Butik Shara Othman Tampilkan Koleksi Baju Raya Sedondon Klasik dan Moden

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Butik Shara Othman Tampilkan Koleksi Baju Raya Sedondon Klasik dan Moden | Sekejap je dah seminggu kita berpuasa. Pejam celik, tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelang tiba. Rasanya, semua orang dah mula buat persiapan meyambut Aidilfitri kan? Macam kaka,lk selalunya memang suka buat persiapan awal-awal, barulah waktu penghujung puasa tu boleh tumpukan lebih sikit kepada perkara lain. Lagipun, kalau lambat-lambat takut saiz kakak habis pula. So baru ni kakak ke Butik Shara Othman di Central I-City sebab dengarnya, Shara Othman ada koleksi baju raya sedondon dengan design klasik dan moden!



Koleksi Baju Raya Sedondon Klasik dan Moden, Shara Othman


Mak-mak ni kalau ada anak perempuan mesti nak sedondon kan? Shara Othman pilihan yang tepat kerana pada tahun ini, Shara Othman ada koleksi sedondon dengan design klasik dan moden. Ada orang sukakan baju raya klasik dan ada juga yang gemarkan baju raya moden. Kat sini tak payah pening-pening nak fikir, sebab korang ada pilihan untuk menggayakan baju raya klasik ataupun moden. Yang paling penting, setiap potongan bajunya sopan dan anggun.


Terdapat 3 pilihan baju raya sedondon yang boleh dipilih iaitu :


Kartini




Baju kurung klasik dengan potongan Riau menggunakan material Tafetta silk + Cotton, menjadikan si pemakai nampak lebih anggun dan memberikan efek kurus dan tinggi. Potongan Riau ni memang sentiasa in-trend sebab ianya tak penah lapuk dek zaman. Pilihan warna pun cantik-cantik tau! Semuanya menangkap mata.


Tijah



Koleksi ini, menampilkan potongan klasik dengan belahan di hadapan. Menggunakan material Cotton eyelet sesuai untuk mereka yang sukakan gaya klasik yang simple tapi menarik. Didatangkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih. Memang cukup minimalis!


Camelia



Bagi yang sukakan design moden, korang boleh pilih Camelia. Potongan dress bertingkat ini menggunakan material Lace + Satin Pleated Crush. Dress Camelia ni sesuai untuk mereka yang inginkan gaya yang simple dan elegen. Kainnya memang flowy. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, dress ni nursing friendly tau!


Pelbagai Pilihan Baju Raya di Shara Othman


Selain koleksi sedondon ibu dan anak, Shara Othman juga menampilkan pelbagai koleksi lain untuk korang pilih. bagi mereka yang sukakan baju yang labuh dan sopan, design Saoma ni memang sangat-sangat bersesuaian. Menggunakan material Cotton Bercorak Belang dengan potongan Kebarung Labuh Klasik dengan sedikit sentuhan moden, si pemakai akan nampak sangat manis tau. Tambah pula dengan sedikit aksesori, terus nampak wow!



Masa kat sini, kakak sempatlah mencuba sehelai dua koleksi raya Shara Othman ni, memang rambang mata jadinya! Semua cantik-cantik tau. Kakak memang berkenan sungguh dengan design Kartini dan Kesuma sebab warna-warna yang ada tu, memang so Ayue!



Pastu kan, kalau korang nak berdondon dengan adik-beradik atau kawan-kawan pun boleh tau, sorang pilih kaler tu, sorang pilih kaler ni, tetaplah meletop!



Abaikan baju kakak yang kedut tu, kuar plastik terus sarung je! Hahahahah.


Jom Membeli Belah di Butik Shara Othman!


Sekiranya korang buat pembelian RM150 keatas, korang boleh dapatkan sampul raya PERCUMA dan korang juga boleh mendapatkan baucer bernilai RM20 dengan pembelian minimum RM200 sah sehingga 10 April 2023.


Kod Diskaun : SORAYA20



Kunjungi Butik Shara Othman yang berhampiran sekarang!


Alamat : 

Shara Othman Central i-City

L2-10, Central i-City, i-City,
Persiaran Multimedia, Seksyen 7,
40000 Shah Alam.


Shara Othman East Coast Mall
L1-28, East Coast Mall, 
25200 Kuantan.


Butik Zalina

Taman Bentong Prima,
28700 Bentong, Pahang.


Ataupun secara dalam talian :


Shopee Shara Othman : Shara Othman Official


Info lanjut :


Instagram : https://instagram.com/sharaothman
Facebook : https://www.facebook.com/sharaothman

Tiada ulasan