ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kadang-kadang dalam melayari dunia maya ni...
Kita selalu alpa......
Apa yang tak sepatutnya, kita kongsikan........
Sedar tak tindakan ni boleh mengundang bahaya kepada diri kita??
AJ kongsikan sedikit antara benda yang tak sepatutnya kita kongsikan di alam maya.....
Tak kisahlah Facebook ke, Twitter ke, Blog ke, etc....
Manalah tau kalau-kalau ada yang tak sengaja "ter"kongsi maklumat tersebut...
Bolehlah dipadamkan sebelum terlalu lambat kan....
ALAMAT
- Tak salah nak bagitau lokasi kita... Bagi yang general je okay...
Janganlah sampai alamat penuh dengan no rumah, lorong dan siap poskod lagi......
Dalam dunia maya ni, memang bukan semua orang kita kenal...
Mana tau perompak ke, penyamun ke ataupun perogol bersiri....
Tak pasal-pasal kita jadi sasaran seterusnya.....
Nak-nak bila kita siap update status "Bercuti 13 bulan, tinggallah rumahku, syurgaku..."
13 bulan kemudian, tinggal tapak rumah je..... =P
NOMBOR TELEFON
- AJ perhatikan ada yang letakkan nombor telefon di laman sosial.....
Lepas tu bila kena gangguan seksual menerusi telefon, tak suka kan....
Padahal tu semua jadi sebab kita sendiri yang paparkan nombor telefon.....
Kalau ye pun nak bagi nombor telefon kat kawan-kawan, cubalah inbox je.......
Bukankah lebih selamat...
NOMBOR KAD PENGENALAN
- Mungkin jarang terjadi.....
Tapi ada juga yang secara tak sengaja terpaparkan nombor pengenalan diri......
Misalnya, baru buat ic lepas tu snap pic then upload.....
Boleh je nak upload... Tapi editlah dulu siap-siap....
Tanpa sedar kita terdedah kepada anasir-anasir tak baik....
Orang salah guna identiti ke, apa ke.....
GAMBAR TERLAMPAU
- Kita memang tak upload gambar bogel........
Tapi upload gambar yang seksi-seksi.....
Lepas tu senang-senang je nak kena "super impose"
Tak pasal dari gambar terlampau, terus dapat aib melampau......
STATUS BERSIFAT PERIBADI
- Eh???? Status pun tak boleh kongsi ke????
Status korang, korang punya pasallah kan.....
Tapi..... Tolonglah jangan keluarkan status bersifat peribadi ataupun status yang boleh mencetuskan kontroversi....
Contohnya, bergaduh dengan pasangan....
Ini memudahkan orang lain mengambil kesempatan atas perhubungan kalian.....
Rasanya kalau ada masalah, eloklah diselesaikan di luar halaman maya ye... =D
Ataupun, agama/kaum ni bla bla bla.....
Kontroversi tu beb........ Silap-silap sebab status, nyawa melayang wehhh......
Ataupun, agama/kaum ni bla bla bla.....
Kontroversi tu beb........ Silap-silap sebab status, nyawa melayang wehhh......
Rasanya, ni je lah yang AJ dapat kongsikan.....
Cuba semak balik, ada tak yang terpampang di alam maya ni??
P/s : Alam Maya kadang membahayakan.... =D