ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Malam tadi bila Pasukan Harimau Malaya menang 4-1 ke atas Laos, kecoh 1 Malaysia....
Bukannya kecoh pasal kemenangan... Tapi kecoh pasal benda lain....
Jika sebelum ni rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan berani mati Johari Pain semasa kemenangan Pandelela Rinong semasa sukan Olimpik 2012...
Kali ni kita dikejutkan dengan kenyataan Hazwani Syamimi III yang ingin berbogel di depan Pavilion di dalam facebook dan @Azrie_Vexx yang nak memotong anunya di twitter....
Aduh... Macam-macam ragam mereka ni...
Tak ambik ikhtibar ke dari kes yang lepas-lepas??
Yang syoknya, lepas pasukan Harimau Malaya menang, dan-dan cakap akaun kena hacked???
Aik??? Sebelum game tu start, taknak pulak cakap kena hacked...
Bila dah confirm menang pulak kata kena hacked....
Lepas je game, AJ tengok teruk budak 2 orang ni kena hentam....
Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada...
Tu lah.... Kata orang, cakap siang pandang-pandang... Cakap malam dengar-dengar...
Ni bila dah terlepas cakap???
Apa pun tak dapat.... Solutionnya, minta maaf secara terbuka je la ye....
Kalau betul kena hacked, buat aduan kepada pihak yang sepatutnya supaya tindakan lanjut boleh diambil...
Rasanya boleh rujuk Suruhanjaya Komunikasi untuk dapatkan detail dari mana puncanya....
Rasanya lama dah duduk kat Malaysia kan???
Takkan tak tau betapa sensitifnya rakyat Malaysia berkaitan isu-isu panas macam ni....
Kan dah tak pasal jadi "HOT STUFF"...
Kalau tujuan asal memang nak famous, TAHNIAH lah korang ye....
Dengan segera dah famous... =D
Dah.... AJ taknak komen panjang-panjang...
Sendiri mau ingatlah ye.... =P
P/s : Elok sangat... Sorang nak bogel, sorang nak kerat anu....
Hehehhhhheheh...
Duniawi oh Duniawi...
Baca Selanjutnya »