Kieslect Lady Calling Watch Lora, Lengkapkan Penampilan dan Gaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kieslect Lady Calling Watch Lora, Lengkapkan Penampilan dan Gaya | Baru ni kakak diperkenalkan dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora, jam tangan pintar yang bukan sahaja cantik, tapi elegan dan sesuai digayakan dengan pelbaga jenis outfit seperti kasual, formal, sporty dan sebagainya . Zaman sekarang ni, jam tangan bukan sahaja aksesori untuk melihat masa je tau. Dah banyak fungsi jam tangan pintar ni, ianya dah jadi sebagai satu kelengkapan dan aksesori wajib dalam melengkapkan penampilan dan gaya seharian.



So arini kakak nak kongsikan dengan korang, Kieslect Lady Calling Watch Lora yang mempunyai pelbagai fungsi. Diciptakan dengan Fadeless Aluminum Case iaitu reka bentuk aloi aluminium yang tahan lasak dan tak akan pudar. Didatangkan 3 warna yang menarik iaitu Pink, Ungu dan Gold. Untuk lora ni, kakak pilih warna Ungu, memang lari sikit dari kebiasaan kakak kan? Hehehehe. Kieslect Lady Calling Watch Lora bukan sahaja mempunyai 3 pilihan warna yang cantik, tapi didatangkan juga dengan 2 straps iaitu Quick Release Magnetic Strap dan Blink Strap yang boleh disesuaikan mengikut gaya dan citarasa masing-masing. 


Quick Release Magnetic Strap

Magnetnya kuat dan takkan mudah tertanggal. Kalau korang ni jenis yang segalanya kena pantas, strap ni memang sangat bersesuaian dengan korang. Capai je jam tangan pintar korang tu, terus je lilit kat tangan.


Blink Strap

Untuk mereka yang sukakan gaya yang nampak lebih elegan dan aestetik, korang boleh la pilih strap yang blink ni. Kalau kakak, blink strap ni memang sangat sesuai dengan penampilan kakak. Lagipun, kakak korang ni kan memang suka sebab cantik dan nampak eksklusif!


Jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora boleh dihubungkan dengan aplikasi Glory Fit yang boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play. Bestnya ianya boleh disokong oleh peranti dengan teknologi Ios ataupun Android. So pengguna ios dan android tak perlu risau pasal ni okay! Bila dah sambungkan jam tangan pintar dan aplikasi ni, korang dah boleh mula menggunakan semua fungsi yang terdapat dalam jam tangan pintar ni.




Kepelbagaian fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora


Jom kakak cerita pulak pasal featured dan fungsi yang terdapat pada Kieslect Lady Calling Watch Lora. Kalau korang  nak tau, paparan skrinnya 3D Full View Colorful Display lebih besar dan lebih jelas, senang nak tengok. Sekali imbas je dah boleh nampak data yang korang nak tengok.




Selain tu, ianya dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil dan membolehkan korang membuat panggilan telefon dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar korang. Surprisingly, suaranya memang sangat jelas kerana ianya dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara. Kalau korang tengah drive, mudah je nak jawab telefon tau!





Bagi mereka yang gemar bersukan, Kieslect Lady Calling Watch Lora dilengkapi dengan 70 mod sukan. Wow banyak gila! So kalau korang memang jenis yang bersukan dan suka lakukan aktiviti luar, jam tangan pintar ni memang sesuai untuk korang tau. Lepas ni, lebih senang nak tau berapa langkah, berapa lama dan berapa banyak kalori yang dah burn semasa korang bersenam.





Kalau tengah bersukan kan, lagi best kalau dapat dengar muzik kan? Tak perlu khuatir, jam tangan pintar Kieslect Lady Calling Watch Lora ni ada jawapannya! Didatangkan juga dengan sambungan High Definition Music Playlist on Wrist, korang boleh mendengar muzik kegemaran pada jam tangan sahaja, tak perlu lagi nak pegang telefon tau. Segalanya mudah dengan teknologi yang ada pada Kieslect Lady Calling Watch Lora.


Lagi satu yang kakak suka pasal Kieslect Lady Calling Watch Lora ni kan, kakak boleh pantau tahap kesihatan kakak sebab ianya dilengkapi bukan sahaja dengan 70 mod sukan seperti yang kakak ceritakan kat atas tapi pelbagai lagi mod lain. Antaranya tahap oksigen SpO2, kadar degupan jantung, pemantauan waktu tidur, cuaca semasa, pernafasan dan sebagainya. Untuk info SpO2 merupakan ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah anda dengan menunjukkan berapa peratusan maksimum. Bagi individu yang sihat, SpO2 biasa adalah diantara 96% hingga 99%.





Selain tu, kita sebagai wanita ni tetiap bulan akan period. So Kieslect Lady Calling Watch Lora juga ada physiological cycle untuk pantau kita punya menstual dan ovulation. Ni yang kakak suka, memang dari dulu kakak pantau time menstual kakak, normal ke tak kitarannya setiap bulan. So kakak boleh bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Takdelah tengah-tengah korang bershopping tetiba kena lari pi farmasi beli pad! Hehehhehee.





Last sekali yang buat kakak tertarik juga dengan jam tangan pintar Kieslect Lady Watch Lora ni kan, dia ada banyak pilihan watch face yang bleh dipilih mengikut kesesuaian dan mood korang! Kalau nak letak gambar sendiri pun boleh tau!




Serius menarik gila Kieslect Lady Calling Watch Lora, rasa macam assistant kakak pulak. So korang tunggu apa lagi? Dapatkan jam tangan pintar Lora korang sekarang. Harga pasaran pun sangat berbaloi. Dengan hanya RM299 korang boleh jam tangan pintar pelbagai fungsi dan boleh jawab panggilan juga tau!




Rangkaian Jam Tangan Pintar Kieslect


Selain Lady Calling Watch Lora, Kieslect turut hadir dalam model Kieslect Calling Watch Ks, dengan 100 mod sukan dan Ujian Tekanan serta Ujian Emosi serta model Kieslect Calling Watch Kr Pro dengan 70 mod sukan.


Promosi Menarik Kieslect


Sekarang ni dengarnya tengah ada promosi tau kalau korang dapatkan dari platform e-dagang Shopee (https://shopee.com.my/kieslect.os). Masukkan je kod yang kakak sertakan kat bawah ni :


KIESLORA - Diskaun RM5 untuk Kieslect Lady Calling Watch Lora
KIESKS - Diskaun RM10 untuk Kieslect Calling Watch Ks
*Kod ini hanya boleh digunakan di Shopee sahaja dan first come first serve basis*


Jaminan Gantian Selama Setahun


KIESLECT menawarkan perlindungan jaminan gantian selama setahun. Pemilik jam boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) dalam tempoh setahun selepas pembelian dengan produk yang serba baharu. Walau bagaimanapun, KIESLECT mempunyai hak untuk menolak untuk menggantikan produk jika kerosakan disebabkan oleh kesilapan manusia.


Untuk info lanjut korang boleh layari :






Info Mengenai Kieslect


KIESLECT jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama Kieslect telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wireless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam jam tangan pintar yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan. Tidak hairanlah semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada kualiti, utiliti serta reka bentuk dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Sebagai jenama terkemuka dalam dunia jam tangan pintar Kieslect dapat memenuhi citarasa pengguna dengan menawarkan jam tangan pintar yang ada gaya dengan pelbagai fungsi. Kieslect sentiasa memberi penekanan kepada kualiti, utiliti serta reka bentuk dan tidak hairanlah jenama ini telahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelbagai siri kejayaan telah diraikan. Antarnya seperti Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award. Rekaan menarik ini telahpun menambat ramai pengguna jam tangan pintar dari Kieslect.

Tiada ulasan