Pelancaran Kempen Glucerna® #StartsWithYou Anjuran Abbott

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pelancaran Kempen Glucerna® #StartsWithYou Anjuran Abbott | Bulan November merupakan Bulan Kesedaran Diabetes. Sehubungan dengan itu, Abbott telah melancarkan Kempen Glucerna® #StartsWithYou yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengurus diabetes dengan lebih baik dan mengamalkan gaya hidup sihat. Korang tau tak statistik diabetis di negara kita ni semakin meningkat naik dan 40% daripada kita tak sedar pun menghidap diabetis. Perkara ini sangatlah membimbangkan!





Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), dianggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia - atau 15.6% daripada populasi dewasa, menghidap diabetes. Diabetes yang tidak dikawal boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan secara menyeluruh serta menyebabkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan saraf atau buah pinggang. Justeru, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membawa kesan besar dalam pengurusan diabetes dan kesihatan secara menyeluruh.


Pengawalan Diabetes Bermula dengan Diri Anda dan Sokongan Orang Lain


Kempen Glucerna® #StartsWithYou telah menampilkan kisah kejayaan rakyat Malaysia yang menyertai program intervensi gaya hidup selama empat minggu anjuran Abbott, termasuk pemakanan seimbang dan senaman fizikal. Dengan memaparkan kisah ini dan mengundang orang ramai untuk berkongsi perjalanan pengurusan diabetes mereka, Abbott berharap dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada penghidap diabetes untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.




Menurut Dr. Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia,


"Kadar penyakit diabetes yang tinggi di Malaysia menunjukkan betapa pentingnya untuk memupuk kesedaran individu tentang pengurusan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® ini telah membantu ramai penghidap diabetes menguruskan tahap glukosa mereka melalui perubahan gaya hidup termasuk pemakanan seimbang dan senaman. Hari ini, kami berbesar hati untuk memaparkan beberapa kisah kejayaan bagi memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk membina tabiat kesihatan yang baik."


Kakak teruja sangat bila mendengar kisah inspirasi daripada Miss Ainaa Munirah Pang, seorang Chef berusia 39 tahun yang merupakan "diabetic survivor". Beliau disahkan menghidap diabetis jenis 2 pada usia 27 tahun. Yup, usia yang muda tak bermakna kita tak boleh dapat diabetis tau! Dengan menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP), Miss Ainaa telah berjaya mencapai tahap glukosa yang sihat.




Menurut Miss Ainaa "Having diabetic is not end of the world", dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat, diabetis boleh dikawal.


Tambah beliau lagi,


"Penyertaan saya dalam program ini adalah satu perubahan hidup kepada saya. Program ini bukan sekadar mengawal paras glukosa, tetapi saya juga menerima sokongan dalam komuniti serta mampu membuat perubahan kecil yang memberi impak besar.''


Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP)


Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (GLCP) yang dilancarkan pada 2021 merupakan program yang merangkumi panduan tentang pengurusan diabetes, perkongsian maklumat mengenai diet seimbang, formula pemakanan khusus diabetes, senaman serta kepentingan pemantauan glukosa secara berkala. Dalam program ini, para peserta dapat mempelajari cara menangani keletihan akibat diabetes termasuk cabaran lain yang boleh mengganggu komitmen mereka dalam mencegah penyakit tersebut. Menerusi program ini juga, mereka diberi pendidikan mengenai pengurusan diabetes oleh para doktor dan pakar diet yang terlatih. Sehingga hari ini, lebih 200 peserta telah menyertai program GLCP dan berjaya memperbaiki pengurusan diabetes mereka.


Selain daripada perkongsian Miss Ainaa, kakak juga mendapat pelbagai input menarik daripada Dr. Zanariah Hussein, Ketua Unit Endokrin di Hospital Putrajaya. Menurut beliau,




"Ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Oleh itu, intervensi gaya hidup yang terancang, pengurusan pemakanan dan sistem sokongan yang kukuh boleh membantu mengawal berat badan dan status kesihatan mereka. Pendekatan yang menyeluruh menerusi program GLCP juga membolehkan penghidap diabetes menguruskan kesihatan mereka dengan lebih baik dan secara tidak langsung memperbaiki kualiti hidup mereka."

Takut tau bila tengok statistik diabetis yang semakin meningkat naik tu. Nak pulak rakyat Malaysia ni memang sejenis "kaki makan" termasuklah kakak sendiri. Haaa, mana yang rajin food hunting tu, kenalah rajin-rajin check kadar gula dalam darah secara berkala tau. Kakak pulak memang ada genetik yang menghidap diabetis, lagilah tak boleh nak pandang enteng mengenai penyakit diabetis ni!


Selain tu, kakak juga dapat ilmu dari Pakar Perunding Diet, Indra Balaratnam. Menurut beliau,




"Faktor pemakanan adalah sangat penting dalam pengurusan diabetes. Penghidap diabetes perlu lebih sedar akan tabiat pemakanan mereka dan membuat pilihan yang bijak. Sama ada melalui perancangan makanan, snek berkhasiat atau memasak di rumah menggunakan ramuan segar, mereka perlu mengamalkan pemakanan seimbang yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan protein tanpa lemak."

Miss Indra juga sempat berkongsi info pemakanan modul pinggan sihat Malaysia dan juga resepi sihat. Sedap betul bau masakan dia tau!




Bagaimana Formula Pemakanan Khusus Diabetes Dapat Membantu


Formula pemakanan khusus diabetes yang dirumus secara saintifik adalah penting dalam pendekatan GLCP. Kajian yang diterbitkan dalam Diabetes Care mendapati bahawa penghidap diabetes yang mengambil Glucerna® mengekalkan tahap glukosa darah dengan pelepasan glukosa yang stabil dalam julat sasaran sehingga 90% hanya dalam tempoh empat minggu. Formulasi Glucerna® mengandungi karbohidrat indeks glisemik rendah untuk mengurangkan lonjakan glukosa selepas makan dan menyokong kesihatan keseluruhan.




Kempen Glucerna® #StartsWithYou menggalakkan masyarakat Malaysia berkongsi perjalanan pengalaman mereka dalam pengurusan diabetes. Peserta yang menghantar pengalaman mereka kepada Abbott Nutrition Careline (wecare@abbott.com) bakal menerima Pek Kesihatan Glucerna®.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Glucerna® #StartsWithYou, sila layari https://www.family.abbott/my-en/home.html atau ikuti media sosial mereka okay.




So tunggu apa lagi? Belum terlambat untuk kita unah gaya hidup dan pemakanan kita ke arah yang lebih sihat. Kalau badan kita sihat, nak buat apa pun lebih seronok.

Tiada ulasan