Jana Pendapatan dengan Al’Ard

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Jana Pendapatan dengan Al’Ard | Kakak memang pengguna produk Al’Ard dari dulu lagi, terutamanya Minyak Zaitun Al’Ard yang premium dan organik dari Bumi Palestin. Banyak khasiat yang boleh didapati dari produk ni tau! Jenama Al’Ard pun bukanlah suatu nama asing, mereka dah bertapak lama dalam pasaran di Malaysia ni sejak sedekad yang lalu.




Lepas tu pulak, produk Al’Ard ni sangat pelbagai dan boleh digunakan untuk seisi keluarga dan setiap peringkat umur. Baby kakak pun dah start consume Minyak Zaitun Al’Ard sejak umur 6 bulan tau. Kakak titiskan minyak zaitun dalam bubur baby. Alhamdulillah, baby pun tak sembelit.

Rangkaian produk Al’Ard




Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia


Al’Ard merupakan Syarikat Palestin Tunggal di Malaysia dimana pejabat yang terletak di Shah Alam, Selangor adalah satu-satunya pejabat operasi kami di luar Palestin.




Bagi Al’Ard, polisi Kerajaan Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan Palestin sejak puluhan tahun adalah bukti kukuh bahawa Malaysia adalah lokasi paling sesuai untuk menjalankan operasinya.


Disebabkan itu, walaupun produk kami dihantar ke pelbagai pelusuk dunia seperti Arab Saudi, Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Chile, Jepun, Australia, dan Indonesia, Malaysia tetap menjadi pilihan untuk pembukaan syarikat.


Kempen “Palestine di Setiap Rumah”


Kita semua tau mengenai pergolakan yang berlaku di Bumi Palestin kan? Jadi dengan membeli produk Al’Ard, kita juga boleh membantu rakyat Palestin melalui kempen “Palestine di Setiap Rumah” yang menyasarkan penghantaran dana sebanyak RM3 juta ke Palestin. Kempen yang bermula pada awal Disember 2023 ini telah berjaya menghantar sebanyak USD 340,000.00 bersamaan RM 1,914,790.00. Alhamdulillah.




Peluang Jana Pendapatan dengan Al’Ard


Korang tau tak, kita boleh membantu meningkat ekonomi para petani Palestin dan juga boleh membantu diri anda sendiri dengan menjana pendapatan dengan menjadi ejen Al’Ard?


Al-Ard bermula di Malaysia dengan sistem ejen dimana Rakyat Malaysia boleh mendapat bekalan secara terus dari Palestin sekaligus menjana pendapatan melalui perniagaan. Melalui transaksi perniagaan yang sah ini, dana dapat disalurkan secara terus kepada rakyat Palestin.


Menurut Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Disember lalu, cara terbaik membantu rakyat Palestin adalah dengan membeli produk asli keluaran mereka. 


Rakyat Palestin bukannya hanya mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai usaha membangunkan ekonomi yang akhirnya dinikmati setiap lapisan rakyat.

Melalui perniagaan jugalah segala sokongan kewangan dapat disalur ke Palestin dengan cara yang telus, tanpa sebarang ketirisan.



Jadi Partner Al’Ard dengan modal serendah RM188!




Sebelum ni, Al’Ard Malaysia menjalankan kaedah penjualan secara terus kepada pengguna dan juga sistem ejen secara manual dengan melakukan pesanan stok di whatsapp atau secara berhadapan.


Tapi setelah mendapat maklum balas daripada semua pihak, Al’Ard telah mengambil inisiatif menambah baik sistem penjualan dan memperkenalkan Sistem Alard Partner dimana penjual boleh melakukan pembelian stok dalam sistem.


3 Kategori Al’Ard Partner


Alard Partner terbahagi kepada 3 kategori iaitu Gold Partner, Silver Partner dan Bronze Partner. Jadi korang boleh dipilih mengikut bajet sendiri.


Gold Partner
  • Margin keuntungan sehingga 40%
  • Pembelian Pertama RM3,888.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM1,888.00



Silver Partner
  • Margin keuntungan sehingga 32%
  • Pembelian Pertama RM388.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM388.00



Bronze Partner
  • Margin keuntungan sehingga 20%
  • Pembelian Pertama RM188.00
  • Pembelian seterusnya / Pembelian minima RM188.00


Pihak Al’Ard juga menyediakan sales kit bagi membantu proses pemasaran setiap partner dimana sales kit tersebut merangkumi marketing support seperti :


  • Channel Telegram  untuk kandungan konten pemasaran
  • Gambar / Poster / Video berkaitan produk jualan
  • Flyers Product
  • T-Shirt Al’Ard
  • Bunting
  • Promotion Stand
  • Non-Woven Bag
  • Web Listing

Jadi tunggu apa lagi? Jom bantu meningkatkan ekonomi Rakyat Palestin dan jana pendapatan melalui Al’Ard Partner.

Untuk mendaftar layari,


Whatsapp : SertaiPartnerAlard


Semoga usaha kecil kita dalam membantu dan meningkatkan pendapatan dipermudah Allah SWT. Aamiin.


Tiada ulasan