ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) | 22 Disember 2022 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertemakan "Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara" oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.
Konvensyen HPPK2022 disambut pada 18 November setiap tahun dan tahun 2022 merupakan sambutan HPPK ke-10 di peringkat kebangsaan. HPPK kali ini turut disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.
HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah dihadiri oleh 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Banyak pengisian yang menarik telah disediakan sepanjang konvensyen HPPK ini berlangsung. Antaranya :
- Rakan Strategik - Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
- Klinik Usahawan HPPK 2022 - Sesi konsultansi agensi keusahawanan
- Gerak Usahawan Nasional - Pameran dan jualan produk usahawan
- Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil - Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil
- Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
- Bicara Usahawan Berjaya - Kisah kejayaan perserta program KUSKOP