Jom Buat Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Tanah Suci Mekah Dengan UTS

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Buat Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Tanah Suci Mekah Dengan UTS | Syawal dah berlalu, tak lama lagi kita akan meraikan Aidiladha pula. Mesti ramai yang dah berniat nak lakukan ibadah Qurban dan Aqiqah kan? Mungkin ada yang nak buat di Tanah Suci Mekah, tapi tak tau macam mana caranya kan? Kalau ada pun mesti harganya agak mahal, ramai yang tidak melaksanakan korban disebabkan kekangan kewangan. So arini kakak nak kongsikan dengan korang cara untuk buat ibadah Qurban dan Aqiqah di Tanah Suci Mekah dengan harga yang mampu milik bersama UTS.



Sedikit info mengenai UTS Trading.


  • UTS Trading adalah sebuah perniagaan yang menguruskan ibadah korban dan aqiqah di Tanah Suci Mekah. Memiliki kakitangan di Malaysia dan Saudi yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam menguruskan ibadah akikah dan korban di Mekah.
  • UTS Trading berhubung secara terus dengan pembekal di Saudi tanpa menggunakan khidmat orang tengah di Malaysia. Menggunakan pusat sembelihan yang diktiraf oleh Kerajaan Saudi dan semua sembelihan adalah dijamin.
  • UTS Trading juga tidak melantik mana-mana agen jualan yang mewakili UTS Trading melainkan pendaftaran melalui laman web dan kakitangan syarikat yang sah sahaja.


Mesti ada yang tertanya-tanya, korban di Tanah Suci boleh percaya ke? Kenapa harga kambing di Mekah murah sangat? Haaaa, UTS ada jawapannya.


Korban di Tanah Suci Mekah bersama UTS Korban ni memang boleh dipercayai, ramai dah buat ibadah korban dan akikah dengan mereka sangat berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan tau. Korang boleh baca sendiri antara testimoni mereka yang dah lakukan ibadah korban dan akikah ni sendiri.





Harga pula lebih rendah berbanding Malaysia kerana kambing merupakan makanan asasi masyarakat di sana berbanding di Malaysia. Sebab tu harga yang ditawarkan lebih murah iaitu serendah RM320 sahaja untuk seekor kambing. Korang jangan risau sebab korban dengan UTS, tiada caj tersembunyi! UTS juga menerima pembayaran secara ansuran sebanyak RM113 sebulan.






Selain itu, UTS juga melakukan penyembelihan di pusat sembelihan didalam tanah haram yang  dilesenkan dan telah diberi permit penyembelihan. 





Gambar dan video secara umum juga akan diberikan kepada mereka yang menjalankan ibadah korban di Tanah Suci Mekah dari pihak UTS, tetapi tidak diberikan secara individual kerana korban dilakukan dengan kuantiti yang besar serta pusat penyembelihan juga dikawal oleh Baladiah (Majlis Bandaran) ketika korban dilaksanakan.


Tambahan pula Jemaah Haji tahun 1444H ialah 2 juta orang dan purata sembelihan setiap orang Jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban. Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing, menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing.


Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu.


Sijil digital juga akan disediakan kepada mereka yang mengambil bahagian.






Kemana daging korban akan diagihkan?


Daging korban yang telah disembelih akan die darkan dibeberapa negara Islam yang miskin seperti :


  • Azerbaijan Bangladesh
  • Burkina Faso
  • Chad
  • Comoros
  • Djibouti
  • Gambia
  • Ghana
  • Guinea Bissau
  • Guinea Conakry
  • Iraq 
  • Jordan
  • Lubnan Liberia
  • Mali
  • Mauritania Mauritania
  • Mozambique Niger
  • Pakistan
  • Palestin
  • Senegal
  • Sierra Leone
  • Sudan
  • Syria
  • Tanzania

Jadi tunggu apa lagi? Jom buat  Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Tanah Suci Mekah Dengan UTS. Pendaftaran telah dibuka. Jangan lepaskan peluang.


Berita baik bagi mereka yang mendaftar! Korang berpeluang memenangi cabutan bertuah. Manalah tau, bila lakukan ibadah Qurban dan Aqiqah kali ni, Allah SWT selitkan sekali rezeki lain. Alhamdulillah.




Bagi mereka yang ingin mendaftar serta mendapatkan info yang lebih lanjut, layari :




Semoga Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Tanah Suci Mekah yang dilaksanakan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Aamiin.


Tiada ulasan