJ pun menjawablah pertanyaan beliau tanpa banyak berfikir.... 
Tiba-tiba dia bertanyakan umur dan status perkahwinan...
Tanpa mengesyaki apa-apa AJ menjawab pertanyaan dia sekali lagi tanpa rasa was-was.........

TIBA-TIBA............ Dia dah tanya kenapa AJ belum berkahwin, tak terasa nak beranak ke dan siapa jodoh AJ, apa pekerjaannya, berapa gaji bulanannya....
AJ mula rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan driver tersebut...
Yelah, dah tu siap offer nak suruh kawin dengan dia bagai....
Kepala hotak dia.. Ingat AJ ni apa?? Sesuka hati dia je..
Kemudian dia bercerita pulak hal peribadi dia... Sepatutnya kahwin bulan lepas lah, lepas tu ramai perempuan tergila-gilakan dialah.... Tapi dia yang taknaklah....
Lepas tu cerita pulak tahap pendidikan dia..... Ada 2 MASTER dan 1 DEGREE katanya......
AJ dah memang malas nak layan tengok jelah telefon dalam tangan.....
Dalam hati kalau tinggi sangat kau belajar, kenapa kau bawak teksi???
Kalau AJ suarakan, buatnya dia melencong kat tempat lain, lagi haru dibuatnya kan???? So cakap jelah dalam hati......

DAN....... AJ rasa nak muntah darah, nak pecah kepala hotak bila dia cerita yang dia ni ada AUDI A2, HYUNDAI SONATA dan NAZA RIA....
Lepas tu setiap tahun keluarkan 1 teksi baru... Tapi kenapa teksi kau tu buruk dan berbau hamis????
Asal PSIKO sangat driver teksi ni??????
Seumur hidup AJ, tak pernah pulak AJ jumpe driver teksi yang macam ni........
Tiba-tiba hari ni terjumpa pulak yang macam ni punya KRONIK!!!!
Lepas tu yang buat AJ lagi hangin 1 badan bila dia caj RM22.50 bagi perjalanan sekangkang kera macam tu...... ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!

Korang semua kalau lepas ni ada tertahan atau terjumpa teksi dengan nombor pendaftaran HWB9468 tak payahlah korang tahan atau naik.... Sebelum korang pulak terkena macam AJ.....
Info ni je yang dapat AJ share dengan korang sebab kad pemandu pun dia tak pamerkan.......
Memang AJ adukan kat SPAD lepas pada tu......
Serik AJ macam ni.... =(





P/s : AJ Bukan Nak Hina Pekerjaan Dia Dalam Entri Ni.....
Tapi Janganlah Kerana Dia Seorang, Rezeki Pemandu Teksi Lain Terjejas.....
Seriik Kot.....
Baca Selanjutnya »