Telekung Sistergojes Empire, Persediaan Untuk Ramadan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Telekung Sistergojes Empire, Persediaan Untuk Ramadan | Tak lama lagi, kita dah nak menyambut bulan Ramadan. Dalam kiraan kakak, lebih kurang 36 hari je lagi. So salah satu persediaan kakak nak sambut puasa, semestinya beli telekung baru! Haaa, bukan raya je kena baju cantik, nak berterawih nanti pun kena telekung cantik juga! Hihihi. Lagipun orang perempuan ni memang kena ada 3-4 helai telekung tau. Macam kakak, kat rumah, dalam kereta semua dah siap letak telekung. Senang, tak perlu berangkut.



Baru ni kakak ke AEON, lepas tu nampak pulak booth Sistergojes Empire. Dah alang-alang menyopping, kakak shopping telekung terus. Dekat-dekat nak puasa nanti takut tak dan pula nak membeli. Kualiti telekung dari jenama ni, memang okay. Ada material lycra dan cotton. Pilihan warna pun banyak dan cantik-cantik. Harga juga berpatutan serendah RM60 hingga RM129 sahaja.



Sistergojes Empire


Sistergojes Empire dimiliki oleh sepasang suami isteri dengan hanya bermodalkan RM300 sebagai permulaan. Telah mula bertapak sejak Disember 2014 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada mulanya, Sistergojes Empire hanya beroperasi secara dalam talian di Shopee dan rumah sahaja dengan menjual produk muslimah seperti telekung, inner tudung dan juga sarung tangan (handsocks).


Kenapa kena pilih Sisterojes Empire?


Telekung dari Sistergojes Empire ni sangat berkualiti, selesa dan paling penting mampu milik! Selain tu, warna, design serta corak yang terdapat pada telekung Sistergojes Empire ni bagi kakak sangat minimalis tapi cantik mata memandang. Material yang digunakan juga berkualiti dan elok terletak. kalau mak-mak bolehlah beli kain cotton. Kalau untuk anak-anak pula, korang boleh beli material lycra sebab coraknya lebih trendy dan bersesuaian untuk remaja.



Kalau korang nak bagi hadiah untuk Emak, Isteri, Kakak ke Adik ke, Sistergojes Empire ada menyediakan gift box juga tau! Senang, tak perlu nak cari kotak hadiah dah, Sistergojes Empire dah ada.




Telekung Pilihan Kakak?


Masa kat AEON aritu lama juga kakak membelek dan cuba telekung dia. Rambang mata kejap, sebab semuanya selesa. Kali ni kakak pilih telekung berwarna, sebabkan tunang aritu kakak dah dapat telekung putih so kakak pilih telekung design bintik-bintik kain kasa rubiah orang panggil. Hehehhehee.



Kakak suka design ni, sebab bila dipakai kainnya berat dan elok terletak. Kat bahagian muka pun cengkam dia elok. Muka kakak ni agak kecik, kadang bila beli telekung, kat muka tu kena pin sikit. Tapi design yang kakak pilih ni, tak payah nak pin-pin dah. Sarung je terus ngam! Lepas tu kat hujung telekung ni lasercut tau. Memang unik dan minimalis!


Kat mana nak dapatkan rangkaian Telekung Sistergojes Empire?


Korang boleh mendapatkan Telekung dari Sistergojes Empire di cawangan AEON berikut :

  • AEON Tebrau
  • AEON Permas
  • AEON Bandar Dato Onn
  • AEON Taman University
  • AEON Taiping
  • AEON Nilai
  • AEON Shah Alam
  • AEON Wangsa Maju
  • AEON Taman Maluri
  • AEON Kuching Sentral
  • AEON Cheras Selatan

Menangi Wang Tunai Dengan Pembelian Telekung Sistergojes Empire!


Kakak ada berita baik untuk korang tau! Sekiranya korang membeli Telekung dari Sistergojes Empire, korang berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai tau!





Macam mana caranya?

  • Beli produk Sistergojes Empire menggunakan kad debit atau kad kredit dan perhatikan APPROVAL CODE yang tertera.
  • 2 digit atau 3 digit nombor yang sama melayakkan anda memenangi wang tunai (contoh: APcode R598111 bersamaan RM111)
  • Menangi GOJES BONNANZA sehingga RM9999. Sah sehingga 31 Mac 2023.
  • Like dan follow Page Sistergojes Empire dan sertakan resit pembelian.



Info lanjut mengenai Sistergojes Empire


#gojesmy #sistergojes #sistergojesempire #telekung #telekungpremium #telekungumrah #telekunggojesmy #thepowerofpreminumness #terrrgojes

Tiada ulasan