Buffet Ramadan 2025 | Royale Chulan Seremban - Royale Chulan Hotels & Resorts

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Royale Chulan Seremban - Royale Chulan Hotels & Resorts | Tahun ini Royale Chulan Hotels & Resorts menampilkan lebih 150 hidangan dengan tema Warna Rasa di seluruh rangkaian hotelnya di Malaysia. Kakak berkesempatan ke Royale Chulan Seremban untuk menikmati sendiri keenakkan juadah yang bakal disajikan kepada para tetamu sepanjang bukan Ramadan nanti.


6 lokasi berbuka puasa di rangkaian Royale Chulan Hotel & Resorts di Malaysia


Terdapat 6 lokasi rangkaian Royale Chulan Hotel & Resorts di Malaysia yang boleh korang pilih tau. Semuanya tampil dengan tema Warna Rasa. So korang boleh pilih untuk berbuka puasa dimana-mana lokasi yang berhampiran. Kat bawah ni kakak sertakan butiran lokasi serta baucer menarik yang ditawarkan di semua rangkaian Royale Chulan Hotel & Resorts.


Royale Chulan Seremban




Kalau korang nak rasa keunikan juadah Negeri Sembilan, korang boleh datang berbuka kat sini. Antara menu menarik yang dihidangkan ialah Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi, Masak Lemak Daging Salai dengan Mangga Muda, Asam Pedas Ekor, Rendang Itik Pucuk Maman dan banyak lagi! Setiap hidangan ada keunikannya yang tersendiri. Kakak paling suka Masak Lemak Daging Salai dia, podaih tapi padu! Mengalir airmata kakak! Hahahahah.





Selain tu, korang boleh menikmati juadah dari 10 gerai yang terdapat disini seperti Live Seafood, Shawarma, Pasembor, ABC dan banyak lagi la! Wajib cuba setiap hidangan tau.



Di Royale Chulan Seremban ni ada fasiliti lengkap untuk korang menunaikan solat selepas berbuka puasa tu, so jangan risau okay!


Harga yang ditawarkan :


RM130 (Dewasa)
RM80 (Kanak-kanak)
RM100 (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM110 (sehingga 28 Februari 2025)


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi :
Asiatique Restaurant : 06-766 6666 / 016 920 9891 (Whatsapp)


Royale Chulan Kuala Lumpur


Sepanjang Ramadan, Royale Chulan Kuala Lumpur bukan sahaja akan menyediakan juadah yang membuka selera, malahan ada live band yang akan menghiburkan para tetamu dengan alunan muzik tradisonal dan moden. Kaunter zakat juga akan dibuka di lobi hotel, so lepas berbuka boleh terus bayar zakat fitrah. Solat terawih juga akan diadakan di bilik Tun Sri Lanang sepanjang bulan Ramadan.





Kat sini korang boleh menikmati pelbagai juadah lauk pauk tradisional dan moden yang disediakan antaranya Kambing Golek, Nasi Kerabu, Kerabu Maggi, Satay, Ikan Bakar Portugis, aneka pilihan Air Balang dan banyak lagi.


Harga yang ditawarkan :


RM228 (Dewasa)
RM110 (Kanak-kanak)
RM188 (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM188 (sehingga 15 Februari 2025)


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi :
Warisan Café : 019 325 4718


Royale Chulan Damansara


Nikmati hidangan menarik seperti Kambing Golek, Asam Pedas Pari tradisonal dan pencuci mulut seperti SeRawa Durian dan kuih muih tradisional. Selain tu ada juga gerai BBQ dan Lok-lok untuk dinikmati. Korang juga akan dihiburkan dengan persembahan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


Disini, solat terawih akan diadakan setiap hari Khamis hingga Ahad.




Harga yang ditawarkan :


RM178 (Dewasa)
RM98 (Kanak-kanak)
RM148 (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM148 (sehingga 10 Mac 2025)


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi :
Royale Coffee House Restaurant : 03-7959 9000 (ext:1409) /  016 220 0397 (Whatsapp)


Royale Chulan The Curve


Nikmati juadah Kambing Golek, Bubur Lambuk, Nasi Ayam Royale, Nasi Bekwoh, dan pencuci mulut tradisional seperti Apam Balik dan Dodol. Pasti membuka selera korang!


Sambil berbuka korang dialunkan dengan persembahan muzik setiap malam dan sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hujung minggu.




Harga yang ditawarkan :

Window Restaurant
RM149 (Dewasa)
RM99 (Kanak-kanak)
RM199 (Warga Emas / Bousteador)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM119 (sehingga 25 Februari 2025)


Tiara Rini Ballroom
RM109 (Dewasa)
RM79 (Kanak-kanak)
RM89 (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi : 
Royale Chulan The Curve : 03-7843 1111


Royale Chulan Penang


Terdapat lebih 70 hidangan Warna Rasa yang akan dihidangkan di Sri Tanjung Café Royale Chulan Penang. Sepanjang Ramadan, korang boleh menikmati hidangan istimewa seperti Sup Tulang Rawan, Nasi Mandy Kambing, Gulai Kawah Daging Utara dan pelbagai jenis kuih muih tradisional yang disediakan khas oleh pasukan chef pastri.




Harga yang ditawarkan :


RM128++ (Dewasa)
RM68++ (Kanak-kanak)
RM88++ (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 30 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM100 (sehingga 21 Februari 2025)


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi : 
Royale Chulan Penang : 04-259 8888 / 016 330 3408 (Whatsapp).


Royale Chulan Cherating Villas & Chalets


The Courtyard Royale Chulan Cherating bakal menampilkan lebih 100 juadah untuk dinikmati seperti Kambing Golek, Kerabu dan Ulam-ulaman, Shawarma dan  kebab. Gerai live BBQ yang menyajikan Sayap Ayam Panggang, Satay dan Ikan Bakar dengan Sambal Petai pun ada disediakan. Aduh Sambal Petai tu buat terliur bethol!


Pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu, pastri Perancis, ABC, Cendol dan aiskrim boleh dinikmati kat sini.




Harga yang ditawarkan :


RM123++ (Dewasa)
RM70++ (Kanak-kanak)
RM70++ (Warga Emas)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.


PROMOSI Early Bird RM90++ (sehingga 1 Mac 2025)


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi :  
Royale Chulan Cherating Villas and Chalets : 09-584 7333 / 016 205 9704 (Whatsapp).


So tunggu apa lagi? Jom berbuka puasa di rangkaian Royale Chulan Hotels & Resorts Ramadan nanti okay!

Tiada ulasan