GA Januari 2013 Nurul Yui


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jalan-jalan kat blog MV tadi, ternampak pulak GA ni.....
So terasa nak join pilak...
Sebab AJ ni peminat kucing.... Hehehhehe... =D


Syarat-syaratnya :

1) Buat entry dengan tajuk "GA Januari 2013 Nurul Yui"
 dan linkkan ke entry ini

2) Letak gambar yang disediakan

3) Bina ayat berdasarkan gambar
yang mampu mencuit hatiku, akan dipilih

4) Dah siap, hantar link penyertaan di komen entry ini sahaja

sebelum bertukar tarikh 19/01/2013

5) Sila patuhi syarat yang sangat mudah seperti di atas



SinChan : Kika oh Kika... Apa dibuat tinggi sangat tu....?
Aduh patah tengkuk nak menengoknya...
Mehlah sini..
Ada gossip hangat ni....

Kika : Huh!!! Gossip hangat???
Ni yang Kika suka ni...... Gossip apa ni???

SinChan : Wahai Kika... Adinda, Intan Payung, Berlian, Kesayangan Hati Hamba.....
Kika tau tak Si Nurul Yui tu dah buat onar??

Kika : Laaaa..... Yeke SinChan??
Mana SinChan tau ni....
Tak sangka ye si Nurul Yui tu.....
Sanggup dia buat kita macam ni....

SinChan : Betul Kika......... SinChan tak tipu.....
Dah beratus-ratus orang duduk tengok kita berdua......
Sebab si Nurul Yui dah buat GA mempergunakan kita....
Tak caya tanya AJ...

Kika : AJ... Betul ke Nurul Yui buat macam tu....?

AJ : Aah... Memang Nurul Yui mempergunakan korang...
Buktinya, ni haaaa.....
AJ dah memplagiat korang untuk menggossipkan tuan sendiri...
Padan muka korang! Sampai minggu depan sure tak dapat makan... =P

P/s : Ishhhhhh....... AJ memang tak kreatif..
Ayat tak memberangsangkan langsung.....
Tapi biarlah... Ada haku kesssaaaahhhhh???? =P


Baca Selanjutnya »

Doktor Mengamuk!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Artikel yang menarik perhatian AJ ni pasal sepasang suami isteri yang bergelar Doktor ni...

Jom baca dulu....

Subang Jaya: Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.

Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.


Foto
Pasangan terbabit ditahan, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan.


Komen AJ

Baru anak kena tukar kelas dah mengamuk bagai....
Kalau pesakit buat hal macam mana pulaklah tindakan Doktor ni....
Haishhh..... Sepatutnya sebagai orang yang bergelar mereka ni kenalah professional....
Bukankah Doktor ni selalunya penyabar dan selalu berfikir mengikut kewarasan??
Entahlah, apalah isu yang mengganggu pasangan ni sampai kena buat kacau di sekolah anak dan di balai polis......
Harapnya lepas pada ni, takdelah lagilah kejadian yang macam ni berlaku.... =D

P/s : AJ belum penah lagi jumpa doktor yang garang-garang... =D

Baca Selanjutnya »