ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor | Sebagai satu langkah mempromosikan pelancongan domestik di Negeri Selangor, Tourism Selangor telah mengadakan Selangor International Travel Photography Festival yang bertempat di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 12 dan 13 November yang lalu.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi yang menjadi salah satu usaha untuk mempromosikan negeri Selangor. Kalau nak tau, banyak sangat tarikan yang terdapat di Selangor. Ada yang kakak tak tau pun, bila tengok pameran di Selangor International Travel Photography Festival, baru kakak aware akan kewujudan tempat-tempat menarik kat sini.
Untuk info, Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel Photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.
Splendid Selangor Photo Hunt 2022
Semasa program berlangsung, kakak sempat menyertai Splendid Selangor Photo Hunt 2022 pada 13 November. Sebanyak 35 team menyertai aktiviti ni. Memang meriah! Kakak Team #31 berpasangan dengan
Azwar. Ini merupakan kali kedua kakak join photo hunt tau, perasaan dia nervous sangat. Yelah, kakak kau ni bukan kreatif sangat.
Untuk aktiviti photo hunt ni, setiap peserta diberikan masa selama lebih kurang 3 jam untuk menjawab 8 soalan yang telah diberikan oleh pihak penganjur. setiap jawapan terdapat di sekitar Paradigm Mall.
Masa ni nampak ramai yang bertungkus lumus dan berusaha mencari jawapan. Menariknya, no right and no wrong tau. Korang perlu jadi kreatif je. Daripada 35 team tu, hanya 10 team yang bertuah sahaja yang akan dipilih mengikut kreativiti masing-masing.
So kakak menang ke tidak? Of course TAK! Hahahhahaha. Kakak kan "kreatif"! Tapi walaupun tak menang, kakak happy sangat sebab selain dapat pupuk semangat kerjasama dan bina pemikiran kreatif, kakak dapat tau lebih banyak lagi tempat menarik di Negeri Selangor.
So nak tau apa yang menarik di Selangor? Layari :
Website: https://selangor.travel/
Facebook: https://www.facebook.com/TourismSelangor
Instagram: https://www.instagram.com/discoverselangor/
Twitter: https://twitter.com/TourismSelangor
TikTok: https://www.tiktok.com/@tourismselangor
Tiada ulasan