ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah | Korang penah dengar tak pasal smile line atau garis senyum?
Apa itu Smile Line?
Smile line merupakan suatu garis atau kedutan di sekitar tepi bibir. Smile line akan mudah kelihatan sebab kita akan selalu senyum dan ketawa. Garis senyum juga akan jelas kelihatan walaupun kita tak senyum atau ketawa. Kadangkala, garis senyum ni membuatkan sisi tepi bibir kita tu nampak lebih berusia.
Penyebab Smile Line
Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab smile line antaranya :
- Pertambahan usia yang membuatkan tulang pipi lebih rata dan kulit semakin kendur akibat pengurangan kolagen dan elastin pada kulit.
- Tabiat merokok.
- Sinaran matahari yang merosakkan kolagen dan elastin kulit.
- Pertambahan dan pengurangan berat badan.
- Stress
- Kurang tidur
Klinik Dr Bazilah
- Rawatan jerawat
- Rawatan parut jerawat
- Ekzema
- Psoriasis
- Alahan
- Pigmentasi Kulit
- Penyingkiran rambut
- Masalah rambut/rambut gugur
- Estetik
- Kulat
- Pembedahan Kecil - penyingkiran tag kulit, penyingkiran ketuat, kalus, penyingkiran tahi lalat, penyingkiran granuloma piogenik
- Penyakit Menular Seksual - Sifilis, jangkitan herpes, gonorea, klamidia
Rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah
Boleh ke smile line ini dirawat? Haaa, korang jangan risau sekiranya korang mempunyai garis senyum yang ketara sebab ianya boleh dirawat dengan beberapa jenis rawatan yang terdapat di Klinik Dr Bazilah.
Rawatan HIFU
HIFU ialah singkatan kepada High-intensity-focused ultrasound dan rawatan HIFU pula merupakan suatu kaedah yang menggunakan tenaga ultrasound bagi menipiskan lemak, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit. Rawatan aesthetic ini tidak menyakitkan kerana ianya tidak menggunakan jarum atau laser yang kuat tetapi mampu membakar lemak, menegangkan kulit, menganjalkan lapisan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen.
Rawatan HIFU ini tidak menggunakan sebarang jarum dan tiada kesan sampingan, bagi korang yang takut dengan jarum, bolehlah dapatkan rawatan HIFU ni. Dalam masa yang singkat je, kesan smileline tu akan semakin berkurangan. Kalau nakkan result yang lebih baik, korang disarankan untuk mengulangi rawatan dalam masa 3-6 bulan.
Rawatan Filler
Salah satu cara paling popular untuk menghilangkan smile line ialah dengan menyuntikkan filler. Cara ini tidak memerlukan pembedahan. Proses rawatan hanyalah dengan menyuntik Hyaluronic acid ke dalam kedutan. Rawatan filler ini juga tiada downtime dan korang boleh mengurangkan kesan smile line dalam waktu yang singkat.
Tiada ulasan