Jom HUAT Di The Chicken Rice Shop Dengan "Ayam HOT-AH"!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom HUAT Di The Chicken Rice Shop Dengan "Ayam HOT-AH"! | Korang dah cuba ke menu Ayam HOT-AH di The Chicken Rice Shop (TCRS)? Bersempena Tahun Baru Cina ni, TCRS korang boleh menikmati menu pedas dan lazat sehingga 28 Februari 2023. Kakak dah cuba, serius sedap. Ayam dia crunchy dan sos dia pedas-pedas sedap tau!

Menu Ayam HOT-AH ni disempurnakan dengan adunan kuah berperisa pedas digandingkan dengan tauhu goreng dan ditaburi daun bawang. Hidangan ini pedas “Hot-Ah” ni pasti buat korang turut sama menjerit “Hot-Ah” tau!




Menurut Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd,


"Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini."



 

"Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing."

Tambah, Kah Yong lagi.


"Hot-Ah" Challenge


Bagi menambahkan keriangan perayaan Tahun Baru, TCRS nak ajak korang join "Hot-Ah" Challenge di mana korang cuma perlu order menu Ayam "Hot-Ah" dan hantar video jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif. Dengan menyertai cabaran ni, korang berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS!



Kakak dah join! Sekarang kakak nak cabar pulak korang untuk sertai "Hot-Ah" Challenge ni.




Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam "Hot-Ah" dan Cabaran Ayam "Hot-Ah", layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.

Tiada ulasan