ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Hidangan Peranakan Melaka di Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur | Kalau korang peminat hidangan Peranakan Melaka atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya, tak perlu nak drive ke Melaka dah sebab korang boleh menikmati keenakan dan keunikan rasa hidangan ni hanya di Madam Zee yang terletak di Mezzanine Floor, Hotel AnCasa Kuala Lumpur.
Kakak berpeluang menikmati rasa unik hidangan Peranakan Melaka yang disediakan oleh Chef Allan Wan yang merupakan kaum Peranakan itu sendiri, baru-baru ni. Kiranya memang air tangan original Baba Nyonya la! Uniknya, kebanyakan bahan-bahan masakan yang digunakan bagi setiap hidangan juga didatangkan dari Negeri Melaka dan melalui proses penyediaan yang lama bagi menjamin kualiti rasa hidangan itu sendiri. Menurut Chef Allan, pengunaan bahan-bahan asli ni memang sangat penting bagi mengekalkan keunikan rasa hidangan Peranakan. Kalau tak, tak jadilah!
Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur
Menjengah masuk ke Madam Zee ni memang terasa macam makan kat rumah Baba Nyonya. Dekorasi restoran juga masih mengekalkan ciri-ciri tradisi Baba Nyonya dari hiasan dindingnya sehinggalah dekorasi dalaman restoran itu sendiri. Ruang makan yang tersedia di sini sangat selesa. Kalau korang datang berkumpulan dan perlukan ruang privasi, Madam Zee ada menyediakan beberapa buah bilik VIP bagi membolehkan korang menikmati setiap hidangan tanpa mengganggu pelanggan lain.
Hidangan Peranakan Yang Terdapat Di Madam Zee
Mesti korang tertanya-tanya, apa hidangan yang menarik kat sini kan? Di Madam Zee, terdapat pelbagai variasi masakan yang boleh dicuba. Korang boleh pilih set hidangan ataupun ala carte mengikut bajet dan citarasa masing-masing. Chef Allan kata, hidangan Baba Nyonya ni tak lengkap kalau takde menu yang menggabungkan rasa pedas, masam, manis tu. So kakak cadangkan, korang minta recommendation dari mereka bab nak pilih jenis masakan tu. Kakak jamin, korang mesti puas hati dengan gabungan menu tersebut.
Jom kita tengok, apa yang kakak sempat cuba kat Madam Zee!
Teh Longan
Sebelum makan, kami dihidangkan dengan teh longan. Kalau nak tau, teh longan ni sangat baik untuk kaum wanita. Selain memberi kesegaran, teh longan sangat bagus untuk dalaman. Kakak pulak baru lepas bersalin, memang terasa segar lepas menikmati secawan teh tu. Teh longan ni juga merupakan salah satu sumber milk booster untuk ibu menyusu tau! Korang bayangkan, dia punya best tu membuatkan kami minta tambah air yeeee! Hehehehhe.
Nyonya Pai Tee
Tak lengkap hidangan Baba Nyonya tanpa pembuka selera iaitu Nyonya Pai Tee. Hidangan ni memang lain dari yang biasa kita makan kat luar. Cara penyediaannya juga sangat teliti, sengkuang juga dimasak sehingga 4 jam tapi yang menariknya, rasa dia masih rangup tau! Rasa homemade sauce dia pun unik dicampur pula dengan cebisan telur, udang dan daun ketumbar. Memang power! Dengarnya, Madam Zee akan menganjurkan kempen Nyonya Pai Tee nanti sebab permintaan untuk menu pembuka selera ni sangat tinggi. So mereka membuka peluang kepada pelanggan untuk sediakan sendiri Pai Tee. Itu baru pembuka selera tau!
Nyonya Ngoh Hiang
Seterusnya kami dihidangkan dengan menu Baba Nyonya kegemaran ramai iaitu Nyonya Ngoh Hiang, hidangan daging ayam yang disediakan dengan 5 jenis rempah, sengkuang dan dibalut dengan kulit tauhu. Keenakan jejari daging ayam ni memang tak dapat dinafikan, setiap gigitan tu terasa cukup daging dan adunan rempahnya ditambah pula dengan rasa sos manis. Terliur rasa!
Ayam Buah Keluak *hidangan WAJIB CUBA!*
Menu ni merupakan hidangan yang paling kakak looking forward nak cuba tau! Sebelum ni, kakak penah tengok show youtube Chef Allan masak buah keluak. Tak sangka, kakak dapat peluang mencuba sendiri menu ni. Buah Keluak, bukan boleh sembarangan masak dan makan tau. Kalau tak kena caranya, buah ni boleh menjadi racun! Buah keluak yang juga dikenali sebagai buah kepayang berasal dari Indonesia. Buah keluak perlu dicuci dan dibiarkan selama beberapa hari sebelum dimasak. Rasa dia pulak lemak-lemak, sedikit masam dan ade sedikit bitter taste dihujungnya, makan dengan nasi panas-panas, best wooo! Keunikan rasa dia tak dapat kakak nak gambarkan dengan kata-kata. Memang sedap dan boleh diterima dek tekak ni. Barang rare, rasa pun rare!
Selain dimasak dengan ayam, buah keluak juga boleh dimasak dengan ikan ataupun daging mengikut citarasa korang sendiri. Boleh dikatakan rugi sangat berkunjung ke Madam Zee tanpa merasai keenakan hidangan Buah Keluak. Next time kakak nak ajak suami pulak cuba menu ni.
Sayur Lemak Keledek
Macam yang kakak cakap tadi, tak lengkap hidangan Baba Nyonya tanpa gabungan rasa pedas, masam dan manisnya. Jadi sayur lemak keledek ni dihidangkan sebagai pelengkap rasa kita. Isi keledek dimasak bersama santan serta rempah ratus ni sedap dan kuahnya pekat. Isi keledek tu pula, sangat lembut dan tak hancur. Rasa lemak santan dan rempah ratus tu juga sangat unik.
Udang Sambal Petai
Bau menu udang sambal petai ni memang membuka selera, nak pulak kakak memang salah seorang peminat petai! Specialnya menu ni ialah selain menggunakan udang segar, Chef Allan hanya menggunakan sedikit belacan dan campurkan udang geragau untuk memberikan sensasi rasa masin tu. Tapi, kalau chef tak cakap kan kakak tak sedar pun dalam tu ada udang geragau tau! Peminat petai kena cuba menu ni!
Ikan Cili Garam Melaka
Menu terakhir sebagai pelengkap rasa kita di Madam Zee, Ikan cili garam Melaka. Menu ni simple je tau, menggunakan 2 bahan utama iaitu cili dan garam. Ikan digoreng rangup dan ditambah dengan paste cili garam dengan sedikit bawang dan buah keras diatasnya untuk menaikkan rasa. Rasa cili garam tu sedap, tak terlalu pedas, tak terlalu masin. Boleh dikatakan rasa dia balance je. Kalau korang bawak anak-anak yang tak makan pedas tu, menu ni pun sesuai sebab kalau rasa cili tu terlalu pedas, ianya akan overcome keunikan rasa bahan yang lain tu.
Nyonya Cendol
Tak lengkap rasa setiap hidangan tanpa pencuci mulut. So, pihak Madam Zee menyediakan Nyonya Cendol sebagai penutup. Nampak simple, tapi rasa dia sangat padu. Kakak suka gabungan rasa cendol dengan santan pekat dan gula Melaka tu. Serius kakak cakap, rasa dia tu ada macam rasa burnt cheese cake sikit. Boleh imagine tak? Kalau tak boleh, itu maknanya korang kena berkunjung ke Madam Zee sendiri!
Sejujurnya, kakak boleh kata hidangan Peranakan Melaka atau Baba Nyonya di Madam Zee ni memang terbaik kat KL. Dari dekorasinya, suasana dan keunikan rasa setiap hidangan memang A.
Jom Nikmati Hidangan Peranakan Melaka di Madam Zee, Hotel AnCasa Kuala Lumpur!
Kalau korang nak makan kat sini, kakak sarankan korang buat tempahan terlebih dahulu. Tapi kalau nak walk-in pun boleh je. Harga makanan kat sini pun sangat berpatutan tau, kalau korang tak nak set hidangan yang ada, korang juga boleh custom order mengikut bajet dan chef sendiri akan mencadangkan menu yang bersesuaian.
Info lanjut :
Mezzanine Floor AnCasa Hotel Kuala Lumpur,
Jalan Tun Tang Cheng Lock,
50050 Kuala Lumpur.
Tiada ulasan