Gila Talak!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Apa khabar semua hari ni?? Ada sesiapa yang gila talak tak?? Opssssssss. Harapnya takdelah ye. Kalau ada minta maaflah ye, AJ bukan berniat nak menyinggung perasaan sesiapa..... =)

Okay apa itu GILA TALAK????

Petikan Akhbar!


Gila Talak bermaksud teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Ini maksud sebenar gila talak. Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang, orang yang gagal bercinta dalam bercinta tetapi masih lagi teringat-ingat dan mengejar-ngejar bekas kekasih juga boleh dikategorikan dan akan dikategorikan sebagai gila talak.

Mereka-mereka yang termasuk dalam kategori Gila Talak sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kembali bekas suami, isteri atau kekasih mereka dalam apa cara sekali pun.

Ada yang menggunakan ilmu-ilmu tidak sepatutnya seperti sihir. Ada juga yang terlalu psiko sehingga mengganggu hubungan bekas pasangan dengan pasangannya sekarang. Seperti menggugut pasangan mereka dan kadangkala boleh bertindak di luar batasan seperti mendatangkan kecederaan. Hurmmmmm,  bahaya kan gila talak ni?

Orang yang mengalami gila talak selalunya tidak boleh melihat bekas pasangan mereka berbahagia disamping insan lain. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk meruntuhkan kebahagian bekas pasangan mereka demi kepuasan hati sendiri. Dalam erti kata sebenar, orang yang gila talak ni busuk hatilah. Kesian sungguh nasib si gila talak. Sampai betul-betul gila pun ada.

Jadi, bagi mengelakkan masalah gila talak ni berleluasa. Jagalah pasangan masing-masing selagi mereka masih menyayangi dan hargailah apa sahaja yang telah mereka korbankan. Jangan nanti bila sudah terlepas dari gengaman baru nak sedar. Kalau mana yang masih diberi peluang, Alhamdulillah. Kalau dah tak dapat peluang???? Kan dah masuk dalam kategori gila talak....

P/s : Semoga kami dijauhi daripada insan-insan yang GILA TALAK.... Amin.....


Baca Selanjutnya »

Bumper Oh Bumper!


ASSALMAULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lantaran kesibukan beberapa hari ni, tak dapatlah nak update apa-apa kat blog ni..... 
Hehheheheheheh....
Okay, arini AJ sakit lengan gara-gara bumper... Oh kenapa bumper??? 
Jumaat lepas, kereta Mr. JR dilanggar oleh seorang umat manusia ni.... 
Makanya kopak dan hampir luruhlah bumper serta kemeklah panel sebelah kiri....
Punyalah frust Mr. JR time tu... 
So nak tak nak hari Sabtu terpaksalah kami bergegas ke Petaling Jaya hasil carian dekat Lelong.com.my mengangkut bumper baru.... 
Bukan angkut naik kereta, angkut naik motor.... 
AJ, Mr. JR, panel kiri dan kanan serta bumper..... Naik Motor Okay... Hhahhahahahhaha..... 
Bayangkanlah kami mengangkut semua tu dari Petaling Jaya ke Taman Permata, Ulu Klang....
Lepas pada tu, masing-masing sakit segala urat saraf.. Hahhahhahaha.. 
Kesian kitorang.. Nak buat macam mana kan? DARURAT........ =)

Hebat tak kitaorang???? =P

Hasilnya
.................
.........
....
..
.

Tadaaaaaa..... Semua sakit... Hambik korang......

P/s : Mr. JR, lain kali jangan buat kerja gila lagi ye...... Hhahhahahahahah...... 
Now say THANK YOU CEPAT.....

Baca Selanjutnya »

Kau Ni Memang Tak Reti Bersyukur Ke Ek???


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari ni memang AJ bengang dan geram sangat dengan seorang umat manusia kat office ni...
Okay, bukanlah nak cakap diri sendiri bagus sangat... Tapi dah bagi muka, melampau-lampau sangat pulak jadinya... Tak bersyukur ke bila dah takde keje tu, ada company nak bagi keje???!!!!!
Kalau tak nak, buat apa terima tawaran tu, baik bagi orang lain... Berlambak-lambak dan bersepah-sepah manusia nak keje lah..... 
Ishhhhhh maaf ye semua, memang AJ geram sangat hari ni... 
Bayangkan orang lain pulak yang kena bersusah payah bila seorang budak ni buat hal??? Sesuka hati dia je nak datang keje ke tak nak datang.... 
Dia tu memang tak bersyukur ke apa? Bulan ni dah empat kali...
AJ ulang EMPAT KALI boss bagi peluang kat dia...
Dekat company lain ada nak dapat peluang macam ni??? Boss macam ni??? Kau buat hal, jam-jam tu jugak kau kena pecat...... 
Dahlah tu, kalau tak datang tak menyusahkan staff lain takpe... Ni kitorang pulak yang kena tunggu dia siapkan keja dengan ERROR yang bersepah tu?
Kalau dah ada error memang semua staff, SEMUA bukan dia sorang je yang kena bambu......
Ishhhhh Sakitnya hati ni......

Heiii, tolonglah bersyukur bila orang dah bagi keja dan dah bagi peluang keempat walaupun dalam masa sebulan ni adalah dalam sepuluh hari je kau datang keja........
Masa nak kena pecat hari tu bukan main kau merayu nak keja lagi...
Dah bagi peluang kau buat lagi hal kan??Lepas tu semalam datang lagi merayu.... 
Sekarang peluang terakhir pun kau nak sia-siakan jugak ke.....?
Apa kau ingat company ni ada share ngan keturunan kau ke??? Bersyukur la weiiiiii!!!!!



P/s : Okay sakit hati sebab kena re-check error yang berlambak-lambak...
Dan confirmnya, esok aku kena stayback lagi gara-gara perangai kau yang tak bertanggungjawab tu........
Tension betul aku!!!!
Baca Selanjutnya »

Kejutan Budaya


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Okay, dalam beberapa hari ni kan semua kecoh pasal Nur Amalina Che Bakri tu....
Ye, gadis yang cemerlang dalam SPM suatu ketika dulu... 17A1 okay.. Kau Ada?? Hehhehhehehhe....
Okay-okay, serius...... AJ tak tahu akan kesahihan gambar-gambar tersebut, tapi pada pandangan mata kasar, dia memang Amalina..... Perubahan yang sangat mengejutkan ramai pihak.... 
Dahulunya, kelihatan sopan dan lemah lembut, tetapi penampilan sekarang sangat jauh berbeza dari apa yang kita lihat dahulu.... 
Inilah yang dikatakan KEJUTAN BUDAYA.... Lebih lagi bila duduk diperantauan dan dikelilingi orang-orang yang berlainan budaya dengan kita, mesti lama-kelamaan kita akan terikut sama jika tidak tahan godaan kan?? 
AJ tidaklah menyokong akan perubahan yang Amalina lakukan... Sebab memang apa yang berlaku salah... Tapi semua orang buat salah kan?

Berbalik kepada kejutan budaya, tak usahlah kita memandang nun jauh kat UK tu....
Dah tentu-tentu negara Barat memang jauh beza budaya dan cara pemakaiannya lagi pula berjauhan daripada IbuBapa yang boleh membimbing lagi jauhlah terpesongnya...
Cuba lihat saja disekeliling kita... Penuh dengan insan-insan yang mengalami kejutan budaya.... 
Sebagai contoh, mereka yang baru meneroka dan mengenali kehidupan sosial dan berasal dari kampung atau pendalaman... Ini contoh ye, jangan salah faham pulak.. 
AJ tahu, tak semua yang datang dari kampung atau pendalaman akan mengalami kejutan budaya.. 
Tapi kebanyakannya pasti sedikit sebanyak akan mengalami kejutan budaya.... 
Tak payah tengok yang dari luar bandar jugaklah, ada yang datang dari bandar besar sendiri pun boleh dapat kejutan budaya.... 
Dari tak hisap rokok dah pandai hisap rokok... 
Dari kat depan Mak Bapak tak minum arak malahan arak tu apa pun tak tahu, keluar kawasan sikit dah pandai teguk Air Kencing Setan tu, siap jadi hidangan wajib lagi.... 
Dari sopan-santun, lemah lembut dan menjaga penampilan dah pandai pakai seksi, buka sana, buka sini, dedah sana, dedah sini bila sampai kat Bandar-bandar besar... 
Tidakkah kita perasan akan semua ini?? 
Pokok pangkal, tepuk dada tanya selera.. Adakah itu yang kita mahukan?? Tapi kenapa kita sibuk menggembar-gemburkan Cerita Dari Barat?? 
Tolonglah betulkan dulu insan-insan yang mengalami kejutan budaya kat Malaysia ni, barulah kita cerita pasal kisah dari UK....





P/s : Tapikan, mak Amalina keluar kenyataan cakap semua pakaian yang dipakai anaknya dibeli oleh beliau sendiri semasa bercuti di sebuah negara, Paris kalau tak salah.... 
Aik???? Seluar jaring-jaring tu pun mak dia yang belikan ke??? OPSSSSSSSSSSS........... Wallahualam.... Seorang ibu tentu lebih mengenali anaknya dari orang lain kan....... 
Kalau itu kata dia kepada pihak Media, itulah kot........


Untuk diri sendiri : Ye, AJ pun takdelah sesempurna mana.... Tapi nak kata ada masalah kejutan budaya tu, tak lah sangat adalah sikit...

 Sebabnya AJ memang dibesarkan dan membesar dalam suasana begini sejak kecil....  =)

Baca Selanjutnya »

Cuti Sekolah Telah Berakhir...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua hari ni? Hopefully sihat-sihat je....
Wahhh hari ni pagi lagi AJ dah update blog.... Excited kunun.. Hahahahhahahah....
Okay semua orang dah tahu kan hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi semua sekolah di Malaysia, kecuali bagi beberapa negeri yang telah memulakan sesi persekolahan semalam....
Mesti seronokkan bila dapat tengok gelagat anak-anak kecil yang baru memasuki fasa prsekolahan... 
Ada yang menangis ketakutan, ada yang seronok dan ada yang diam kelu seribu bahasa.. 
Terimbau kenangan AJ dulu.... Kalaulah boleh diulang masa, waktu persekolahan itu adalah zaman yang paling menyeronokkan... 
Bukan seronok nak belajar, tapi seronok nak berjumpa dan membuat onar bersama teman-teman seperjuangan..... Hahahahah.. Okay terserlah pulak AJ ni budak nakal...... =P

Okay sekarang nak imbau sikit kenangan zaman persekolahan AJ... 
Setiap tahun, kalau hari pertama persekolahan mesti AJ ke sekolah dengan baju baru, kasut baru dan beg sekolah pun baru. Buku sudah semestinya barulah kan.... Tahun baru semuanya mesti nak baru.... 
Tapi, tukang balut buku sekolah dah tentu abang AJ... Kadang-kadang tu, kasut sekolah pun abah yang basuhkan tau.. Terukkan??? Heheehh... 
Lepas tu, kawan-kawan AJ kat sekolah majoriti adalah yang berlainan gender.. Bukan AJ tomboy ye.. 
Tapi AJ lebih selesa bergaul dengan pelajar lelaki.. Sebab tu masa sekolah AJ agak nakal... 
Adalah beberapa kali keluar dari kelas duduk melepak kat kelas lain, macamlah cikgu takde dalam kelas sendiri... Hahhahah.... 
Selalunya, awal-awal tahun AJ selalu jarang ada dalam kelas sebab terlalu bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.. 
Olahraga, Bola Baling, Bola Tampar, Kapten Rumah Sukan, Setiausaha Pengawas, Ajk kelab itu, kelab ini... Banyaklah, bak kata pelajar lain, habis semua sukan dan jawatan yang AJ nak bolot.. Hahhahahah... 
Dah la setiap hari perhimpunan asyik tengok muka yang sama... Dah kata emcee, korang hadaplah kan?? Hahahhahah... =) 
Korikulum pulak??? Bolehlah, cukup makan... Tak gagal okay... Hahhahha... Boleh??? 
Alhamdulillah dalam pada nakal AJ, ponteng sana sini dan kadang-kadang sesuka hati sendiri nak keluar masuk pintu pagar sekolah, AJ tidak berada dalam kalangan pelajar yang tercorot...... 
Yelah, nakal-nakal jugak... Tapi time belajar tu, belajarlah jugak.. Hhahahhha.....

Kepada adik-adik yang masih bersekolah tu Selamat Berjaya okay.... Semoga kalian berjaya dengan cemerlang dan menjadi insan berguna kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan juga negara...... Insyaallah... Mana yang rasa diri tak berapa tu, belajar rajin-rajin, insyaallah mesti boleh.. Kadang bukan tak pandai pun.. Tapi malas nak berusaha....

Kat sini nak selit sikit gambar-gambar semasa masih di bangku persekolahan.....
Kawan-kawan mana ada dalam ni, Selamat Menyusuri Kenangan Persekolahan Kita....

 Darjah 2 Kot... Yes i know i'm innocent.. Tq.. Hahahhaha....


 Darjah 1 Cekal


Darjah 4 Budi

Kelab Olahraga... Tingkatan 1

Tingkatan 6 Of Course... Dah Ada Tulis kan...

Pengawas-pengawas Brutal.. Hahhahhah...
Pelari-Pelari Sekolah...

 Antara Kawan-Kawan Kat Sekolah...

P/s : RINDU kenangan zaman sekolah....


Baca Selanjutnya »