Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Buffet Ramadan 2025 | Bangi Golf Resort | Tak lama lagi Ramadan bakal menjelang tiba, selain fokus nak tingkatkan ibadah mesti ada juga yang mencari pakej-pakej berbuka puasa dengan harga yang berpatutan kan?




Kali ni kakak nak kongsikan dengan korang buffet Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR), Selangor. Seperti setiap tahun BGR sentiasa menampilkan pelbagai menu yang berlainan. Untuk tahun 2025, BGR dengan tema Ramadan Riang Rasa, menampilkan kelainan dengan menyajikan menu dari Kemboja dan Arab.


Pasukan kulinari BGR telah mencipta semula versi Halal masakan tradisi Kemboja seperti Daging Lok Lak, Ikan Amok, Kari Ayam Kemboja dan banyak lagi menu menarik lain dengan kolaborasi bersama Chef selebriti Kemboja, Chan Kanha (Best Female in Masterchef Cambodia Season 1).




Chef Chan Kanha juga telah memperkenalkan pelbagai pencuci mulut yang pasti memukau selera korang seperti kek Beras Pandan dihidangkan dengn Gula Melaka Kemboja, puding beras, jagung kukus, kek beras keladi bersama kelapa parut dan banyak lagi! Kakak belum penah lagi menikmati juadah dari Kemboja tau, so kakak memang eksited bila dapat mencuba sendiri masakan tradisional Kemboja.




Selain masakan Kemboja, BGR juga telah memperkenalkan hidangan baru iaitu Nasi Maqluba iaitu nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan rempah aromatik seperti kulit kayu manis dan jintan dengan ayam yang empuk. Rasa Nasi Maqluba ni tak sama macam Nasi Mandy semua tu tau, so korang kena cuba! Hidangan tradisional dari Kelantan dan Johor seperti Nasi Kerabu, Ayam Kuzi yang kaya dengan rasa aroma rempah ratus pun ada.




Bagi penggemar makanan Barat pula, korang boleh cuba hidangan baru seperti bebola Daging Ayam dengan Sos Cendawan Bawang Putih, Spageti Laksa Kering, Spageti Pad Thai dan sup French Prawn Bisque yang dihidangkan bersama roti.




Tak lengkap hidangan kalau takde menu wajib iaitu Kambing Golek! Setiap tahun inilah yang kakak amik dulu dekat BGR. Hahahahah. Kambing golek yang empuk dan lembut memang membuka selera kakak. Selain tu tak lupa juga hidangan Sup Kambing Mamak, Sate Ayam dan Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma. Yang ni kalau takde rasa tak lengkap.




Tahun ni pencuci mulut pun banyak gila! Selain pencuci mulut dari Kemboja, ada juga kuih-muih tradisional seperti Talam Sago Dinda pelbagai warna, kek yang macam-macam perisa, Spanish Churos bersama marshmallow dan sos coklat serta banyak lagi. Untuk anak-anak pun banyak pilihan tau, ada soft-serve ice cream, ABC, Cendol, popcorn dan cotton candy! Bebudak kalau nampak menu ni, confirm tak pandang dah menu lain!




Harga yang ditawarkan seperti berikut :




RM68.00+ (Dewasa)
RM34.00+ (Kanak-kanak)
Bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025.

Hotline : 1700-821-457

Bangi Golf Resort
No.1 Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tiada ulasan