Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall, Nilai

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall, Nilai | 31 Ogos merupakan tarikh Kemerdekaan Tanah Air tercinta, Malaysia. Kakak nak amik kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua Rakyat Malaysia! Alhamdulillah dah 65 tahun kita mengecapi kemerdekaan. Tahun ni sambutan Hari Kemerdekaan kembali meriah setelah 2 tahun kita tak dapat meraikannya, so korang sambut kat mana je? Tahun ni kakak ke AEON Mall, Nilai je bersempena program Kita Merdeka Kami Anak Malaysia.



Program Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini dihadiri oleh YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Encik yob Majid, Presiden IRAMA, Mr. Naoya Okada, Timbalan Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD dan Dr Kasuma Satria Mat JAdi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON. Program Kita Merdeka Kami Anak Merdeka ini ialah hasil kerjasama AEON bersama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).



Banyak aktiviti menarik yang diadakan di AEON Mall, Nilai seperti berpeluang berjumpa dengan Siti Nordiana pada sesi meet and greet, kalau nak Nana berkolaborasi dengan AEON untuk manisan Nana Dessert. Nak cuba? Boleh dapatkan kat AEON. 


Credit : https://modernmumthingy.com/


Selain tu antara aktiviti yang menarik ialah Drum Circle bersama Kandora. Pengunjung berpeluang bermain alat muzik bersama-sama dengan mereka tau! Kakak sendiri tak melepaskan peluang. Seronok gila! Sebelum ni kakak selalu join aktiviti DrumCircle kat RWMF, so bila nampak ada aktiviti ni, kakak memang eksited ye! Hehehehhehhehe. Ada juga demonstrasi masakan, berhibur bersama peserta pertandingan busker dan konsert pada sebelah malam. Tapi kakak tak sempat tunggu sampai malam la.


Credit : https://www.dboystudiomy.com/


Sebagai simbolik sambutan Kemerdekaan, para pengunjung akan menyanyikan Lagu Negaraku dan membaca Rukun Negara. Uniknya, nyanyian Lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara ni bukannya hanya berlangsung di AEON Mall Nilai sahaja, tapi secara serentak di AEON seluruh negara! Wahhhhhhh! Betul-betul terasa semangat Merdeka! Pengunjung kat AEON Mall Nilai pun sama-sama bersemangat. Terbaik Rakyat Malaysia! Selepas itu ada sesi pengagihan kuih bakar sebagai tanda penghargaan dan simbolik acara kepada pengunjung AEON Mall, Nilai pada Hari Kemerdekaan ni.


Credit : http://tatimansur.com/


Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia juga turut dimeriahkan oleh abang-abang Bikers. Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidada Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). 


Seronok betul dapat join sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai. Macam-macam aktiviti yang kakak buat. Rugi siapa yang terlepas tau! So macam mana dengan sambutan Hari Kebangsaan korang? Best ke tidak? Apapun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-65.


Untuk maklumat lanjut :

Website: www.aeongroupmalaysia.com

Facebook: www.facebook/aeonretail.my/ | www.facebook.com/MYAEONBiG/

Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/ | www.instagram.com/myaeonbig/





Tiada ulasan