Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall | Bagi merancakkan ekonomi digital, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal. Buat julung kali KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya yang dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.





Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya pada kali ini telah disertai oleh hampir 1000 usahawan dengan menawarkan 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya. Selain produk yang dihasilkan di Semenanjung Malaysia, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan produk daripada usahawan tempatan daripada Sabah seperti Ikan Bilis Mata Biru. Wahhh! Mudahnya nak dapatkan produk dari Borneo dengan MyMall ni.




Kempen Mari Beli Lokal bukan sahaja hanya disertai oleh usahawan tempatan, tetapi turut disertai oleh usahawan selebriti terkenal seperti Lima Waktu, 7zikr, KEKASIH by The Melvins, Aspirasi Jelita Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.


Lepas tu yang menariknya, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik berupa baucar beli belah di MyMall dan dua (2) unit iPad sebagai hadiah utama dengan menyertai peraduan yang diadakan di platform media social sepanjang kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall ini berlangsung.


Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,




Pelancaran Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya ini bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan usahawan Malaysia.


Kempen ini bertujuan memberi sokongan terhadap produk dan perkhidmatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dan secara tidak langsung membantu proses pendigitalan PMKS di Malaysia.



Macam mana nak mendaftar dengan MyMall?


Bagi usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan, mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan perniagaan mereka di :



Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau muat turun sahaja aplikasi MyMall 2.0 di PlayStore atau AppStore. Banyak tau produk menarik yang boleh korang dapatkan.




Selain menyediakan platform e-dagang tanpa caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan. Nak tau lebih lanjut korang bolehlah lawati website atau aplikasi MyMall atau hubungi sahaja KUSKOP.




KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

 

Tiada ulasan