Jom Serbu KAMYA FEST 2023!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Serbu KAMYA FEST 2023! | Bermula 10 Februari sehingga hari ini, jenama produk kecantikan Kamya telah menganjurkan Kamya Festival bertempat di Parking A & B, Stadium Bukit Jalil. Banyak aktiviti menarik dan booth-booth jualan daripada lebih 300 vendor terdri daripada usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Kamya Fest 2023, merupakan inisiatif Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dengan sokongan daripaa selebriti serta usahawan terkenal iaitu Shiub Sepahtu selaku penganjur bersama.



Kakak sendiri berkesempatan mengunjungi Kamya Fest pada hari pertama penganjuran Jumaat lepas. memang menarik, ada macam-macam produk yang dijual termasuklah produk makanan dan minuman, fesyen, automotif, sukan dan permainan gaya hidup sesuai untuk semua golongan.




Menurut Puan Erna Elliyana,


"Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 schingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat."



Jumpa Selebriti Kesayangan dan Peluang Memenangi Hadiah Menarik


Majlis pelancaran Kamya Fest telah disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan. Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, mengambil bahagian sebagai daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival ini. Antaranya, Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Afar Heri, MrStailista, Beda Vogue, Daniel Zamri, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol, Syura Badron, Nadia Brian dan ramai lagi.




Sementara itu, Shuib berkata,

"Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan. Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang."


Pengunjung bertuah berpeluang memenagi hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50 inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot.

Kamya Fest juga akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.





Pelancaran Produk Terbaru, Kamya Soap


Bersempena festival ini, Kamya juga telah memperkenalkan rangkaian produk kecantikan terbaru iaitu Kamya Soapyang mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu masalah kulit seperti Niacinamide, Glutathione, Arbuthnott, Vitamin, Aloe Vera, Madu dan Titanium. Kamya Soap sesuai untuk semua jenis kulit seperti sensitif, kering, berminyak dan kombinasi.




Sabun ini juga dipercayai dapat membantu mencerahkan dan mampu membantu membuatkan tona kulit lebih sekata, mengurangkan kemerahan, kerengsaan dan menanggalkan sel kulit mati. la juga dapat memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan liang pori tersumbat, mencegah pertumbuhan jerawat, menyokong struktur kulit serta memberikan penampilan yang lembut dan tampak lebih muda.




Masa kakak pegi Kamya Fest tu, kakak sempatlah join majlis pelancaran dan berpeluang join beauty tips sharing session dengan MUA Mya Zulkifli. Merasalah ditatarias oleh tangan ajaib Mya.




So tunggu apa lagi? Sempat lagi ni  nak ke Kamya Fest sekarang! Ajommmm! Masuk adalah PERCUMA (kecuali Lifestyle section : RM5)




Tiada ulasan