Jom Buat Rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Buat Rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras | Korang penah dengar tak mengenai Rawatan HIFU? Jujurnya ini kali pertama kakak dengar mengenai rawatan ni tau. Bagi korang yang takut dengan rawatan aesthetic yang menggunakan jarum atau laser, korang boleh memilih untuk buat rawatan HIFU.




Apakah itu Rawatan HIFU?


HIFU ialah singkatan kepada High-intensity-focused ultrasound dan rawatan HIFU pula merupakan suatu kaedah yang menggunakan tenaga ultrasound bagi menipiskan lemak, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit. Rawatan aesthetic ini tidak menyakitkan kerana ianya tidak menggunakan jarum atau laser yang kuat tetapi mampu membakar lemak, menegangkan kulit, menganjalkan lapisan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen.




The Beauty Expert Academy Spa Cheras


Baru-baru ni kakak berkesempatan berkunjung ke The Beauty Expert Academy Spa Cheras untuk dengar dan tengok keberkesanan Rawatan HIFU. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Puan Mastura atau lebih dikenali sebagai Tecer Mass iaitu pengasas The Beauty Expert Academy Spa Cheras itu sendiri. Cantik manis orangnya.




Tecer Mass digelar The Only One Aesthetic Guru dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam industri kecantikan. Beliau merupakan tenaga pengajar dalam bidang ini dengan kelulusan Vocational Trainning Official (VTO), Sijil Kemahiran 1, 2 dan 3 serta telah mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Kecantikan Malaysia (JPK). Tecer Mass juga merupakan salah seorang Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti. Haaaaa, bukan kaleng-kaleng tau.

Tecer Mass juga merupakan pengasas produk RoyalQ Asia yang banyak digunakan di pusat-pusat rawatan aesthetic.


Rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras


Jom kita tengok pula kaedah rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras. Sebelum rawatan, biasanya kulit wajah setiap pelanggan akan dianalisis untuk mengenalpasti permasalahan kulit. Macam kakak cakap tadi, rawatan HIFU memfokuskan untuk menipiskan lemak, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit. So rawatan ini sesuai bagi mereka yang ingin wajah yang lebih tirus dan awet muda. Tapi orang muda pun boleh buat rawatan HIFU untuk menjaga keseimbangan kulit. Kalau nak tahu, mereka yang berusia seawal 18 tahun pun dah boleh buat rawatan ni tau!



Selepas mengenalpasti kawasan untuk dirawat, gel kolagen akan disapukan pada kulit dan seterusnya rawatan HIFU akan dimulakan. Biasanya rawatan ini mengambil masa 45 minit ke 1-2 jam bergantung kepada kondisi wajah kita. Menurut Tecer Mass, lagi banyak lemak di bahagian itu, lagi lama la mesin rawatan HIFU akan menjalankan tugasnya. Aggitteeewww!


Masa sesi ni, blogger Jane jadi model kami semua. Kat sini, kita boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas membuat rawatan HIFU. Yang paling best, rawatan HIFU tiada kesan sampingan tau. Korang boleh dapat instant result selepas membuat rawatan. Kalau korang jenis bermekap, tiada larangan untuk menggenakan mekap selepas tu pun. Sesetengah rawatan ada downtime, tu yang tak lalu nak hadap tu. Hehheheheh. Lagi 1 sebaiknya, korang perlu maintain rawatan HIFU ni dalam masa 3 bulan untuk kesan yang lebih baik.




Promosi Rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras


Berita baik untuk korang yang ingin mencuba rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa Cheras, korang boleh dapatkan promosi first trial dengan harga RM199 sahaja untuk 100 shots. Jimat tau! Harga asal dia RM900 okay. Dekat-dekat nak puasa dan raya ni, bolehlah korang mulakan rawatan. Raya nanti sure semua puji nampak kekal awet muda dan cantik!



Tunggu apa lagi? Tempah slot rawatan korang sekarang! Info lanjut seperti yang tertera di bawah :


The Beauty Expert Academy Spa Cheras
Alamat: No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor
Telefon: 03-95497094
Whatsapp : 013-2576447


Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)




Social Media

Tiada ulasan