Buffet Ramadan 2025 | Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Grand Millenium Hotel, Kuala Lumpur | Ramadan ini JOM MAKAN 2.0 di Grand Millenium Hotel kembali lagi dengan masakan Malaysia yang menampilkan signature menu iaitu Kawah Pak Ali , Nasi Mandi Salai dengan Kambing Panggang Utara dan "Rumah Manisan".




Jom Makan 2.0 ni diwujudkan semula selepas mendapat sambutan yang menggalakkan Ramadan tahun lalu. Jadi tahun ini The Mill Cafe, Grand Millenium, KL mengembalikan Jom Makan 2.0 yang bakal menjanjikan pengalaman gastronomi lebih baik dengan pelbagai sajian tradisional dan antarabangsa untuk korang dan seisi keluarga!


Setiap hidangan yang disajikan oleh Chef Eksekutif Vincent Wong dan Chef Eksekutif Sous Razali Ismail, kedua-duanya Chef Muhd. Faisal bin Zainol (Sous Chef, The Mill Café) dan Chef Hamzah bin Yakob (Junior Sous Chef, The Mill Café) dan pasukan menggunakan resepii dan teknik yang betul bagi memastikan setiap hidangan mengikut dan menepati citarasa warisan masakan Malaysia.



Menu Jom Makan 2.0


Kawah Pak Ali




Menu yang pastinya membuatkan korang mengimbau kenangan dengan hidangan dan suasana kampung. Yelah, dulu-dulu kan kalau buat majlis keraian mesti masak dalam kawah kan? Antara hidangan Kawah Pak Ali ialah :

• Assam Pedas Telur Ikan Mayong
Hidangan yang terkenal di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, menampilkan telur ikan mayong dengan rasa kuah asam pedas yang cukup rasa pedas masam dia.


• Gulai Kawah Kelantan – Ayam, Daging, Perut dan Paru
Hidangan istimewa tradisional Kelantan, dimasak dengan pelbagai daging dan dimasak perlahan untuk menghasilkan rasa lembut dengan air rebusan rempah.


• Telur Itik Masak Lemak Cili Api
Variasi hidangan Melayu klasik ini menggunakan telur itik untuk tekstur yang lebih berkrim, direneh dalam kuah santan kelapa pedas. Kuah kuning pekat dengan wangi cili tu bukann sahaja menusuk hidung, tapi menusuk selera korang tau!


Kambing Bakar Utara dengan Nasi Mandi Salai




Tak sah kalau takde kambing tiap kali Ramadan, jadi Grand Millenium KL menampilkan Kambing bakar utara dengan nasi mandi salai. Kambing yang diperap dalam campuran rempah tradisional seperti ketumbar, jintan putih, bawang putih, halia, dan lada hitam, kemudian dibakar dengan sempurna di atas api terbuka menghasilkan rasa rangup dibahagian luar dan lembut didalam. Dihidangkan pula dengan sos pencicah seperti air asam, sos lada hitam atau sos cendawan. Lepas tu padankan pula dengan Nasi Mandi Salai memang terangkat! Kakak suka nasi mandi ni tau, memang terasa aroma salai dia dalam setiap suapan.


Sup Daging Selat – Stew Daging Lembu Berempah Aromatik
Rebusan daging lembu ni diperkaya dengan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, dan lada hitam buatkan kuahnya berperisa dan beraroma. Hidangan ni memang menu wajib dari Selatan.




Aneka pilihan masakan Tradisional dan Antarabangsa

Kat sini korang boleh rasa pelbagai pilihan masakan tradisional seperti Rendang Tok, Ayam Masak Merah, Sotong Masak Kicap, Daging Dendeng Minang, Udang Goreng Oat, Bubur Lambuk dan banyak lagi termasuk Ulam-ulaman, Rojak Pasembor, Kerabu, Lemang, Ketupat, Serunding, dan Keropok. Lepas tu ada salad bar yang dipenuhi dengan sayur-sayuran segar. Ada juga stesen 'Berasap', untuk korang dapatkan Sate Ayam, Sate Lembu dan Otak-Otak Muar.



Hidangan Antarabangsa pun banyak antaranya masakan India seperti Ayam Tandoori, Lamb Vindaloo, Fish Tikka, Nasi Briyani Hyderabad, Naan Mentega dan Bawang Putih, Dal Fry serta Murtabak Daging dan Murtabak Ayam. Selain tu ada Stesen Barat yang menampilkan pizza, spaghetti dan sebagainya,  Kaunter Shawarma, Seafood on Ice,  Makanan Jepun dengan Aneka Sushi, Maki, Nigiri, Soba Sejuk, Chawan Mushi dan Takoyaki. Bagi penggemar mi ada Stesen Mi dengan pelbagai pilihan perasa.




Rumah Manisan


Dah makan mestilah nak pencuci mulut kan? Di Rumah Manisan, korang boleh makan pencuci mulut tradisional seperti Kuih Lapis, Kuih Seri Muka, Onde-Onde, Pulut Hitam, Kuih Talam, Apam Balik,  Bubur Serawa Durian, Ais Kacang, and Cendol. Korang juga boleh dapatkan goreng pisang segar, goreng cempedak, sukun, keladi, dan ubi getuk. Selain tu kek dan buah-buahan pun banyak tau. Paling kakak suka kat bahagian rumah manisan ni tapai pulut dan tapai ubi! Serius susah tau nak jumpa buffet Ramadan yang ada tapai ni, 1 dalam sejuta kot! Hehehehhe.




Harga yang ditawarkan untuk ‘Jom Makan 2.0’ adalah seperti berikut :


RM178++ seorang dewasa
RM89++ seorang kanak-kanak (5 hingga 12 tahun)
Dari 3 Mac hingga 28 Mac 2025 - 7 sehingga 10 malam


PROMOSI EARLY BIRD EKSKLUSIF untuk pembelian sebelum 28 Februari 2025.
RM143++ (Dewasa)
RM71.50++ (kanak-kanak) 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan : 
WhatsApp : +60 12 317 0120
Telefon : +603-2117 4163


Tawaran lain di Grand Millenium, KL


Acara Persendirian (2 hingga 30 Mac 2025)


Kalau korang nak buat acara persendirian  korang oleh memilih antara dua set menu berharga RM150++ dan RM180++ seorang dengan minimum 50 tetamu. Untuk pertanyaan, hubungi Pengurus Acara Kanan di :  zarrazeellah.haniffa@millenniumhotels.com.


Makan Dalam Bilik (1 hingga 29 Mac 2025 dari tengah malam hingga 5.00 pagi)


Bagi tetamu yang lebih suka menjamu selera dalam keselesaan bilik mereka, dua set menu boleh didapati bermula pada RM40++ seorang, tersedia untuk pilihan semasa daftar masuk atau bila-bila masa sepanjang penginapan mereka.


Sebagai alternatif, tetamu boleh memilih untuk menikmati bufet sarapan pagi di The Mill Café yang bermula dari jam 5 pagi.


Tempahan bilik boleh dibuat di :

E-mel: reservations.gmkl@millenniumhotels.com
Telefon: +60 3 2117 4888.


Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia, tertakluk kepada 10% caj perkhidmatan dan cukai semasa.

Tiada ulasan