Takutnyaaaa.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tik Tok Tik Tok.... Sedar tak sedar dah pukul 12 lebih tengah malam....
Ehhhh??? Cepatnya masa berlalu.....
Takutnya nak hadap hari esok....
Lebih takut dari di"interview" siang tadi.......
Aduuuhhhhh.... Jantung ni rasa dup dap dup dap je....
Dalam kepala otak fikir nak cakap macam mana? Boleh ke tak boleh??
Esok Boss confirm masuk sebab AJ dah mesej dia siang tadi , cakap AJ dah dapat keje lain and need to see him...
Kalau ikutkan kena bagi sebulan notis... Tapi company tadi tu minta diawalkan...
So nak tak nak pun AJ kena bincang dengan Boss sebab dan musabab AJ nak ke company lain......
Tadi AJ ada call ex-staff tempat AJ sekarang tu....
Dia cakap boleh kot kalau nak minta diawalkan.......
HOPEFULLY sangat boleh... Sebab dari last month lagi AJ memang dah takde hati nak keje tempat sekarang...
AJ bertahan pun sebab kesiankan Boss dan dah takde staff nak buat keje.... 
Boss AJ tu memang baik dan bagus.. Tapi atas sebab-sebab tertentu, AJ terpaksa undur diri dari company tu...
AJ taknak lah nanti AJ jahanamkan company dia pulak kalau still kat situ...
Yelah, bila orang yang takde hati nak buat apa yang sedang dibuat korang rasa macam mana cara keje nya??
Seriously AJ memang dah sedar yang AJ buat keje main-main je selama sebulan lebih ni......
Alahai..... Macam-macam perasaan timbul dalam hati dan kepala otak ni......\
Tapi AJ pun tak nak lepaskan peluang yang AJ dapat siang tadi.......
Boss, AJ minta maaf banyak-banyak lah ye.......
Kalau esok boss cakap kena bayar ganti rugi kat company, AJ sanggup je bayar rasanya.....
Harap Boss faham.......

Rasa macam nak menyorok bawah selimut macam ni... =P

P/s : Cepatnya laaaaaaahhhhhhhh jarum jam ni berputar......

Baca Selanjutnya »

Alhamdulillah Rezeki Tahun Baru...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Awal Disember lepas, AJ ada buat 1 entri ni >> AJ Dah Nekad....
Tapi nampaknya surat tu tak berusik pun atas meja Boss...
Makanya terpaksalah AJ terus kekal kat tempat yang sama sebab sampai sekarang ni Boss tak masuk-masuk ofis......
Takkan nak terus tinggal macam tu je kan??? Tak elok lah pulak...
Minta cara baik.... Pegi macam tu je.......
Jumaat lepas AJ dapat 1 call..... Minta AJ pegi interview keje...
So AJ set kan date interview arini pukul 11 pagi.......
1st impression AJ bila masuk ofis tu...... Tempat ni nampak tenang je.....
Oh ye, lokasi ofis ni sama dengan ofis AJ sebelum pindah tu...
Bagai itik pulang ke ganggang kata orang.... (Betul ke peribahasa ni?)
Lepas tu masa AJ di"interview" sikit pun tak rasa nervous yang gila-gila...
Selalu kalau pegi interview macam kena soal dengan polis pasal kes bunuh je.... Hehehhehehe... =D
Lepas sejam AJ kat situ (-+ masa menunggu) GM HR tu cakap dia akan call balik sebab akan ada lagi beberapa candidates.....
AJ senyum dan anggukkan kepala...
Dalam hati memang AJ berharap dapat keje kat situ......
Pukul 2.30 pm tadi AJ dapat call.... Tengok je nombor yang tertera tu, muka sudah ada manyak senyum.....
Alhamdulillah, as i am expected..... I GOT THE JOB!!!!!!
I repeat myself  "I GOT THE JOB!!!!!"
Syukur Ya Allah... Rezeki Tahun Baru yang pertama buat AJ....
Dapat keje baru...
Semoga semua ini menjadi permulaan yang baik bagi tahun 2013..... =D
Then tanpa berlengah, AJ whatsapp Boss cakap nak jumpa dia sebab AJ dah dapat keje baru......
Esok Boss masuk keje, AJ nak bincang dengan dia elok-elok sebab company baru memang tengah tunggu AJ masuk keje seawal yang boleh......

"Ya Allah, kau permudahkan segala urusanku, kau luaskanlah rezeki kepadaku dan juga insan-insan yang membacanya...."
Amin......

Ni semua berkat doa Mak, Abah, Mr.JR dan kawan-kawan...
Alhamdulillah sangat... Walaupun bukan jawatan Director, tapi kat sini okay sikit dari tempat sekarang....


P/s : Menghitung Hari....
Baca Selanjutnya »