ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Trend Raya 2023 di Mid Valley, Lagi Trend Lagi Beraya | Masuk je bulan Ramadhan, selain daripada berpuasa dan beribadah, festival jualan raya adalah yang paling kakak nantikan. So bersempena Syawal yang bakal menjelma nanti, Todak Fusion Sdn Bhd akan menganjurkan Trend Raya 2023 dengan sokongan sepenuhnya daripada badan kebajikan Afiz Ayub Foundation, Sugar Bomb HQ, Pusat Pungutan Zakat (MAIWP), AEON (M) CO Bhd, Todak Bigo Agency dan Kentang Hijau Production sebagai rakan strategik.
Dengan tagline "Lagi Trend Lagi Beraya", Trend Raya 2023 ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 7 sehingga 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Trend Raya 2023 ini bertujuan untuk menyatukan para peniaga dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan indoor bazaar yang berkonsepkan trendy.
Menurut Encik Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Fusion Sdn Bhd,
Trend Raya 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri trendy dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini. Trend Raya 2023 juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang diminati ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi Trend Raya 2023. Selain daripada itu, Trend Raya juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini.
Selain menjadi hub beli-belah paling trendy raya ini, Trend Raya 2023 juga mempunyai misi dan matlamat yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu golongan yang memerlukan dengan sebuah program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara Todak Fusion Sdn. Bhd. bersama badan kebajikan Afiz Ayub Foundation dalam membantu para peniaga kecil dan sederhana melalui program Infaq Ramadan.
Melalui program ini, Pihak Afiz Ayub Foundation bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di bawah Afiz Ayub Foundation dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. Disamping itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan bersempena Trend Raya 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan Program Infaq Rehal Ramadan disamping pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) juga akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung Trend Raya 2023.
Pada majlis Pelancaran ini juga, Encik Mohd Ikmal Fareeq sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di Trend Raya 2023.
Pengunjung yang hadir juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100 pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.
Kakak difahamkan dalam acara Trend Raya 2023 ini, sebanyak 60 booth daripada barisan jenama terkenal akan mengambil bahagian antaranya Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb Worldwide, dan banyak lagi!
So tunggu apa lagi? Jom ikut kakak serbu Trend raya 2023 nanti! Rugi tau kalau korang tak pegi. Dengarnya memang banyak yang trendy kat situ! Jangan lupa tau!
ACARA: TREND RAYA 2023
TARIKH: 7, 8 & 9 APRIL 2023
LOKASI: MID VALLEY EXHIBITION CENTRE (Hall 3)
WAKTU: 10 PAGI - 10 MALAM
KEMASUKAN: PERCUMA
PENGANJUR: TODAK FUSION SDN BHD dengan sokongan BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD, TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION
Info lanjut,
Instagram: https://instagram.com/mytrendfest/
Facebook: https://www.facebook.com/mytrendfest/
Email : mytrendfest@gmail.com
Tiada ulasan