Meriahnya CUTI.................


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni sebelum nak mulakan keje, nak curi tulang sekejap.... Hehehhehheh.....
Belek punya belek kalendar, terperasan pulak betapa meriahnya cuti dalam 2 bulan ni.... 
Yelah, kita kan baru je cuti panjang bersempena Tahun Baru Cina......
Ada yang belum masuk pun keje lagi sekarang ni..... Sambung cuti katakan......
Next week Rabu 1 Februari, Cuti Hari Wilayah Persekutuan pula tapi cuti tu untuk mereka-mereka yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja ye....... 
Yang bertugas di negeri lain tu, Selamat Menjalankan Tugas... Hehehhehe.... =)
Lepas pada tu, ada cuti lagi....... Disebabkan Maulud Nabi atau "Phophet Muhammad's Birthday" jatuh pada hari Ahad 5 Februari, sudah semestinya Isnin 6 Februari tu cuti kan kan kan........ Yeayyyyyyyyy........ Tapi bagi orang yang bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.... Selasa 7 Februari cuti lagi okay....
Bersempena Hari Thaipusam...... Fuhhhhhhhh.... Beraturnya cuti kan???
The next day tu siaplah.. Memanglah rasa liat nak pergi keje......

So, orang-orang yang dapat cuti panjang tu, dah plan ke nak pegi mana???? 
Apapun, Selamat Bercuti buat semua........
Cutilah puas-puas sebab bulan Mac takde cuti umum..... Hehheehehhehehe.... =)

Masuk Hutan Pun Best......

Ke Nak Pegi Tepi Pantai?????

Ataupun Taman Tema......

P/s : Haaaaaa korang silalah pilih Destinasi Percutian mana nak pegi....
Tapi kalau dah last-last minute, memang ramai dan confirm "Fully Booked" la ye.......
Ermmmmm, mana nak pegi ni ek????
Baca Selanjutnya »

Ini Blog Aku, Suka Hati Aku.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat Pagi Semua!!!!!
Nampaknya, ada yang tidak berpuas hati dengan entri AJ lah.... Hahhahhahaha...
Ehhhhh?? Yang kau nak terasa pasal apa? Ada ke aku sebut nama kau atau spesifikkan kat sesiapa selain Mr. JR?????

KAT SINI AKU NAK TEGASKAN....

INI BLOG AKU, TEMPAT AKU LUAHKAN APA YANG AKU RASA, APA YANG AKU NAK..... APA YANG AKU NAK CAKAP DALAM NI AKU PUNYA PASALLAH.... KALAU ADA YANG NAK TERASA ADA AKU KISAH???? KALAU AKU NAK POINT KAT SESIAPA, AKU AKAN TULIS NAMA DIA JE... SIAPA YANG MAKAN CILI, DIA LAH YANG TERASA PEDASNYA.......


P/s : Aku takde masa nak layanlah benda yang remeh temeh macam tu.....
So kalau nak terasa ke, apa ke sendiri punya hal.. Mr. JR pesan, JANGAN LAYAN.....
So memang taklah aku nak layan..... =)
Baca Selanjutnya »

Lihat Kesalahan Pada Diri Sendiri Sebelum Menunding Jari....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni memandangkan banyak masa yang terluang, maka terkeluarlah entri ni.....
Dalam mana-mana hubungan pasti ada turun naik dan pasang surutnya.....
Tak kisah la dari hubungan kekeluargaan sehinggalah ke hubungan persahabatan.....
Jika terjadi apa-apa perkara dalam mana-mana hubungan cuba imbas kembali dan teladani diri sendiri.... Jangan dengan mudah, cepat dan pantas menyalahkan orang lain yang kadangkala tidak tahu-menahu hujung pangkal cerita...
Bukankah tidak baik begitu????

AJ berkata begini bukanlah menunding jari kepada sesiapa tapi melalui pengalaman sendiri.....
Terkadang, AJ sendiri cepat menunding jari menyalahkan orang lain atas sesuatu perkara tanpa menilai tindak tanduk sendiri.....
Dan adakalanya AJ dipersalahkan oleh individu yang tidak menilai diri sendiri dahulu....
Aduhai, tolonglah berfikiran agak matang walaupun usia tidak begitu matang.......
Janganlah asyik nampak salah orang lain, tapi salah diri sendiri buat-buat buta je.......
Dan janganlah menyalahkan orang lain atas keruntuhan yang dilakukan oleh tangan sendiri.......
Setiap orang ada baik buruknya... Tapi sebelum menilai, sila lihat kesalahan dari pihak diri kita sendiri sebelum sewenang-wenangnya menunding jari terhadap orang lain.....
Perkara yang telah berlalu jadikanlah ianya suatu sejarah.... Bina hidup baru... Dan berfikiran positif....
Cari, gali, kaji salah sendiri dulu.......

 Kepada insan yang BERKENAAN : AJ tidak pernah meruntuhkan hubungan sesiapa dan tidak pernah menjadi duri dalam hubungan orang lain....
Jadi tak perlulah nak salahkan AJ bila keruntuhan tu berpunca daripada perangai dan perbuatan sendiri.....





P/s : Ye, karma itu memang wujud... Tapi takkan wujud kalau diri sendiri yang buat salah...... =)


Baca Selanjutnya »

Lelaki Tak Jujur.... Tak Mengapa....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


"Lelaki kalau tak jujur, perkara biasa...... Sebab itu memang lumrah lelaki....
Tapi perempuan yang terlibat dalam ketidakjujuran lelaki itu, jangan ingat kamu adalah pilihan muktamad lelaki itu bila dia kembali padamu........ Sebab itu bakal menjadi kesilapan yang terbesar dalam hidupmu kelak........"


Haaaaaa..... Mendalamkan maksud.... Ada sebab AJ keluarkan ayat macam ni....
Selagi belum berkahwin, bersikap agak tidak jujur itu tidak mengapa..... 
Ini bagi lelaki ye, sebab lelaki ini memang dah lumrahnya sebegitu....... Sukar untuk setia....

Bagi yang perempuan pulak... Ini part yang penting ni.... Eceeewaaahhhh.....
Kalau ex-boyfren kamu tu datang balik pada kamu, itu sudah semestinya bersebab.... 
Jangan ingat dia balik sebab kamu pilihan dia.... NoOOOoooo.... 
Jangan cepat bersangka macam tu..... Mungkin dia tengah bergaduh dengan girlfriend nya sekarang?? Ataupun kekasihnya berada di luar daerah???? Ingatlah kamu tu cuma satu persinggahan je......
Jangan nak cepat sangat meraikan perkara tersebut..... Kata-kata dan janji mereka memang manis, tapi di lubuk hati??? Tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendiri....

Memang sakit bila mendapat tahu pasangan kita tak jujur..... 
Tapi lebih baik anda mengetahui mengenai ketidakjujuran beliau sebelum berkahwin daripada didua, ditiga atau diempatkan selepas berkahwin kelak... Parah jadinya.....
Tapi jangan risau, yakinlah bahawasanya satu hari nanti lelaki tersebut akan tahu mana batu yang walaupun digilap sekerap mana tetap tidak bercahaya dan mana permata yang walau lama mana disimpan atau dibiarkan, tetap akan terus bersinar...... =)


Mr. JR, Insyaallah selagi diizinkan Allah swt I akan sentiasa berada disisi U tak kira apa jua keadaan, susah mahupun senang...
Sebab sesukar mana keadaan itu, I tahu, kita mampu harunginya dan kita pernah mengharunginya.... =)
Love, AJ....

P/s : Mana yang pandai berkata-kata, sila cermin diri.......
Layakkah anda menghakimi perbuatan orang lain atau tingkah manusia lain sebelum menilai diri sendiri....
Sempurnakah kita untuk menghakimi????
Perpisahan yang terjadi bukan dari orang lain selain diri sendiri.....

Baca Selanjutnya »

Mahalnya!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Ada yang dah habis keje?? Mesti ada kan? Yelah semangat nak cuti lama katakan...
Okay entri AJ petang ni, takde kena mengena sama sekali dengan cuti tu.....

Tadi waktu makan tengah hari, temanlah member ofis ni beli makanan.. 
Memandangkan memang mak selalu bekalkan nasi dan lauk, jadi turunlah sebagai peneman..... Jeleslah tu bila mak bekalkan AJ makanan.... Hahahahhahaha...

Nak dijadikan cerita, AJ pun jenguk-jenguklah lauk tu sekali walaupun dah ada lauk sendiri... 
Makanya tertariklah hati, termeleleh lah air liur tengok sup tauhu makcik tu..... 
AJ pun tak nak lah tamak sangat, ambillah  seketul tauhu tu supaya nanti tak meracau teringat-ingat kat atas nanti.. Hahhahahah....... 
Bila nak bayar je, terkejut pulak AJ dengan harga yang makcik tu letak.... RM3!!!!!
Makcik ni import tauhu dari luar negara ke apa yang mahal nak mampus..???? 
Cekik darah betullah makcik... 
Mak selalu cakap, bab makan jangan nak berkira sangat... Tapi bila seketul tauhu yang dipotong setengah caj sampai RM3, mau tak kira..... 
Tambah lagi seringgit dah dapat Nasi Goreng Kampung.......... 
Kussssss semangat harga kau makcik......


Lebih kurang camni lah sup tauhu makcik tu.........Menangis AJ dengar harga....
Kucing dengan Beruk pun confirm terkejut tau....... Ini pulak manusia......

P/s : Kepada para peniaga kat luar sana, tak salah kalau harga tu tinggi sikit.. Sebab AJ faham harga barang memang agak mahal... Tapi beragaklah sikit.....
Baca Selanjutnya »