ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Butik Chenta Lunar Menawarkan Konsep “Celestial In Style” Untuk Raya | Arini kakak nak bawak korang shopping raya lagi! Kali ni kat Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Landmark dia senang je, terletak bersebelahan PKNS Biz Point atau nak lagi senang betul-betul belakang Jakel yang terbakar aritu. Koleksi raya Butuk Chenta Lunar pada kali ini berkonsepkan “Celestial In Style” yang membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa up to date dan tak lapuk dek zaman.
Kat Butik Chenta Lunar ni banyak sangat pilihan yang menarik dan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Ada baju kurung moden, kebaya, dress dan sebagainya.
Lepas tu kan, pilihan baju raya kanak-kanak pun banyak sangat! Semua comel-comel tau! Geram kakak tengok, nasib baik belum ada anak lagi, kalau tak abis semua baju budak kakak ko memborong oi! Hahahahaha.
Selain baju raya wanita dan kanak-kanak, Butik Chenta Lunar juga ada menawarkan baju kasual dan juga kurta eksklusif untuk cik abang korang juga. Kadang-kadang ada juga yang selesa beraya dengan baju-baju yang kasual macam blouse semua kan? So jangan risau, kat sini semuanya ada!
Promosi Hari Raya
#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung
Tiada ulasan