AEON Smile of Love : Peluang Memenangi Percutian Cruise dengan Resorts World Cruises

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


AEON Smile of Love : Peluang Memenangi Percutian Cruise dengan Resorts World Cruises | Korang tau tak dengan berbelanja serendah RM38* di AEON CO. (M) BHD atau AEON, korang boleh memenangi percutian idaman atas kapal mewah tau! 





Baru-baru ni, kakak berkesempatan ke Majlis Pelancaran kempen terbaru AEON CO. (M) BHD iaitu "Smile of Love – Win A Cruise Contest" yang berkolaborasi dengan Resorts World Cruises bertempat di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju. Para pelanggan yang berbelanja di AEON berpeluang memenangi percutian 3 hari 2  malam menaiki kapal Genting Dream dari Resorts World Cruises. Kempen ini akan berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023 dan 8 orang pemenang bertuah akan diumumkan pada 15 haribulan di setiap bulan.


Acara ini turut dihadiri oleh Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Operasi AEON Mall, Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar - Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service.




Menurut pihak AEON, kempen Smile of Love ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pelanggan atas kesetiaan dan sokongan yang berterusan dengan berbelanja di AEON Mall.


Smile of Love – Win A Cruise Contest


Dengan membuat pembelian serendah RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan Ahli AEON) korang berpeluang memenangi hadiah pelayaran untuk 2 orang di Genting Dream, milik Resorts World Cruises. Pelanggan boleh menggabungkan dua resit perbelanjaan pada hari yang sama di F&B, Snack & Cinema.




Kolaborasi antara AEON dan Resorts World Cruises merupakan waktu yang tepat kerana Genting Dream akan berangkat dari Port Klang setiap minggu dengan menawarkan pelayaran 2 dan 3 malam ke berbagai destinasi popular, termasuk Penang, Singapura dan dalam masa terdekat ke Phuket.


Genting Dream, 'A Resort Cruising at Sea' menyediakan berbagai tawaran menarik yang bersifat inklusif, seperti bersantap di beberapa tempat pilihan, menampilkan masakan antarabangsa dan Asia yang tersebar luas, serta makanan ringan sepanjang hari.


Genting Dream, Resorts World Cruises




Sebagai Kapal Pesiaran Mesra Halal Standard OIC/SMIIC (Organisation of Islamic Cooperation / The Standards and Metrology Institute for Islamic Countries) pertama di Dunia, pengembara Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang diperakui di bahagian khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian.


Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu yang beragama Islam. Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuklah persembahan pentas antarabangsa dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 999 tempat duduk, taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, ziplines, rock climbing dan banyak lagi aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga.


Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON untuk menegakkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memfokuskan kepada Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik (SDG 3), dan Kerja yang Layak dan Pertumbuhan Ekonomi (SDG 8). Dengan ini, AEON secara berterusan menggalakkan kehidupan yang sihat dan memberikan kesejahteraan untuk semua peringkat umur serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif serta sektor pekerjaan yang produktif untuk semua.




Untuk informasi lebih lanjut mengenai program ini, layari Facebook AEON Mall : https://www.facebook.com/AEONMallMY/.


#aeonmall #aeonmallsmileoflove #resortsworldcruises #jomcruiserwc #gentingdream #gdr

Tiada ulasan