ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kolaborasi AEON La Boheme Dan Nestle KITKAT. Pastri dan Coklat? | Kalau sebut La Boheme mesti kita terbayangkan pelbagai pastri yang pelbagai kan dan kalau sebut KITKAT pula kita mesti terbayangkan coklat yang sedap dan rangup. Tapi macam mana pula kalau pastri dari La Boheme digandingkan dengan coklat KITKAT kegemaran ramai tu?
AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah berkolaborasi bersama Nestle KITKAT. Pada majlis pelancaran yang telah di AEON BiG Jaya One PJ baru-baru ni, kakak sendiri sempat menikmati KITKAT cara baru yang menggandingkan coklat dengan produk pastri AEON La Boheme. Unik kan? Kalau makan pastri dengan krim coklat tu dah biasa sangat. Ni dengan coklat KITKAT pulak, memang berlainan dari yang biasa tau.
Majlis tersebut dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional.
Menurut Sunny Setiawan,
"Kami berasa sangat bersyukur kerana AEON berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi manisan iaitu KITKAT yang sangat terkenal dengan keenakan coklatnya. Melalui kerjasama ini, kami dapat menawarkan lebih banyak variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan kami."
"AEON sedar akan permintaan pelanggan yang sentiasa dinamik. Justeru itu, kami mengambil inisiatif untuk berkolaborasi dengan KITKAT, sebuah jenama yang dikenali dan digemari ramai untuk menghasilkan produk pastri enak dan berkualiti."
Yit Woon Lai pula mengulas,
"Nestle Professional amat teruja kerana kerjasama in akan memberi peluang kepada peminat KITKAT untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kami juga percaya usaha ini mampu mengeratkan hubungan perniagaan dengan AEON dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan perniagaan untuk masa terdekat. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia KITKAT."
Lima Produk Pilihan
Buat masa ni, terdapat lima produk pilihan yang telah diperkenalkan melalui kerjasama antara AEON La Boheme dan Nestle KITKAT iaitu Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf.
Rasa dia pulak bagi kakak memang just nice. Gandingan roti pastri yang lembut dan kerangupan coklat KITKAT tu memang ngam. Dari segi rasa pula, kakak suka sebab ianya tak terlalu manis. So sesuailah dengan penggemar coklat dari semua peringkat usia. Macam kakak sendiri, kalau kena rasa yang terlalu manis, memang potong selera sikit. Tapi yang ni, okay dan rasa dia sedang-sedang elok je kata orang tu!
Kalau korang nak merasa sendiri keunikan gabungan AEON La Boheme dan Nestle KITKAT ni, korang boleh dapatkan di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG yang berhampiran. Tak rugi pun tau kalau korang cuba sendiri.
Untuk maklumat lanjut :
Website: www.aeongroupmalaysia.com
Facebook: www.facebook/aeonretail.my/ | www.facebook.com/MYAEONBiG/
Instagram: www.instagram.com/aeonretail.my/ | www.instagram.com/myaeonbig/
Tiada ulasan