ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Minyak Zaitun Al'Ard : Premium Palestinian Olive Oil | Sekarang ni banyak sangat minyak zaitun yang ada dalam pasaran kan? Minyak zaitun ni ada pelbagai jenis tau, kakak sendiri pun kadangkala keliru nak pilih yang mana satu. Tapi tu la, nak pilih ni bukan senang sebab kalau salah pilih, takut terpilih minyak zaitun yang fake tau! Ini yang kakak paling seram sekali. Tapi baru-baru ni kakak diperkenalkan dengan minyak zaitun Al'Ard yang premium dan organik dari bumi Palestin yang diyakini terbaik.
PALESTINE yang dikenali sebagai “THE HOME OF THE ANCIENT OLIVE TREE” adalah tempat asal Allah SWT lahirkan pokok zaitun di bumi ini.
FIRST HARVEST Premium Organic Extra Virgin Olive Oil
Minyak Zaitun Palestine “FIRST HARVEST” adalah dari buah zaitun yang dituai pada hari pertama musim tuaian buah zaitun (Olive Harvest 2022/2023). Ianya adalah minyak zaitun Premium Organic Extra Virgin hasil proses perahan pertama (First Cold Pressed) menggunakan mesin berteknologi moden dan terkini bagi mengekalkan kandungan khasiat minyak zaitun.
Minyak zaitun ini dihasil dari pilihan buah zaitun hijau terbaik, yang dipetik menggunakan tangan dan diproses pada hari yang sama bagi mendapatkan minyak zaitun dengan kandungan khasiat yang jauh lebih tinggi. Minyak Zaitun First Harvest Premium Organic Extra Virgin ini adalah hasil tuaian buah dari pokok zaitun asli di Palestin jenis Nabali, Roomy dan Souri yang telah ditanam sejak ratusan malahan ribuan tahun lalu. Sebab tu ianya dikategorikan sebagai minyak zaitun yang terbaik! Bukan overclaim tau!
Minyak zaitun Al'rd ini datangnya dari ladang-ladang di kawasan tanah tinggi Sekitar Nablus, Tebing Barat Palestin yang dimiliki oleh lebih 2000 keluarga Palestin. Kajian sains menunjukkan bahawa pokok zaitun di kawasan tanah tinggi akan menghasilkan buah zaitun dengan khasiat antioksidan, Vitamin dan mineral yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pokok zaitun di kawasan tanah rendah dan lembah.
Kelebihan utama minyak zaitun berkualiti tinggi dari Bumi Palestin.
Banyak sangat kelebihan minyak zaitun dari Palestin ni tau, antaranya :
- Minyak zaitun terbaik awal musim atau "EARLY HARVEST".
- Minyak zaitun extra virgin adalah dari perahan pertama & cold pressed.
- Pilihan buah zaitun terbaik & diproses pada hari yang sama.
- Mempunyai kandungan Acidity rendah kurang dari 0.5%.
- Minyak dari pokok zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
- Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade.
- Hasil dari ladang zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestin.
- Buah zaitun dari pokok tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestin.
- Menghasilkan minyak dengan kandungan khasiat antioksidan yang lebih tinggi.
- Minyak zaitun diproses dan dibotolkan mengikut "Standard & Piawaian International Olive Oil Council."
Cara kakak menggunakan Minyak Zaitun Al'Ard
Sebenarnya, banyak cara nak mengamalkan pengunaan minyak zaitun ni tau. Korang boleh amalkan pengambilan 1 sudu (15ml) setiap pagi dan malam. Kalau korang tak mampu nak telan macam tu je, korang boleh campurkan ke dalam air suam tambahkan sedikit perahan lemon atau madu. Confirm boleh telan! Kakak faham, bukan semua orang boleh telan macam tu je, nak pulak kalau korang baru pertama kali nak mengamalkan pengambilan minyak zaitun ni.
Lepas tu, kakak selalu campurkan sedikit minyak zaitun kedalam makanan yang telah dimasak. Kenapa tak memasak dengan minyak zaitun? Minyak Zaitun mudah terbakar walaupun pada suhu rendah. So seeloknya, korang campurkan je pada makanan yang dah siap dimasak. Jad khasiat minyak zaitun tu akan terus kekal didalamnya.
Lagi satu, kakak paling suka campurkan dengan salad. Selain untuk menjaga kesihatan kan, minyak zaitun ni sesuai untuk mereka yang tengah diet kerana kandungan yang terdapat dalam minyak zaitun tu sendiri.
Masa mula-mula amalkan tu, kakak ada rasa pedas-pedas yang very mild, lepas tu dia memang agak likat tapi bila dah biasa tu okay je. Hehehehhe. So kakak sarankan korang amalkan la pengambilan minyak zaitun ni, banyak sangat kelebihan dia. Kalau kakak nak cerita semua, tak habislah entri ni. Hehehe. Badan pun rasa lebih bertenaga lepas amik miyak zaitun ni tau. Alhamdulillah.
Minyak Zaitun Al'Ard ni juga sesuai untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak, dewasa serta ibu mengandung juga. Tapi jumlahnya bergantung pada keperluan badan kita juga la.
Nak tau lebih lanjut mengenai Minyak Zaitun Al'Ard : Premium Palestinian Olive Oil dan nak dapatkan sendiri produk Al'Ard?
Boleh layari :
banyak produk-produk lain juga tau, nanti kakak nak beli habattus sauda tu pula. Harga dia pun, berpatutan dan berbaloi. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan produk minyak zaitun Al-Ard sekarang untuk kegunaan seharian kita. Kakak pasti korang akan berpuas hati dengan kualiti produknya.