Kali ni, kakak nak kongsikan dengan korang Bufet Ramadan di Klana Beach Resort, Port Dickson. Terletak tak jauh pun dari Pusat Bandaraya, so kalau orang Lembah Klang nak datang berbuka sini pun okay je. Tahun ni, buffet Ramadan disini bertemakan Sajian Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan. Banyak sangat menu menarik yang dihidangkan bersesuaian dengan tema. Kesemua menu yag dihidangkan adalah hasil air tangan Chef Sidi bersama pasukan pasti menjadi kegemaran ramai khasnya pengunjung yang merindui masakan di Klana Beach Resort.
Banyak menu menarik yang boleh korang cuba antaranya Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Cili Api, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan banyak lagi. Semua menu yang dihidangkan ni sangat unik dan sedap. Tapi kalau korang jenis tak tahan pedas, berasap jugalah telinga tu. Masakan Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan ni, tak lengkap kalau takde rasa pedas tu! Tapi jangan risau, kalau korang bawak anak-anak, kat sini ade Kids Corner yang menyediakan beberapa menu untuk mereka.
Tau tak apa yang paling kakak suka kat sini? Sajian istimewa Klana Beach Resort PD iaitu Kibas Golek dan Sup Kibas, yang sentiasa menjadi buruan dan mendapat permintaan yang tinggi dari para tetamu yang hadir di Bufet Ramadan Klana Beach Resort saban tahun. Serius kalau takde kibas golek ni kan, rasa macam tak lengkap je menu tau! Sebelum datang sini lagi kakak dah target nak makan kibas golek tu. Hahahahahaha.
Selain menu utama, ulam-ulaman, pencuci mulut dan air minuman juga tak kurang hebatnya. Korang boleh memilih pelbagai jenis ulam-ulaman yang terdiri daripada Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang, Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung dilengkapi dengan pelbagai jenis pilihan sambal seperti Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk dan Budu. Ikan Masin, Jeruk, Keropok juga disediakan untuk korang tau! Pilihan aneka minuman termasuklah Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu, Air Jagung, Air Keladi dan Air Markisa. Hilang terus dahaga bila minum air yang segar dan sejuk ni haaa.
Kat sini juga terdapat aneka gerai-gerai yang mensajikan pelbagai juadah. Kalau berbuka kat sini, korang kena mencuba setiap menu yang ada di gerai-gerai tersedia.
Lima Putaran Menu Sepanjang Ramadan
Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. So kat sini kakak sertakan jadual putaran menu tu, senanglah korang rancang bila nak berbuka disini.
RAMADAN 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
- NASI PUTIH
- AYAM PENCEN MASAK GULAI
- DAGING DENDENG BATAKOK
- IKAN PATIN ASAM PODEH
- TELOR DADAR
- PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH
RAMADAN 4 / 9 / 14 / 19 / 24
- NASI PUTIH
- KALIO AYAM KAMPONG
- PARU BERLADO
- GULAI IKAN TONGKOL
- SAMBAL TAUHU PETAI
- KOBIS TUMIS IKAN BILIS
RAMADHAN 5 / 10 / 15 / 20 / 25
- NASI PUTIH
- MASAK LOMAK AYAM PADANG
- GULAI DAGING
- SAMBAL IKAN GORENG
- TEMPE KICAP
- GULAI NANGKA TELOR SOTONG
RAMADAN 6 / 11 / 16 / 21 / 26
- NASI PUTIH
- AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
- RENDANG DAGING
- GULAI URAT KETING KIKIL
- TELOR GULAI PADANG
- TERUNG CABAI RAWIT
RAMADAN 7 / 12 / 17 / 22 / 27
- NASI PUTIH
- AYAM LADO HIJAU
- GULAI PEROT PADANG
- TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR
- CABAI JERING IKAN BILIS
- GULAI PUTIH PADANG
Solat Terawih Berjemaah
Selain daripada berbuka puasa, Klana Beach Resort PD juga turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi membolehkan para pengunjung menunaikan ibadah. Sayang kan kalau tertinggal solat terawih sebab berbuka kat luar? So disini korang tak perlu risau. Lepas selesai berbuka tak perlu berkejar ke Masjid terdekat, solat je terus kat Klana Beach Resort PD.
Harga Buffet Ramadan 2024, Klana Beach Resort, Port Dickson
RM 69.90 (Dewasa) *RM60 untuk pembelian awal sebelum 1 Ramadan*
RM 30.00 (Kanak-kanak, Warga Emas, orang Kelainan Upaya (OKU)
Harga buffet Ramadan kat sini memang sangat-sangat berpatutan tau. Yang paling best, korang secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian baucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat. Alhamdulillah.
Info lanjut dan sebarang pertanyaan hubungi Klana Beach Resort Port Dickson.
Telefon : 06-6487888
Email : sales@klanabeachresortpd.com.my
Pakej Penginapan dan Pakej Seminar di Klana Beach Resort, Port Dickson
Selain berbuka, korang juga boleh menginap di Klana Beach Resort, Port Dickson. Seperti setiap tahun, mereka ada menyediakan pakej khas bilik penginapan dengan berbuka puasa serta sahur sepanjang bulan Ramadan. Pakej ni memang berbaloi.
Selain tu, pakej seminar untuk bulan Ramadan pun ada tau!
Kakak sendiri dah beberapa kali menginap di sini, memang selesa. Klana Beach Resort, Port Dickson pula memang terkenal dengan hotel mesra Muslim. Jadi, korang tak perlu risau. Sejadah, Kain Pelikat dan Telekung juga disediakan di setiap bilik penginapan untuk kegunaan korang.
Bilik penginapan juga sangat selesa, terdapat beberapa jenis bilik iaitu Deluxe, Deluxe Queen dan Deluxe Family sesuai untuk mereka yang menginap bersendirian ataupun dengan keluarga.
Keluarga kecil macam kakak, bilik Deluxe pun dah okay sangat tau. Yang paling best, kakak dapat bilik dengan pemandangan balai cerap yang berlatarbelakangkan laut. Buka tingkap je, saujana mata memandang.
Fasiliti yang terdapat di Klana Beach Resort PD pun best. Kalau bawa anak-anak, wajib ke outdoor swimming pool kat sini tau! Sambil berenang, dapat tengok laut. Tapi sebab adik baby kecik lagi, takde la kakak ke kolam renang. Hihihi.
So, kalau korang ke Port Dickson, menginaplah di Klana Beach Resort!
📍Klana Beach Resort PD
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
info@klanabeachresortpd.com.my