AWAS! Gores Dan Menang Cara Baru..


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sepatutnya AJ nak cerita pasal ni dalam 2 minggu lepas..
So bila dah ralit dengan benda lain.. Langsung AJ terlupa nak cerita....
Korang mesti biasa dengar pasal Sindiket Gores dan Menang kan??
Tapi sekarang ni diorang dah tak pakai lagi cara macam tu..
Tahun baru katanya kan.. Cara pun mestilah baru....


Kisahnya macam ni... 2 minggu lepas AJ ada pegi Tesco kat Scott Garden, Jalan Klang Lama...
Bila nak masuk je kat entrance Tesco tu, tetiba AJ ditahan 2 orang lelaki berbangsa Cina ni....
Dia kata nak bagi free gift sambil tu nak terangkan sikit apa yang diorang jual....
Nak beli atau tak, terpulanglah...
Disebabkan AJ takde rushing nak kemana-mana, AJ pun dengarlah penerangan diorang ni sekejap..
Tetiba dia bagi kupon minta mak dan AJ bukak..
Katanya manalah tau nanti tergerak hati nak beli barang diorang ke kan.....
Sebelum tu diorang ni jual dapur elektrik, microwave, periuk etc la....
Brand apa AJ tak ingat.. AJ ada jugak cari balik pamplet yang dia bagi tu.. Tapi tak jumpa.. Dah buang kot..
Berbalik pada isu kupon tadi....
Menurut orang tu, dalam kupon tu ada yang bagi diskaun 5%, 10% dan paling tinggi 15%...
Masa mak koyak kupon tu, dapatlah diskaun 5%.....
Dan masa AJ tetiba dapat kupon less 500... Eh mana datangnya ni???
Maka disitu bermulalah terkeluarnya ciri-ciri sama dengan taktik penipu gores dan menang...
Yang sorang ni buat-buat terpinga-pinga tanya kawan dia kenapa ada kupon tu sebab sepatutnya ada kupon diskaun 5,10 dan 15 % tu JE...
Then kawan dia tu pun berpura-pura sama...... Lepas tu dia cakap AJ layak dapat free gift merupa barangan  periuk tahan karat yang berharga RM1000++..
Lepas tu konon nak confirmkan balik, call manager nak tanya betul ke ada kupon less 500.....
Tetiba pulak bagi AJ lagi 1 barang..... Dapur elektrik tu...

Hasil google - Ni la menatang nya tu...

Then tanya lagi dengan manager kononnya tu..... Kemudian bagi pulak AJ microware....

Hasil google - Ni la menatang nya tu...

Hurmmmmm..... Sumthing fishyyyyyy.... Dah lah on the phone je dengan manager.....
Entah betul ke, entah tidak....
Lepas tu dia startlah mukadimah dia....
Katanya, nak semua tu AJ kena bayar........ Ehhh??
Ada ke AJ nak..????
Dia cakap la total semua barang tu dekat RM10,000.... Tapi AJ kena bayar RM2800 je....
Beria-ria duk pancing AJ suruh amik... AJ cakap taknak.....
Sebab AJ tak perlu pun semua tu dan AJ takde duit pun nak bayar..
Yang paling tak boleh blah siap suruh AJ buat loan dekat kaunter RHB sebelah tu.....
Siap nak tolong AJ lagi....
Kepala hotak kau!!!! Dari aku buat loan buta-buta untuk kelengkapan dapur kau tu, baik aku buat loan beli kereta atau rumah je kan.....
Haishhhhh......
Lepas tu AJ terus bangun dan cakap AJ memang taknak semua tu...
Kalaulah AJ ni jenis yang senang terpengaruh, maunya terbang duit RM2800 buta-buta macam tu je kan......
Fuuuuhhhhhhh.......
So kalau ada yang pancing nak bagi free gift ke apa, baik korang lupakan je hasrat nak berhenti tu..
Ada udang disebalik mee goreng basah je la tu.....

P/s : Sometime i look so naive...
But i'm not stupid to know that u're trying to cheat on me... =D
Baca Selanjutnya »

Bahaya Mengambil Suntikan Bergerak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ tertarik dengan 1 artikel dalam Harian Metro Online ni..
So mana yang tak berkesempatan nak baca meh AJ share sikit dengan korang...

Khidmat suntik bergerak
Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan.
Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka.

Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka.

Foto 

Dan ini pula akibat mengambil suntikan daripada orang yang tidak bertauliah...
‘Saya sakit tulang belakang’

Akibat mengamalkan pengambilan suntikan vitamin C dengan Suzy selama empat minggu sejak awal November lalu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini menahan kesakitan pada pinggang dan tulang belakang.
Penuntut yang yang hanya dikenali sebagai Fara, 25, berkata, dia kini tidak lagi mengambil suntikan itu berikutan tidak mahu berdepan risiko lebih teruk.

Fara mengakui keinginannya untuk mendapatkan kulit lebih cerah serta kelihatan cantik membuatkan dia tidak berfikir panjang untuk mengambil suntikan itu apatah lagi harga ditawarkan hanya RM50 untuk sebotol vitamin C bagi sekali suntikan.

Dengan perkhidmatan secara ‘pintu ke pintu' ditawarkan Suzy, ia memudahkannya kerana boleh mendapatkan suntikan berkenaan pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah-payah ke klinik atau pusat kecantikan lain.

“Apabila tiba waktu untuk suntik, saya hanya perlu hubungi Suzy melalui telefon dan dia segera datang ke tempat yang saya tentukan tidak kira di rumah, kolej, kedai makan, malah dalam kereta sekalipun.

“Tapi selepas kali keempat melakukan suntikan ini, saya mulai sedar dan meragui kesannya kerana ia tidak pun menunjukkan perubahan pada kulit selepas empat minggu sebaliknya menyebabkan pinggang dan tulang belakang saya kerap sakit,” katanya.

Foto


P/s : Biarlah kulit tak putih, tak gebu.....
Asalkan tak memudaratkan kesihatan....
Sedangkan nak amik injection dari pakar pun AJ takut.... Inikan pulak orang tak bertauliah...


Baca Selanjutnya »