Kek Baran...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pernah dengar kek baran????
Mesti tak penah dengar kan... Ingatkan manusia je yang baran.... Kek pun ada yang baran......
Nak buat kek baran ni senang je....... Adunkan je semua bahan yang AJ senaraikan kat bawah ni....

Bahan-bahannya :
Tepung Gandum
Gula Kastor
Esen Vanilla
Serbuk Koko
Mentega
Coklat Chip

dan bahan paling penting

PERASAAN MARAH!!!!

Al-kisahnya... Malam tadi memang mood AJ nak buat kek tu sangat membuak-buak......
Lepas tu AJ keluarkanlah bahan-bahan nak buat kek....
Tengah-tengah adun bahan segala, tetiba cari pengayak tepung takde pulak....
Puas AJ cari, tapi tak jumpa....
Kat situ AJ dah start baran dah.. Mana tak nya, alih sana sini lepas tu bila tanya semua tak tau.....
Tapi takpelah, benda kecik je..... 
AJ teruskan jugak semangat nak buat kek tu........
Lepas tu ada pulak umat manusia yang bagi AJ hangin satu badan......
Memang time tu AJ dah start baran tahap maksimum dah...... Makanya, AJ sumbat segala bahan kek tu tak ikut adunan...
Tapi ikut suka...... Bengang gila AJ masa tu...
Elok mood AJ baik, senang-senang hati orang tu je nak bagi AJ naik angin...
Memang mendapatlah.....
Terus kek AJ buat tu tak jadi kek yang sepatutnya....
Terus jadi KEK BARAN...
Sebabnya?????? Dibuat dalam keadaan marah, bengang, geram semua perasaan ada.....
So lepaslah segala perasaan kat kek.......
Entah apa rasa lah kek AJ tu, tak tahulah.....
Tapi masa AJ tengah bakar kek tu, AJ tengok kucing AJ sedap je jilat lebihan-lebihan kek dalam mangkuk adunan yang AJ letak atas meja tu.... =D

Kek ni sopek sikit sebab AJ tikam dengan garfu masa nak check dah cukup masak ke belum...
Pastu robek sikit masuk mulut... =P



Bila AJ potong, semua coklat mendap belah bawah kek tu.... =(

Nilah hasil KEK BARAN AJ....
Nampak sangat tak menyelerakan hokayh..!
Ingat nak buat topping ala-ala pavlova....
Tapi baran punya pasal, terus jadi macam kek gula hangus... Rasa dia pun lebih kurang...
Chehhh... Rosak kek haku!!!


P/s : Lain kali jangan suka bagi SPOIL MOOD orang......
Baca Selanjutnya »

Cuti Panjang...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lamanya AJ tak bercuti lama-lama....
Berjalan-jalan kat pantai ke, kat mana-mana pulau ke untuk beberapa hari....
Alangkah indahnya dunia jika dapat lari dari kesibukan kota ni sekejap....
Tapi itulah... AJ sendiri tak tau bila AJ dapat bercuti....
Hari tu AJ memang dah plan baiknya....
Tapi keadaan tak mengizinkan pulak...
Kucing AJ pulak admitted....
So nak taknak,  AJ kena tarik diri secara "rela terpaksa" dari percutian tu.......
Kalau join pun tak syok jugak....
Sebab dalam kepala sure duk fikir berapa kos perubatan dan keadaan dia kan???
Tengok-tengok kalendar, takde pulak public holiday yang lama sikit.....
Krismas pun jatuh hari Selasa.....
Kalau nak pegi time Krismas tu pun tak best jugak....
Mr. JR beraya kot.... Confirm dia tak join kalau plan during Krismas...
Annual Leave berlambak lagi ni....... Bila ye nak bercuti........
Lepas tu mana ye nak pegi????
Kengkawan plan nak ke Penang.... Patutnya awal Disember... Tapi kena cancel sebab sorang tu nak bertunang pulak tarikh tu......
Dan tarikh tu clash dengan senarai "Wedding WAJIB Attend" pulak....
Nampaknya....... Plan percutian AJ kena tunda tahun depanlah.....
Nasiblah kat sini AL boleh carry forward... Jadi tiadalah pembaziran hari dan cuti.....
Takkan nak amik AL hanya untuk duduk diam kat rumah....
Ohhhhh..... TIDAK!!!!!!!!!!!!!!
Mimpi ngeri kot.... =P




P/s : Cuti-cuti......
AJ nak cuti...
Otak dah tepu...... =P
Baca Selanjutnya »