I Miss Paintballing.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni terasa lambatnya masa berlalu.... Dalam melengah-lengahkan kerja pun, still banyak masa yang terluang...
Makanya, buatlah senaman jari jemari tak berapa runcing kat sini... Hehhehheheeh.....
Waaaaaaaa..... Rindunya nak berpaintball macam dulu-dulu...... Elehhh, macamlah lama sangat..
Tapi agak lama jugaklah... Almost 2 tahun tinggalkan dunia paintball setelah hampir 5 tahun bergelumbang dalam bidang tu...

Banyak kenangan suka dan duka paintball AJ.....
Kenangan kena campak dalam lumpur kat padang lepas hujan lebat sampai lepas tu dah tak tau beza bau badan sendiri dengan kerbau yang balik dari berkubang..... 
Kena siram dengan air pellet sampai oren dan panas 1 badan.... 
Main-main baling tepung, berlari sana sini.... Hoi sana, hoi sini... 
Banyaklah lagi kenangan-kenangan kat dunia paintball tu........


Masa dalam tournament pulak, ada adegan airmata bila dah kalah, ada senyum happy dan hyper time menang... Hehehhhe.....
Argue dengan head reff, emo dengan teammate, marker tak function time dalam padanglah... 
Macam-macam yang jadi... Hehhehhhhehe....
Masa tu seronok sangat bila diimbas kembali.....
Sekarang ni, tengah pasang niat nak main paintball balik..... Agaknya boleh ke ek??? Huhuhuhuu.....


P/s : PRO sangat ke AJ main paintball??
Hehhehehehehe.....






Baca Selanjutnya »

Statement Yang Paling AJ Tak Suka...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat pagi semua..... Pagi ni hujan, so mood nak buat keje awal-awal tu macam tak berapa ada je..... (Eceeewahh, bukan ke hari-hari pun memang malas??? Hehhehheeheh..)
So, curi tulang dulu lah.... =)
Pagi tadi masa nak keluar pegi keje, bertembunglah dengan salah seorang jiran kat rumah tu....
Tak semena-mena dia keluar statement "KURUS AJ SEKARANG"...
AJ pun tersipu-sipu je la senyum tapi dalam hati......... Pernah ke AJ gemuk? Ni yang pelik sangat ni.......... Dannnnnnnnnnnn, AJ TAK SUKA STATEMENT TU!!!!!!!! AJ nak GEMUK.......
Atleast 43-45 kg dari berat sekarang yang cuma 38 kg....
Okay, ini bukan auta ye... Baru timbang semalam kat Mid Valley....... Tak sukanya.............!!!
Dah macam-macam cara AJ buat bagi nak menggemukkan diri... Tapi setiap kali tu la "Mission Failed"......
Nak kata AJ ni tak kuat makan, tak jugak..... Mr. JR pun panggil AJ "Perut Stokin" sebab katanya AJ ni makan macam ada jin belaan..... 
Tak dinafikanlah, nafsu makan AJ memanglah kusssss semangat... Tak padan dengan badan yang kecil molek ni..... 
Tapi berat tu nak naik punyalah susah...
Kalau sesiapa ada cara yang efektif, silalah share-share dengan AJ ye....

Oh ye, pernah sekali AJpunya berat naik mendadak..... 49.9kg... Tu jelah sekali pun...
Lepas tu.. Hurmmmmmmmmm... Kecut balik... Itupun sebab keje kat Kantin UM dulu.....
Rasa kene keje kat tempat-tempat makan kot baru boleh.... Huhuhuhuhuuhu......



P/s : Tolonglah gemuk sikit badan.......... Barulah nampak sihat.....
Baca Selanjutnya »

Jalan-Jalan Times Square...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni AJ pegi Times Square.... Rasa macam dah lama sangat tak pegi sana...
Terima kasih ye Mr. JR sebab sudi temankan pegi exercise kaki kat sana.....
Dalam merungut-merungut pun, ikut jugak turun naik eskalator...
Setelah berpusing-pusing, melawat satu kedai ke satu kedai maka jumpalah 1 beg....
Makanya terbelilah beg tu..... Ingat nak beli benda lain sekali, tapi disebabkan pegi dengan Mentara Guru kesayangan maka tak jadilah... Nanti dia bising... Membazir katanya... =)

Okay, kepada sesiapa yang tak pernah pegi Times Square meh sini AJ nak cerita apa yang ada kat tempat ni....
Pertama sekali, Times Square ni terletak di Jalan Imbi.... Kalau nak pegi lebih mudah naik Monorel dan berhenti di Stesen Jalan  Imbi....


Dalam Times Square terdapat banyak kedai-kedai pakaian, accesorries dan sebagainya...
Harga barangan yang terdapat disana tersangatlah murah....
Dulu selalu jugaklah habis 3-4 ratus... Macam-macam boleh dapat, baju berpasang-pasang, kasut lagi, handbag lagi sampai tak menang tangan menjingjit beg plastik...
Selain daripada itu, terdapat Taman Tema dalam bangunan yang pertama ada kat Malaysia ni.... Haaaaa... Best kan? Kalau rasa nak naik Roller Coaster dalam Air Cond, bolehlah pegi Times Square ni.....



Okaylah kalau nak tahu lebih lanjut pasal Berjaya Times Square SILA KLIK SINI.......

P/s : Terima Kasih ye Mr. JR temankan dan tolong pilihkan beg.........
Baca Selanjutnya »

Kononlah Nak Merajuk...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ selalu dengar orang cakap lelaki ni tak reti memujuk..... Betul ke????
Lelaki ni bukan tak pandai memujuk.... Tapi tak kena cara je.... Kalau kena caranya, cairlah perempuan yang dipujuk...... Macam AJ la... Hahhahhahah...
Okay, malam jumaat hari tu, niatnya nak merajuk bawak dirilah konon.... Lari sampai ke bintang....
Tapi baru 10minit AJ jejak bintang tu, sampai pula "Mentara Guru" Mr.JR......
Oh ohhhhh..... Habislah AJ.... Pertama, memang confirm kena marah... (Padan muka AJ)
Yelah, tengah-tengah malam buta berlari... Siapa suruh......?

Lepas tu barulah dia memujuk AJ..... Pandai juga dia memujuk ye..... 
Dulu masa mula-mula kenal cakap tak pandai pujuk.... Sekarang dah ada peningkatan.... Bagus-bagus..... Hehheheheheh..... =) 
AJ merajuk pun sebab dia dan sebab kedegilan AJ jugak.. Lepas dipujuk-pujuk... Tercair pulak diri ini..... Lepas tu rasa kesian pulak kat dia.... Kejamnya AJ.... Sorry Mr.JR.... Lain kali tak buat lagi ye....
After that kitaorang makan kat Bintang sampai pukul 2.... 
Lepas tu, pegi Wangsa Maju lepak dengan Ayap, Hajar dan Reid.... Lepas tu, hantar Reid kat Shah Alam.... Dekat pukul 7 pagi baru sampai rumah..... Rabak mata masing-masing.... =(


P/s : Mr.JR lain kali tak buat lagi ye.....
Baca Selanjutnya »

AJ Nak Derma Darah.... TAPI.................


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni mood malas nak buat keje datang....
Aduhai... So, tangan pun mulalah gatal nak menaip kat sini......
Korang semua pernah menderma darah tak???
Ape rasa dia ek? Sakit tak?? Huhuhuuu.....
AJ teringin nak menderma darah... TAPI............
Kenapa ye?? Takut jarum??? Takut kena cucuk???? Takut itu??? Takut ini???
Baca ni dulu... Sekejap lagi AJ bagitahu.....

KRITERIA PENDERMA DARAH....
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah.
Berikut kriteria-kriteria yang diperlukan bagi menderma darah.....:

1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

2. Berumur di antara 18-60 tahun.

· Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga

· Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai
  tahap kesihatan badan.

3. Berat badan melebihi 45 kg.

4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
· Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan

· Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

· Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)

· Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)

· Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur

· Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis

· Mengambil dadah secara suntikan

· Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.


9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 
minggu untuk penderma aferesis.

10. Untuk penderma wanita:
· Tidak mengandung.

· Tidak datang haid.

· Tidak menyusukan anak.

JANGAN MENDERMA DARAH JIKA :
· Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau

Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih

· Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Derma Darah ni, KLIK SINI.....
Segala info yang korang perlukan ada...... Nak tau aktiviti Pusat Darah, kat mana nak menderma darah, macam-macam adalah senang cerita......

Okay, sekarang nak tahu kenapa AJ tak layak nak menderma darah????

SYARAT NO.3 JE DAH KANTOI.......
Macammana nak derma kalau berat pun duk kat 38kg, 39kg........
Nak capai 40 kg pun susah..... Ini pulak 45 kg.......... Waaaaaaaaaaaaaaaa :'( 
*Derma darah kat nyamuk je la.....*



P/s : Pada mana-mana yang berkelayakan menderma darah tu, silalah derma darah...
Tak rugi pun pegi derma darah.... Darah korang tu mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang kan........ 
Tapi make sure sebelum menderma tu, korang takde apa-apa penyakit yang melibatkan jangkitan dari darah okay..... Kang elok dapat selamat, dah jadi korban pulak....


Baca Selanjutnya »