ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pakej Haji Swasta dan Premium dari MKM Ticketing Travel & Tours | Sebagai umat Islam, menunaikan ibadah haji tertakluk dalam Rukun Islam ke-5 bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan dan fizikal. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Siapa je yang tak teringin nak ke Baitullah al-haram di Mekah kan?
Allah SWT juga telah menjanjikan pelbagai kelebihan untuk mereka yang menunaikan ibadah haji.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه
Bermaksud:
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan ibadah haji semata-mata kerana Allah dan dia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka dia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” (Riwayat Bukhari).
Pakej-Pakej Haji dari MKM
Kalau ada yang merancang hendak menunaikan haji pada tahun ni, kakak nak kongsikan dengan korang beberapa pakej haji swasta dan premium dari MKM. Pakej haji dari MKM ni memang boleh dipercayai, buktinya ramai selebriti dan mereka yang ternama dah menunaikan haji di bawah pengurusan MKM antaranya Alif Satar, Puan Pija Minaz dan ramai lagi. MKM juga berpengalaman lebih dari 13 tahun dalam menguruskan jemaah haji dan umrah, jadi korang tak perlu ragu-ragu untuk mengambil pakej dengan MKM. Pada tahun ini, MKM menyasarkan 2,000 jemaah haji.
Terdapat 5 Pakej Istimewa Haji yang disediakan oleh MKM pada tahun 2025 iaitu :
PAKEJ SALAMharga bermula dari RM54,900/5 pax
- +- 40 hari
- MINA : Khemah Muassasah (Muassim)
- MEKAH : Rayannah Hotel (lebih kurang 400 meter dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH : Millenium A-Aqeeq (lebih kurang 50meter dari Masjidil Nabawi
PAKEJ SALAM PLUSharga bermula dari RM58,000/5 pax
- +- 40 hari - 45 hari
- AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 670 meter)
- MEKAH: Maysan Al-Mashaer (lebih kurang 430 meter dari Dataran Masjid Al-Haram)
- MADINAH: Worth Peninsula (lebih kurang 300 meter dari Dataran Masjid Nabawi)
PAKEJ MENARA JAMharga bermula dari RM75,900/4 pax
- +- 40 hari
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
- MEKAH: Movenpick Hajar (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)
PAKEJ SAFAharga bermula dari RM115,000/4 pax
- +- 20 hari
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
- MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (lebih kurang 50 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)
PAKEJ FIRDAUSharga bermula dari RM275,000/2 pax
- +- 18 hari
- AZIZIYAH: Al-Maqam Suites dan Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina lebih kurang 400-500 meter)
- MEKAH: Dar Tawhid Intercont. (lebih kurang 10 meter dari Dataran Masjidil Haram)
- MADINAH: Oberoi Medina (lebih kurang 10 meter dari Dataran Masjidil Nabawi)
Pakej berharga RM54,900 adalah bagi mereka yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini, manakala pakej premium bermula RM75,900 terbuka untuk jemaah terpilih haji dan mereka yang membuat rayuan.
Kenapa perlu mengambil pakej haji dengan MKM?
Mesti korang tertanya-tanya kenapa kena ambil pakej haji dengan MKM kan? Bila musim haji je, kita ada juga dengar pengalaman yang tak berapa baik dari jemaah haji. Ada juga bakal haji yang tertipu sampai terkandas dekat airport. Selain boleh dipercayai, MKM juga menjanjikan pengalaman haji yang sempurna bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan pengurusan haji mereka.
Pembimbing Ibadah Haji Yang Berilmu dan Berpengalaman
MKM sangat berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci. Pihak MKM akan memastikan kebajikan jemaah terjaga dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik.
MKM juga mempunyai beberapa orang Mutawif yang sangat berpengalaman untuk membimbing para jemaah semasa menunaikan haji.
Khemah di Arafah dan Mina
Mashariq akan mengelolakan segala keperluan dari khemah, makanan, minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan setiap jemaah haji. Jemaah haji juga dapat melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.
Ziarah dan Lawatan
*Bergantung kepada perubahan semasa
Ziarah Makkah :
Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
Ziarah Madinah :
Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
Lawatan Luar :
Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama.
Pengajian Kelas Agama
Sebelum mengerjakan ibadah haji, pihak MKM mengadakan kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci. Pihak MKM juga akan mengadakan kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci. Jemaah haji juga boleh bersoal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji.
Barang Hadiah Haji
Pihak MKM juga menyediakan barang-barang keperluan asas untuk setiap jemaah haji yang mengambil pakej haji seperti :
- Beg Pakaian
- Beg Sandang
- Beg Bimbit
- Beg Kasut
- Beg & Sejadah
- Beg Uncang
- Tag Beg & Kipas Tangan
- Buku Panduan Haji
- Bantal Leher
- Kain Ihram / Mini Telekung
- Botol Wudhuk
- Tasbih Digital
Bagaimana untuk menunaikan ibadah haji bersama MKM Travel & Tours?
Terdapat 2 kategori yang layak memohon pakej Haji MKM travel iaitu :
Kategori 1: Telah mendapat tawaran haji.
Kategori 2: Masih menunggu giliran dan ingin membuat rayuan.
Kedua-dua kategori diatas layak untuk mendaftar pakej Haji MKM Travel.
Cara pendaftaran :
Bakal jemaah haji boleh muat turun dan lengkapkan borang pendaftaran pakej Haji MKM Travel.
Cara untuk memohon rayuan menunaikan ibadah haji :
Bakal jemaah yang telah mendaftar haji sekurang-kurangnya 4 tahun dari tahun semasa boleh mendaftar bersama MKM Travel dan membuat rayuan melalui aplikasi THIJARI. Keputusan rayuan tertakluk kepada kouta Tabung Haji.
Orang ramai yang terpilih untuk menunaikan haji atau yang membuat rayuan dan berhajat menunaikan haji secara swasta boleh mula mendaftar dari sekarang sehingga tarikh yang akan ditentukan Tabung Haji kelak.
Untuk butiran yang lebih lanjut korang boleh hubungi pihak MKM di :
Website : https://haji.mkm.my/
Alamat :Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Telefon :
+603 7831 6740 (Haji / Umrah / Visa)
+603 7831 8740 (Ticketing)
+6011-1121 4188 (Khidmat Pelanggan)
Tentang MKM Ticketing Travel & Tours
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.
MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada industri pelancongan di Malaysia, MKM Ticketing Travel & Tours dapat memenuhi segala permintaan serta kehendak pelanggan di pasaran terutamanya bagi mereka yang ingin membuat tempahan tiket penerbangan, pakej-pakej lawatan serta pelancongan dan sebagainya. Sebagai salah sebuah syarikat 100% milikan bumiputra, MKM Ticketing Travel & Tours mempunyai potensi dan peluang untuk terus berkembang dan membangun pada masa hadapan terutamanya dalam bidang pengurusan Haji & Umrah.
Tiada ulasan