Bila bekerja dengan E.M.O.S.I


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hari ni ada yang terlebih emosi atau emosi terganggu ke???
Tak kisahlah apa sahaja emosi yang korang alami, janganlah sampai terbawa-bawa ke tempat kerja pulak..... Kan ke dah menyusahkan orang lain namanya tu, bila nak kena pandang muka yang monyok, cekodok tu.... 
Kang tak pasal-pasal emosi orang lain pun sama terganggu tengok muka kita yang sedia beremosi tu.....

Haaaaaa, kan dah panjang lebar description AJ tu... Ni semua gara-gara ofismate yang dari pagi datang keje buat muka tempoyak.... 
Alahai kawan... Cubalah lupakan sekejap duka putus cinta tu.... Awak tu muda lagi tau... Baru je 22tahun..... Dunia ni tak berakhir kalau cinta terputus di tengah jalan...... Kan jadi tak best suasana kat tempat kerja hari ni... 
Bukan tak boleh kalau nak emosi sekalipun.. Tapi biarlah kena dengan tempatnya... Kang dah terlampau emosi, keje pun tak jalan... 
Dan mulalah error tu bersepah sana sini...... Haishhhhh....... Letihnya nak layan emosi yang macam ni....

Tips-tips nak elak terbawa-bawa emosi luar ke tempat kerja VERSI AJ....

1. Cuba elakkan termenung sana sini, ingat perkara yang terjadi... Cuba fokuskan pada kerja yang sedia ada...

2. Kalau boleh, luahkan pada rakan yang boleh dipercayai dan minta pendapat mereka... Sekurang-kurangnya beban dalam kepala tu berkurangan..... Rakan-rakan mungkin tak dapat membantu, tapi setidak-tidaknya mereka boleh mendengar...

3. Cuba elakkan sikap menjauhkan diri dari orang lain kalaupun ada masalah.... Atleast kita takkan rasa keseorangan.... Bila berseorangan tu lah lagi kita akan memikirkan masalah kita tu....

4. Makan.... Tak kisahlah time tu banyak keje ke tak, makan je selagi boleh...... Tak gemuk punya kalau makan bila bermasalah.... Kata orang, kenyang perut mesti kita suka hati....

5. Kalau ofis dilengkapi kemudahan internet, janganlah nak intai-intai atau jenguk punca permasalahan kita tu... Ini bagi mereka-mereka yang putus cinta.. Takde guna pun....

6. Cuba dengar lagu-lagu yang memberikan kita semangat dan rasa bahagia..... Kalau mana yang ada masa tu, bolehlah baca buku yang boleh memotivasikan diri dikala dirundung permasalahan....... Make sure ada satu dalam drawer ye... untuk saat-saat kecemasan macam ni lah kita boleh guna.....



Hurmmmmmm... Rasanya ini je la kot yang AJ boleh kongsi.... 
Mungkin korang ada cara lain yang lebih berkesan.. 
Bolehlah praktikkan cara korang tu ye........ Lain orang lain carakan??? 
Mana yang berani tu, CUBALAH..... (Cabar ni... Hehehheheh....... =p)

P/s : Apa sahaja E.M.O.S.I... Tolonglah jangan bawa pegi tempat keje okay...... Lainlah kalau libatkan kematian, bolehlah dipertimbangkan lagi.....

Baca Selanjutnya »

Monday Blues....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Isnin selalunya dikaitkan dengan "Monday Blues"....
Yelah, Sabtu dan Ahad dah bersenang lenang, bebas dari segala beban kerja kat ofis kan....
Makanya, bila isnin nak bangun pagi tu punyalah malas... 
Macam AJ pagi ni... Perasaan malas nak bangun pagi tu hanya Allah Swt je yang tahu..... Hehheheheheh.... Tapi nak tak nak terpaksalah AJ menggagahkan diri demi menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja.... Eceeeewaaahhhhh.... Ayat tak boleh blah..... =)

Nasib baiklah bila masuk ofis je boss call ajak keluar pegi beli groceries untuk ofis..... 
Sementara tunggu kedai buka, kitorang breakfastlah dulu kat kedai mamak tepi tu...... Alhamdulillah boss belanja...... =D
Tak payah nak fikir pasal keja sekejap... Hehheheheheh..... 
Dalam pukul 1030am macam tu, masuk ofis balik..... Buka je e-mail, hambik ko bersepah-sepah keje nak kena buat...... 
Memang kadar "Monday Blues" tu meningkat kejap la 120%..... Hahahahahha.... 
Even sampai sekarang pun tengah Monday Blues lagi... Hahahhahahahahah...... 
Mood nak buat keja pun malas... Oklah, keja dari tadi tak jalan-jalan ni... Nak sambung keje jap.... 
Kunun rajinlah ni..... Hahahhhahah.... Okbye....


I Hate Monday Blues.... Help Me.....

P/s : Okay semua, jangan nak malas... AJ malas takpe.... Hahhhahahahah....=)
Baca Selanjutnya »

Perkara-Perkara Yang Paling AJ Pantang dan Jadi Marah....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Setiap pada kita mesti ada benda yang paling pantang sekali kan???
Macam tu jugak AJ...... Tak kiralah perkara tu jadi kat rumah atau kat luar.... 
Rasa geram je kadang-kadang tu.... 
Hari ni AJ nak share dengan korang perkara-perkara yang menjadi kepantangan AJ....

1. Pantang kalau ada orang alih barang-barang AJ.... Dah letak kat satu tempat tu, tiba-tiba ada je yang gatal tangan mengalihnya... 
Mulalah AJ nak marah... Lebih-lebih lagi bila orang yang alih tu pula tak boleh nak ingat mana dia alih barang tu.... Boleh hangin satu badan beb.....!!!!

2. Yang ni AJ pasti semua orang akan marah.... Dah buang air tak kiralah kecik ke besar kan, lepas tu tak pandailah nak jirus dan "flush" lubang tandas tu.... 
Hellooooooo!!!! Ingat ada orang ke nak tengok dan tolong jiruskan korang punya kapal selam tu??? 
Nak-nak pula kat kedai makan.... Potong habis selera makan.... 
Memanglah berkilo-kilo sumpahan puaka kau dapatkan...... Tak payah bayar pun...

3. Dah hisap rokok lepas tu petik abu rokok dalam pinggan lepas habis makan..... 
Haaaa, ni lagi satu.... Tak kisahlah pinggan tu dah kosongkan yang nak jugak petik abu rokok dalam pinggan tu pasal apa?? 
Apa guna "ashtray" kat depan mata tu?? Hiasan je ke???

4. Dah makan tapi pinggan sebiji pun tak boleh nak basuh... Ni selalunya lelaki yang punya angkara.... Padahal bukan susah pun nak cuci pinggan tu... Lainlah kalau kena sental ke ape, main nak tinggal je dalam sinki tu kan... 
Lepas tu mesti ada la yang ikut sama, malas nk cuci pinggan terus dari ada 1 pinggan jadi 10 pinggan... Ingat ada orang gaji nak cucikan pinggan korang????

5. Tidur mati... Okay, ni pun boleh buat AJ jadi marah...
Dahlah suruh orang tolong kejut.. Lepas tu kejut 13juta kali tak bangun-bangun... 
Rasanya kalau ada helikopter terhempas kat sebelah pun lena lagi tidur... Mati ke apa tah..... 
Habis semua benda jadi tergendala lepas tu.... 

6. Cakap tak serupa bikin.... Hari ni cakap macam tu, macam ni, janji macam-macam benda.. 
Bila tiba hari yang dijanjikan dah jadi lain pulak..... Bila kita cakap mulalah cakap kita mengungkitkan?? Ohhhh, benda ni boleh buat jadi gaduh okay.....

7. Tak pandai jaga masa.... Kata nak datang atau jumpa pukul 2petang, tapi  8jam kemudian baru sampai..... 
Orang macam ni, memang selalulah akan dapat maki berbakul-bakul... Tak kisah la secara nyata ataupun dalam hati.... 
AJ boleh tunggu lama-lama macam tu tapi by the time orang tu sampai je tunjukkan diri, AJ akan tarik muka dan meletuslah segala kemarahan.....

8. Pantang kalau tengah-tengah iron baju tiba-tiba iron tu stuck.. 
Maksudnya, iron tu dah melekat kat baju yang kita tengah iron tu la..... 
Memang yang ni takde salah sesiapa, tapi AJ memang terus akan naik angin dan lepas tu menangis nak-nak pula baju tu, nak pakai raya... Pernah terjadi okay... Hahahhahah....

9. Bila AJ dah plan sesuatu tu dengan baik, tiba-tiba ada orang cancel....
Okay, ingat senang ke nak plan itu dan ini???? Susah tau.. Janganlah senang-senang hati je nak cancel.... Lagi-lagi kalau benda tu melibatkan sesuatu yang kita dah reserve, lepas tu kena call untuk cancelkan pulak.. Tak ke kadar darah tinggi tu naik laju je????

10. Okay ni lastlah.... Panjang-panjang pun penatlah menaip.... Hahhahhaha.... AJ paling pantang kalau orang suka paksa AJ buat bende yang AJ tak nak dan tak suka....
Semua orang pun mesti akan marahkan? Tipulah kalau ada yang cakap tak... Tak kiralah siapa pun yang suruh.. 
Kalau AJ kata saya tak nak dan tak suka, memang AJ maksudkan okay..
Jadi, janganlah suruh jugak lagi.. Confirm kena maki lepas tu.....

Siapa buat AJ marah, AJ hantar kucing ni suruh gigit.....

P/s : Marah betul ni.... =)
Baca Selanjutnya »

Laman Sosial punca runtuhnya Akhlak dan merosakkan Akidah????


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hurmmmm baru-baru ini AJ ada terbaca artikel yang mengatakan laman-laman sosial ni merupakan antara punca-punca runtuhnya Akhlak dan rosaknya Akidah??? Ehhhh yeke???
Hurmm, semua orang pasti mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing kan?
Pada AJ ini semua bergantung kepada cara kita menggunakan sesuatu medium itu... 
Kalau kita gunakan medium tersebut dengan niat yang betul, maka baiklah jadinya... Begitu juga sebaliknya...... 
AJ pula guna laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya sebagai salah satu landasan perhubungan antara AJ, sanak saudara yang berada jauh diperantauan dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu untuk bertanyakan khabar dan bertukar-tukar pendapat ataupun berbual-bual sesama sendiri.. Selain itu, AJ menggunakan laman sosial sebagai salah satu sumber untuk mencari info-info yang berguna yang dikongsikan oleh rakan-rakan....
Penggunaan laman sosial juga dapat menjimatkan kewangan berbanding penggunaan khidmat telekomunikasi yang lain ... Kena bayar bil internet je la... =P


Apa yang menjadikan laman sosial ni sesuatu yang meruntuhkan akhlak dan merosakkan akidah??
Ianya terjadi bila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan sesuatu seperti, video-video lucah, link-link yang mengandungi kandungan yang boleh merosakkan minda seseorang, gambar-gambar yang tidak elok dan sebagainya..... 
Penggunaan laman sosial sebagai satu medium untuk menjatuhkan air muka dan maruah orang lain juga menjadikan laman sosial ini tidak selamat....
Selain itu, laman sosial boleh membuatkan seseorang itu terdedah kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan akidah apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknik-teknik "super-impose" atau pertindihan dengan niat memalukan individu tersebut..... Makanya, individu tersebut akan mengambil langkah-langkah yang tidak sepatutnya......


Pokok pangkalnya, TEPUK DADA TANYA SELERA.... Apakah yang kita mahukan dan cari daripada laman-laman sosial......???

P/s : Berapa banyak laman sosial yang korang ada???? Jangan gunakan untuk benda-benda yang tidak baik okay.....


Baca Selanjutnya »

Semut lah pulak....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Harap semuanya okay... Semalam, Lipas.. Hari ni AJ nak cakap pasal semut pula.. 
Ada ke yang sarapan Jus Semut pagi tadi dan waktu makan tengah hari tadi??? Hahhahahhaha...
Kata orang, orang yang pelupa ni, selalu termakan atau terminum makanan dan minuman yang telah dicemari oleh semut? Betul ke??? 
Kalau tanya AJ, jawapannya entahlah AJ pun tak berapa arif mengenai hal ni...... 
Kenapa hari ni AJ nak cakap pasal semut??? Sebabnya, ada sorang makhluk kat office ni, asyiklah bagi alasan terlupa bila ditanya mengenai "error"nya yang berulang tu..... Hurmmmmmmmm..

Fakta Mengenai Semut....

1. Seperti semua serangga, semut memiliki enam kaki. Setiap kaki memiliki tiga sendi. Kaki semut sangat kuat sehingga mereka dapat berjalan dengan sangat cepat. Jika seorang lelaki boleh berlari secepat yang mungkin setara dengan saiz tubuhnya maka semut pun boleh berlari secepat kuda... 

2. Semut boleh mengangkat beban sehingga 20 kali berat badan mereka sendiri....

3. Otak semut memiliki sekitar 250 000 ribu sel otak manakala otak manusia memiliki 10.000 juta.. Ini bermakna jika terdapat 40 ribu semut dalam satu koloni bersamaan dengan ukuran 1 sel otak manusia....

4. Semut mempunyai 4 tahap dalam pertumbuhannya telur, larva, pupa dan dewasa... Kitaran hidup semut rata-rata 45-60 hari.... 

5. Semut menggunakan antena mereka tidak hanya untuk menyentuh, tetapi juga antena tersebut merupakan deria rasa mereka.... 

6. Kepala semut memiliki sepasang rahang yang besar dan kuat. Rahang tersebut boleh bergerak serta boleh dibuka dan ditutup seperti gunting.... 

7. Semut dewasa tidak boleh mengunyah dan menelan makanan padat. Sebaliknya mereka menelan jus yang mereka perah dari potongan-potongan makanan. Mereka membuang bahagian makanan yang kering....

8. Semut mempunyai dua perut... Satu perut untuk menyimpan makanan sendiri dan yang kedua sebagai penyimpan makanan untuk dibagikan dengan semut lainnya. Seperti semua serangga, bahagian luar tubuh mereka ditutupi dengan perisai keras yang disebut dengan exoskeleton....

9. Semut mempunyai Ratu....Tugas Ratu Semut adalah bertelur dan semut pekerja sebagai pengurusnya. Semut pekerja adalah semut yang steril, mereka mencari makanan, menjaga semut muda dan mempertahankan sarang dari pengunjung yang tidak diinginkan. Semut adalah serangga yang bersih dan rapi. Beberapa semut pekerja diberi tugas mengambil sampah dari sarang dan meletakkannya di luar tempat pembuangan sampah khusus. Setiap koloni semut memiliki bau tersendiri. Dengan cara ini, penyusup dapat segera diketahui. Banyak semut seperti pada umumnya spesies semut merah memiliki sengatan yang mereka gunakan untuk mempertahankan sarang mereka....

10. Pada malam hari semut pekerja memindahkan telur dan larva ke dalam sarang untuk melindungi mereka dari udara dingin. Pada siang hari, semut pekerja memindahkan telur dan larva dari koloni itu ke bahagian atas sarang, sehingga mereka mendapat udara yang lebih hangat. Jika semut pekerja telah menemui sumber yang baik untuk makanan, ia meninggalkan jejak bau agar semut lain dalam koloni itu dapat menemui makanan tersebut. Semut tentara bersifat nomaden dan mereka selalu bergerak. Mereka membawa larva dan telur mereka dalam satu barisan koloni yang panjang.



Petua Untuk Membasmi Semut....

- Letakkan sekurang-kurangnya 3 biji bunga cengkih ke dalam balang penyimpanan gula... Selain menghindarkan semut, ia juga mengharumkan bau gula di dalam balang tersebut....

-Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.

-Bakar kulit telur sehingga menjadi abu kemudian taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.

-Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.

Okaylah, ni sahaja yang AJ nak kongsikan...... Macam biasa, Selamat Mengkaji dan Selamat Mencuba.... Hehehhehehe....

P/s : Kalau nak contohi kerajinan semut bolehlah ye....... Tapi jangan makan semut nanti asyiklah pelupa.... Susahkan orang lain pula kan??

Baca Selanjutnya »