Hari Bahagia Kak Leeza dan Azrul -241112-


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu, 24 November 2012 merupakan hari bahagia buat Kak Leeza dan Azrul...
Alhamdulillah setelah sekian lama, berakhir sudah pencarian cinta beliau......
Tahniah Azrul kerana berjaya menambat hati Kak Leeza..... =D Jaga dia elok-elok tau....
Semoga hubungan kalian sebagai suami dan isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat....
AJ tumpang bahagia tengok kebahagian korang.......
Cepat-cepat dapatkan baby okay..... 

Seperti yang dijanjikan, AJ kongsikan sikit gambar-gambar masa kat majlis pernikahan dan persandingan Kak Leeza dan Azrul.....
Tapi sedih sikit.... Kitorang tak cukup kroni....
Patutnya geng pink tu ramai...
Tapi atas sebab-sebab tertentu, kami tak dapat berkumpul sekali semua dalam 1 masa.....
Hopefully masa wedding Kak Leenda nanti, kita semua dapat berkumpul reramai dalam 1 masa.... =D











Sumber : Gambar AJ sendiri dan kawan-kawan........
Seperti biasa, gambar kami je lagi banyak dari gambar pengantin.... =P

Disebabkan ada yang bertanya kat comment box, AJ bagitau siap-siap..... =D
Gambar AJ pakai tudung tu, diambil masa majlis nikah kat Masjid Besi pagi tu......

P/s : Alhamdulillah, sorang lagi geng AJ dah selamat bergelar isteri......
Next turn Kak Leenda pulak......
After that????? =D


Baca Selanjutnya »

Tragedi Di Putrajaya



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sabtu 24 November 2012, memang hari yang betul-betul tragedi....
Putrajaya memang dari dulu merupakan satu tempat yang selalu buat AJ hilang arah...
Tapi hari ni bukan setakat hilang arah, drama swasta pun jadi.....
AJ ke sana untuk mengiring majlis pernikahan dan perkahwinan Kak Leeza....
Sepatutnya AJ ditemani Mr. JR, tapi on the very last minute AL dia decline....
AJ memang kena pegi jugak memandangkan pengantin dah sponsor kain untuk buat baju pengiring tu....
Pagi tadi pulak hujan turun dengan selebat-lebatnya...
Nak taknak AJ redah jugak hujan tu....
Sampai KL Sentral, AJ beli tiket ERL for the very 1st time....
Selama ni memang AJ tak penah naik mende alah tu pun...
Memang nasib malang kot.... ERL pulak delay sebab keje-keje penyelengaraan.....
Ya ampun.... Dah nak nangis dah rasa..
Almost pukul 9 dah kot.... Kawan AJ pulak bernikah 9 pagi tu.......
Sampai je kat Putrajaya Sentral, AJ dah tak tau mana nak tuju.....
Nak tanya orang pun, takde sesiapa...
AJ tak tau mana tempat nak amik teksi atau bas kat situ....
Bila AJ jalan keluar, nampak bus stop....
Okay lega sikit, atleast dah tau mana tempat nak dituju....
Tapi entah mana silapnya, AJ tak nampak seorang umat manusia pun kat situ untuk AJ tanya jalan.....
Sekali tengok jam dah almost 40 minute AJ stuck kat situ rupanya....
Selama tu jugak semua teksi yang AJ tahan taknak berhenti...
Akhirnya time tu jugak airmata AJ berjurai turun selebat hujan pagi....
Entah macam mana, ada sorang ni terperasan AJ kat situ....
AJ dah tak tau nak fikir apa masa tu... Dengan airmata yang tak reti nak berhenti tu AJ cakap kat dia apa yang tengah jadi bila dia bertanya...
Dialah yang tolong AJ ke masjid pagi tu....
Nasib baik dia betul-betul ikhlas tolong AJ...
Disebabkan dia naik motor, dia call kawan dia suruh hantarkan AJ....
Tapi AJ ralat sangat.... AJ punyalah kalut sampai tak sempat langsung nak tanya nama or amik nombor telefon dia...
Bukan nak menggatal, tapi nak say thanks sebab tolong AJ.....
Nasib masa sampai masjid, kawan AJ belum nikah  lagi even AJ sampai 1jam lambat....
Nampak kawan-kawan lain kat situ, terus AJ menangis lagi sekali....
Memang pagi ni tragedi dan drama sungguh.....


Nanti AJ update story dengan gambar kat majlis Kak Leeza....
Tunggu diorang upload kat Fb...
AJ tak snap pic sangat pun... Sebab busy camwhoring dengan gadis-gadis... =P


P/s : Lepas ni macam mana pun, AJ akan minta sesiapa teman pegi Putrajaya even naik kereta pun... SERIK!!!

Baca Selanjutnya »