ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Manjakan Diri di Urban Bliss Wellness, Putrajaya | Lama betul kakak tak manjakan diri, so hari Sabtu lepas kakak ke Urban Bliss Wellness yang terletak di Tingkat 3, Mercure Hotel, Putrajaya. Landmark dia senang je, bersebelahan dengan Alamanda.
Urban Bliss Wellness yang baru saja dibuka ni, merupakan spa aromaterapi yang menawarkan pelbagai terapi spa seperti refleksologi, rendaman kaki dan mandian, urutan aromaterapi seluruh badan, lulur dan sebagainya. Rawatan-rawatan ini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan khusus dalam bidang aromaterapi.
Sebelum memulakan rawatan, korang akan dihidangkan dengan secawan teh untuk kesegaran dan lepas tu kena cuci kaki terlebih dahulu. Kemudiannya kakak ditempatkan di salah satu bilik rawatan untuk menukar baju. Bilik kat sini memang selesa ditambah dengan muzik yang mendamaikan dan bau aromaterapi yang tak terlalu menusuk. Serius, kakak kalau pegi mana-mana spa memang tak gemar sangat bila bau dia terlalu kuat. Agak mengganggu juga sebenarnya.
Urban Bliss Wellness menggunakan produk mereka sendiri tau, jadi sebelum apa-apa rawatan korang perlu declare sekiraya korang ada alahan pada apa-apa ingredients. Nanti sebelum korang masuk, receptionist akan amik details daripada korang.
Kat sini, terdapat banyak bilik-bilik rawatan yang disediakan untuk para pelanggan. Yang paling kakak suka ialah tahap kebersihan tempat dan suasana dalaman yang tenang. Memang kalau kita pegi spa nak tenang-tenang je kan?
Urban Bliss Jouney
Untuk sesi rawatan kali ni, kakak amik pakej Urban Bliss Journey yang merangkumi Full Body Scrub, Signature Massage dan Facial. Rawatan ni memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Memang agak lama, tapi sebab dah lama kakak tak manjakan diri sendiri kita kasi onz la!
Selain tu, staff kat sini memang sangat friendly, dari mula kakak melangkah masuk sampailah ke masa rawatan tak terasa asing pun. Cara mereka mengendalikan sesi rawatan pun sangat gentle. Memang seluruh badan rasa lebih relax. Memang kalau pegi spa kita nak relax kan? Tapi kalau orang yang buat rawatan kat kita agak kasar, jadi tak relax la cerita dia. So far, kat sini memang kakak puas hati. Kalau nak tau, masa tengah-tengah sesi rawatan tu kan, kakak tertidur. Tau-tau diorang kejut kata dah habis dah. Hahahahhahha.
So kalau korang nak memanjakan diri, kakak suggest korang ke Urban Bliss Wellness, Putrajaya. Selain pakej Urban Bliss Journey, banyak lagi pakej-pakej rawaan untuk korang cuba. Harga yang ditawarkan juga, bagi kakak sangat berpatutan dengan rawatan yang diberi. Sekarang ni tengah ada promo pembukaan dan korang boleh dapatkan diskaun 20%. Tapi kalau datang dengan kawan boleh dapat diskaun 30% (tertakluk kepada terma & syarat).
Alamat : Mercure Living Putrajaya, Block A, Level 3-03 Menara Shaftsbury, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Instagram : https://www.instagram.com/urbanblisswellness.putrajaya/
Facebook : https://www.facebook.com/UrbanBlissMY
Tiada ulasan