ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" Inisiatif Bajet 2022 oleh Halal Development Corporation Berhad (HDC) | Sebagai umat Islam, pemilihan produk yang Halal merupakan sesuatu yang wajib. Selaras dengan itu, Halal Development Corporation Berhad (HDC) telah melancarkan Kempen Inisiatif Bajet 2022 "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" bermula dari bulan April yang lalu sehingga Julai 2022.
Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan sebuah organisasi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal Malaysia yang memainkan peranan besar dalam memudahcara penyertaan pemain industri ke dalam ekonomi Halal untuk meningkatkan eksport Halal Malaysia dan pelaburan langsung ke dalam taman-taman industri Halal.
Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" ini dijayakan dengan kerjasama dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agensinya HDC dan juga Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Unit Perlaksanaan dan Kordinasi Stimulus Antara Agensi Nasional (LAKSANA).
Objektif utama program ini adalah untuk membantu meningkatkan kompetensi dan jualan produk halal melibatkan 500 usahawan produk Halal terutamanya dari sektor Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PKMS) yang terjejas semasa pandemik Covid-19. Kempen ini menyasarkan peningkatan hasil penjualan purata sehingga 20-30% kepada pengusaha yang terlibat.
Dua Kategori dalam Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda"
Terdapat dua kategori dalam Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda". Usaha ini bukan sahaja melibatkan HDC, malahan kerjasama strategik dari beberapa buah pasaraya besar di Malaysia seperti LuLu Hypermarket dan Lotus's Store Malaysia Sdn. Bhd. bagi kategori pertama iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PKMS di pasaraya-pasaraya besar.
Selain itu, ianya juga melibatkan beberapa buah platform e-commerce seperti Food Panda Malaysia bermula Jun ini untuk kategori kedua iaitu Program Penjenamaan Digital Produk Halal PKMS. Kedua-dua kategori ini diwujudkan bagi memudahkan konsumer untuk mendapatkan produk halal PKMS secara langsung serta dalam talian.
Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" di LuLu Hypermarket
Kakak sendiri memang sangat menyokong kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" oleh HDC. Baru-baru ni juga kakak berkesempatan mengunjungi LuLu Hypermarket dan tengok sendiri produk-produk Halal dari pelbagai PKMS. Banyak rupanya produk PKMS yang halal untuk kita pilih seperti produk makanan sejuk beku, produk minuman, kicap, aiskrim, bahan masakan dan bermacam-macam lagi.
Kalau kita tengok kan, produk yang berada dipasaran selalunya lebih kurang je dia punya pembungkusan kan? Macam mana nak tahu produk tersebut dalam kategori produk halal atau tidak? Haaaaa, kalau korang ke LuLu Hypermarket, korang boleh mengetahui produk halal PKMS menerusi logo kempen itu sendiri. Kakak nampak je paparan logo kempen, secara automatik tau dan yakin produk tersebut Halal. Senang kan? Kalau korang perasan, selain umat Islam, mereka yang non-Muslim juga dah mula memilih produk Halal tau, sebab ianya diyakini dari sumber yang bersih.
Jadi tunggu apa lagi? Jom kita sama-sama menyokong Kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda" oleh Halal Development Corporation Berhad (HDC) ini sebagai salah satu inisiatif bukan sahaja untuk membantu usahawan PKMS, tetapi untuk kita sendiri mendapatkan dan menggunakan produk-produk halal tanpa rasa was-was seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah.
Kewajipan Mencari Yang Halal
Maksudnya;
Tiada ulasan