Buffet Ramadan 2025 | Klana Beach Resort, Port Dickson

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Klana Beach Resort Port Dickson | Tahun ini buffet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson berkonsepkan "Merentasi Tradisi" yang menampilkan pelbagai juadah dari setiap negeri di Malaysia. Seperti kita tau, Malaysia ni memang terkenal dengan kepelbagaian makanan. Jadi kali ni, Chef-chef telah sedaya upaya menyediakan juadah berbuka dari setiap negeri di Malaysia. S o kalau korang rindu nak makan juadah dari negeri masing-masing, bolehlah ke buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson nanti!




Juadah Berbuka Merentasi Tradisi



Mesti korang tak sabar nak tau juadah apa yang terdapat kat sini kan? Serius semua menu yang ada pasti akan membuka selera korang. Pertama sekali mestilah ada juadah Selero Negeri Sembilan. Tak sah kalau takde masak lemak, kat sini korang boleh menikmati Ayam Tua Masak Lemak, Kepayo Masak Lemak, Ikan Keli Masak Lemak dan paling istimewa Rendang Pucuk Maman! Yang ni kalau korang lambat amik, memang habis cepat tau. Saban tahun, memang inilah juadah yang menjadi rebutan.



Selain tu, korang boleh menikmati juadah-juadah unik lain antaranya Ikan Patin Tempoyak yang sememangnya terkenal di negeri Pahang, Yong Tau Foo (Melaka), Pasembor (Pulau Pinang), Nasi Lemuni dan Ayam Goreng Berempah (Perak), Laksa Johor, Laksa Kelantan, Emping Jagung (Perlis), Mee Kolok (Sarawak), Ambuyat (Sabah) dan banyak lagi. Memang hidangan kali ni, unik sangat! Kakak sendiri pun pestime cuba ambuyat tu, ingatkan kena pegi Sabah baru dapat makan. Hehehehe.



Korang juga boleh nikmati juadah wajib setiap Ramadan seperti Murtabak, Roti John, Apam Balik, Lempeng Kelapa, Aneka Cucur, Bubur Lambuk, Bubur Kacang Hijau, Pengat Pisang dan macam-macam lagi. Kalau kakak nak cerita semua, memang tak habis tau.



Hidangan Istimewa Kibas Golek dan Sup Kibas


Tak sah berbuka kat Klana Beach Resort Port Dickson kalau takde 2 menu ni. Antara hidangan yang kakak tunggu setiap tahun. Daging kibas yang empuk dan juicy tu memang membuatkan kakak terliur. Tambah pulak dengan sos blackpepper dia, lagi la terangkat! Sup kibas pun sedap, terasa la rempah-rempah dia tu.



Empat Putaran Menu Sepanjang Ramadan


Sepanjang Ramadan, terdapat empat putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 28 Ramadan 1446H. So kat sini kakak sertakan jadual putaran menu supaya korang boleh merancang bila nak berbuka disini.


RAMADAN 3 / 7 / 11 / 15 / 19 / 23 / 27

  • NASI PUTIH
  • AYAM PERCIK KELANTAN
  • IKAN PARI ASAM PEDAS
  • TAUHU SOS TELUR
  • SAYUR KOBIS GORENG

RAMADAN 4 / 8 / 12 / 16 / 20 / 24 / 28

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK KALIO
  • IKAN TENGGIRI BERLADA
  • TELUR DADAR
  • CHAP CHAI GORENG


RAMADHAN 5 / 9 / 13 / 17 / 21 / 25

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK KURMA TERENGGANU
  • LALA MASAK CILI
  • TAUHU BERSAMA CENDAWAN
  • KACANG PANCANG GORENG


RAMADAN 6 / 10 / 14 / 18 /  22 / 26

  • NASI PUTIH
  • AYAM MASAK KUZI
  • KUPANG MASAK HALIA
  • KARI TELUR
  • SAYUR SIEW PAK CHOY


Harga Buffet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson


RM69 (Dewasa)
RM35 (Kanak-kanak)
Bermula dari 3 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025 / 3 - 28 Ramadan 1446H.


PROMOSI Early Bird RM60 (Pembelian sebelum Ramadan)


Untuk tempahan :
06-648 7888
016-661 9030 (Alin)
016-661 9050 (Mike)
016-661 6089 (Ayu)




Pakej Penginapan dan Pakej Seminar di Klana Beach Resort, Port Dickson




Bulan puasa tak semestinya tak boleh staycation kan? Setiap kali bulan Ramadan, Klana Beach Resort Port Dickson juga menawarkan 2 pakej menarik untuk mereka yang ingin menginap ataupun ingin mengadakan seminar disini. Pakej yang ditawarkan memang menarik dan berbaloi.




Kakak memang suka menginap di sini, Alhamdulillah selesa la untuk keluarga kecil kakak ni. Sekarang ni pulak dah ada anak kecik, memang kakak prefer lepas berbuka terus menginap, so baby pun dapatlah rehat-rehat juga.


Klana Beach Resort Port Dickson pula merupakan hotel mesra Muslim. Jadi dalam setiap bilik penginapan tersedia Al-Quran terjemahan, Sejadah, Kain Pelikat dan Telekung. Selain daripada tu, keperluan asas seperti cerek air, air minuman dan seterika juga disediakan. Tak payah nak berangkut segala benda kalau menginap kat sini tau. Senang!




Terdapat beberapa jenis bilik iaitu DeluxeDeluxe Queen dan Deluxe Family sesuai untuk mereka yang menginap bersendirian ataupun dengan keluarga.


So, kalau korang ada perancangan nak berbuka puasa kat sini, bolehlah terus menginap di Klana Beach Resort. Lokasi pun strategik, berhadapan dengan balai cerap.




Info lanjut :

📍Klana Beach Resort PD
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia


+606-648 7888
+606-648 7999



Selamat menyambut Bulan Ramadan korang! Jumpa di buffet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson okay!

Tiada ulasan