Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Taksir Zakat dengan Lembaga Zakat Selangor | Dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan.



Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

(Û±Û°Û³) Ø®ُØ°ۡ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ…ۡÙˆَالِÙ‡ِÙ…ۡ صَدَÙ‚َØ©ً تُØ·َÙ‡ِّرُÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَتُزَÙƒِّيهِÙ… بِÙ‡َا ÙˆَصَÙ„ِّ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ Ø¥ِÙ†َّ صَلاَتَÙƒَ سَÙƒَÙ†ٌ Ù„َّÙ‡ُÙ…ۡ ÙˆَاللّÙ‡ُ سَÙ…ِيعٌ عَÙ„ِيمٌ

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."


Apa itu Zakat?


Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima dan diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)



Kewajipan Zakat


Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”


Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”


 "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"

Tau tak bermula 15 Jun sehingga 31 Julai 2022 ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menganjurkan "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" bersempena Bulan Taksir Zakat. Sekarang ni kalau korang berzakat melalui program ini, korang boleh menebus baucar dan juga berpeluang memenangi hadiah menarik! Memang menarik sangat kan? 


Macam mana nak menyertai program ini?


Caranya mudah saja :

  • Muat turun aplikasi mudah alih "ZakatSelangor" di App Store atau Play Store di telefon pintar, buat pendaftaran dan log masuk ke akaun.
  • Cari fungsi taksir yang membolehkan korang membuat taksiran jenis-jenis zakat harta dan simpan taksir zakat.
  • Tebus baucar di cawangan LZS berhampiran berserta bukti taksiran. *Selagi stok masih ada.
Ataupun klik saja : Jom.zakatselangor.com.my




Siapa yang layak menyertai program ini?


Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali warga kerja Lembaga Zakat Selangor. Setiap pernyertaan haruslah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak LZS. Untuk tau lebih lanjut, boleh semak poster yang kakak dah lampirkan kat bawah ni. Lagi mudah korang nak faham.





Objektif  "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu"


Program "Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu" ini mempunyai beberapa objektif iaitu :

  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.


Jenis-jenis Zakat


Zakat terbahagi kepada dua, iaitu Zakat Fitrah yang biasa kita dengar dan juga Zakat Harta.


Zakat Fitrah


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


Syarat Wajib Zakat Fitrah

  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

 

Zakat Harta


Zakat yang diwajibkan apabila sudah mencapai nisab (mencapai jumlah tertentu) akan sesuatu harta tersebut. Zakat harta ini merangkumi hasil perniagaan, pertanian, hasil ternak, hasil temuan, emas, perak dan matawang dimana harta-harta tersebut memiliki kadar nisab yang tersendiri.


Zakat Harta terbahagi kepada beberapa jenis iaitu :

 

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas Perak
  • Zakat Pelaburan Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Takaful
  • Zakat Tanaman Padi
  • Zakat Ternakan
  • Zakat Harta Galian /  Harta Karun

Baru-baru ni kan ramai yang keluarkan KWSP, so bagi sesiapa yang berkelayakan bolehlah zakatkan KWSP kita tu kan.



Cara Kiraan Taksiran Zakat


Macam mana nak kira taksiran zakat ni? Kalau korang dah muat turun aplikasi Zakat Selangor korang boleh mengira menggunakan kalkulator zakat. Kalau masih tak faham, korang boleh membuat janjitemu di https://www.zakatselangor.com.my/khidmat-taksir-zakat/ untuk bersemuka dengan pihak LZS dan mendapatkan nasihat mengenai cara dan jumlah yang tepat untuk pembayaran zakat ini.



Selain membayar zakat, korang boleh menyemak permohonan, bayaran dan rekod-rekod lain melalui EZO : ezo.zakatselangor.com.my.





Pengagihan Zakat

Mesti ada yang tertanya-tanya, zakat yang dibayar tu lazimnya akan disalur kemana? Antara jenis agihan zakat yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor ialah :

  • Asnaf Fakir dan Miskin
  • Asnaf Muallaf
  • Asnaf Fisabilillah
  • Asnaf Gharimin
  • Asnaf Ibni Sabil


Korang tak perlu risau sebab Lembaga Zakat Selangor akan memastikan zakat yang dibayar, diagihkan kepada mreka yang benar-benar berkelayakan. Segala permohonan zakat akan dinilai melalui tapisan haddul Kifayah terlebih dahulu sebelum diluluskan. LZS sangat menitik beratkan soal pengagihan zakat ni tau. Jadi takdelah zakat itu diagihkan kepada orang yang salah.


Jadi tunggu apa lagi? Jom kita berzakat, manalah tau dengan berzakat ni korang dapat menang hadiah menarik pula kan. 


Tiada ulasan