ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Teroka Industri Makanan HALAL @ Selangor | Baru-baru ni kakak berkesempatan menerokai industri HALAL @ Selangor bersama Gaya Travel yang diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pertubuhan Media Negeri Selangor (PMNS). Industri Halal ini bukan sahaja tertakluk kepada industri makanan, tetapi merangkumi banyak aspek lain seperti farmaseutikal, kosmetik, kewangan, hiburan dan pelancongan.
So untuk entri kali ni, kakak nak kongsingkan dengan korang beberapa tempat makan yang menarik boleh korang cuba di sekitar Negeri Selangor.
Saudagar Nanas Agrofarm
Kakak tak sangka, kat area Sg. Merap ni ada ladang nanas. Banyak kali kakak lalu kat situ, tak penah pulak perasan ada hidden gems tersembunyi yang menyajikan pelbagai jenis makanan yang berasakan nanas. Ladang ni terletak di atas bukit, sambil makan korang boleh menikmati pemandangan kawasan sekitar. Ladang nanas seluas 8 ekar ini diusahakan sejak 2020.
Jom kita tengok anatara makanan yang sempat kakak cuba semasa Famtrip tempoh hari. Selain jus nanas, kakak paling suka karipap nanas. First time kakak makan terus tersuka! Ehhh! Korang juga boleh mendapatkan produk-produk berasakan nanas yang lain kat sini seperti buah nanas segar, sos nanas, sambal nanas dan sebagainya.
Alamat : Lot 3000, Kampung Sungai Merap Luar, Kajang Selangor
Waktu operasi : Sabtu - Khamis (7.30 pagi - 6 petang) Ditutup pada hari Jumaat.
House of Kambing
Mana dia peminat kambing??? Haaa, kalau korang suka makanan berasakan kambing, krang wajib ke House of Kambing yang terletak di MAEPS Serdang. Perghhh sambil menulis ni pun terliur bila terbayangkan balik kambing bakar yang diperap elok dan kambing goreng yang crunchy tu.
House of Kambing ni merupakan perniagaan keluarga dan menggunakan resepi turun temurun. Patutlah sedap! Lepas tu hidangan kambingnya juga tak hanyir dan dagingnya cukup empuk. Kakak pun macam sesetengah rang, bila rasa kambing tu sedikit hanyir, mulalah potong mood makan tu kan, tapi kat sini jangan risau! Rasa kambing dia memang ONZ!
Kawasannya juga menarik, korang makan sabil dikelilingi kehijauan sekitar MAEPS tu dan kalau korang tak penah tengok unta, depan House of Kambing tu ada tau! Bukan budak je teruja, dengan kakak sekali teruja tengok unta tu. Heheheheheh
Alamat : Jalan MAEPS 4/1, Kajang Selangor
Waktu operasi : Sabtu - Khamis (11 pagi - 6 petang) Ditutup pada hari Jumaat.
Raja Salai
Kalau teringin nak makan hidangan salai, tak payah pegi jauh-jauh sampai ke Negeri Sembilan, korang boleh singgah je Raja Salai yang terletak di Sungai Kandis Selagor. Kat sini macam-macam masakan salai boleh didapati antaranya masak lemak daging salai, masak lemak itik salai dan yang paling kakak suka asak lemak siput sedut! Bukan senang nak jumpa masak lemak siput sedut sekarang ni, kalau ada tu memang rare la.
Kat Raja Salai ni, bahan-bahan salainya semua disalai sendiri kat kedai tau, so setiap hidangan tu memang fresh from oven gittewww. Kalau nak rasa masakan kampung, korang wajib terjah Raja Salai. Tapi make sure korang pilih masa yang betul tau sebab kat sini memang ramai terutamanya waktu makan tengah hari.
Alamat : Lot 7709 Jalan Sungai Kandis, Seksyen 36, Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Sabtu - Khamis (11 pagi - 4.30 petang) Ditutup pada hari Jumaat.
One Serambi Cafe
Bagi peminat makanan Western pulak, korang kena singgah di One Serambi Cafe ni. Kat sini suasananya sangat cozy dan estetik. Sampai kat sini, bukannya korang rasa nak makan je, tapi rasa macam nak ootd kat dalam kedai pun ada. Hehehehhee.
Terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada disini, aritu kakak pilih Grilled Lamb Loin. Kambing dia lembut dan sos black pepper dia sedap. Lepas tu kakak sempat juga la rasa makanan kawan-kawan sikit, so far semuanya kena dengan selera kakak tau.
So kalau korang nak raikan hari istimewa dengan buah hati ataupun keluarga, kakak suggest korang datang kat sini.
Alamat : 1-G, D'bayu Commercial Centre, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Selasa – Ahad (9.30 pagi – 11.00 malam) Ditutup pada hari Isnin.
Selain tu kalau korang gemarkan makanan yang santai-santai atau nak ngopi je, kat Selangor ada je port-port best tau antaranya :
AKUSUKAKOPI
Penggemar kopi kena singgah tau, kat sini terdapat pelbagai pilihan kopi dari pelbagai negara. Kopi yang dihidangkan oleh AKUSUKAKOPI ni premium dan boleh memenuhi citarasa penggemar kopi. Macam kakak sendiri, kakak suka kopi yang rasanya manis-manis dan tak terlalu pahit. Tapi ada orang suka kopi yang pahit.
Specialnya kat sini, mereka ada mesin memproses kopi sendiri tau. Dan proses penghasilan kopi tu pun bukan biasher-biasher. Ianya dibuat oleh mereka yang arif tentang kopi. Masa lawatan kakak tu, kitorang sendiri berpeluang buat coffee tester, rupanya kopi ni ada macam-macam bau dan rasa. Rasa manis, rasa buah, rasa masam semua ada.
AKUSUKAKOPI juga ada menjual pelbagai serbuk kopi premium, kalau korang berkenan dengan rasa kopi yang dihidangkan di situ, korang boleh beli je seruk kopi dan buat kat rumah.
Alamat : 13, Jalan Astaka M U8/M, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Selasa – Sabtu (9.00 pagi – 6.00 petang) Ditutup pada Ahad dan Isnin.
Chatime
Sebut je Chatime, ramai yang terbayang boba kan? Jenama ni bukan asing lagi kat Malaysia. Kalau korang sukakan minuman dengan rasa yang unik, korang boleh ke Chatime yang berhampiran. Chatime ni dijamin 100% Halal dan bahan yang digunakan juga diyakini bersih. Macam trip yang lepas, kami ke Chatime yang terletak di IPC, Damansara. Sekarang kan musim Kemerdekaan, so hidangan special Chatime ni kali ni merangkumi minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti ABC dan Cendol.
So tunggu apa lagi? Korang boleh serbu outlet Chatime yang berhampiran untuk rasa sendiri keunikan minuman di Chatime.
Kedai Ayamas
Satu lagi jenama yang tak asing lagi dalam industri makanan. Kedai Ayamas ni telah beroperasi sejak sekian lama di Malaysia. Kalau sebut Ayamas kan, mesti teringat ayam panggang dan juga makanan lain macam nugget, chicken drumstick dan sebagainya.
Sekarang ni kan, Ayams dah mempelbagaikan lagi pilihan makanan di outlet mereka antaranya Oden dan Kari Laksa. Sedap juga tau! Lepas ni pegi kedai Ayamas je, boleh dapat macam-macam makanan.
Selain makanan yang sedia dimakan, korang juga boleh dapatkan pelbagai jenis sos dan juga produk frozen Ayamas. Zaman sekarang ni, semua nak cepat kan, so kat rumah kakak memag wajib ada produk frozen macam nugget, hot dog dan lain-lain. Senang, masuk dalam air fryer, dah siap!
So macam biasa, nak tau apa yang terdapat di kedai Ayamas, kenalah pegi outlet berhampiran!
Banyak lagi yang menarik kakak nak cerita di HALAL @ Selangor ni, stay tuned!
Tiada ulasan