Berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May Cafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May Cafe - Mesti ramai yang rindu nak pegi piknik kan? Sekarang ni kalau nak berpiknik kat luar macam tak berapa sesuai, so kakak nak bawak korang berpiknik ala Seoul, Korea di 15 May yang terletak di MyTOWN Shopping Centre. 15 May ni baru je beroperasi bermula dari bulan Disember yang lepas.

15 May merupakan kafe yang berkonsepkan piknik. Masuk je kat dalam ni terus terasa mood santai-santai tu dengan dekorasi dan susun atur kafe yang sangat menarik.


Kenapa dinamakan 15 May?

Mesti ada yang tertanya-tanya macam kakak memula sampai kat kafe ni, kenapa 15 May? Kalau korang google, tarikh 15 Mei merupakan Hari Keluarga Antarabangsa yang telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1993 dan mencerminkan kepentingan masyarakat antarabangsa terhadap keluarga. Hari Keluarga Antarabangsa memberi peluang untuk menggalakkan kesedaran tentang isu yang berkaitan dengan keluarga dan meningkatkan pengetahuan tentang proses sosial, ekonomi dan demografi yang mempengaruhi keluarga.

Apa yang menarik di 15 May?

Selain suasana kafe yang santai, korang boleh menikmati pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman menarik antaranya signature drink 15 May iaitu Lychee Rose Soda sejenis sparkling water yang mempunyai rasa unik. Kakak suka sebab ianya tak begitu manis dan tak terlalu bergas. Kalau kat Korea biasanya mereka berpiknik dengan champagne, kat Malaysia kita berpiknik dengan sparkling water la!

Pilihan makanan pun pelbagai, korang boleh pilih crossaints, Kimchi Ramen, Bibimbap Beef, Kimchi Chicken Fried Rice, Sourdough, Smoked Salmon, Mac & Cheese, Pesto Chicken Pasta dan banyak lagi. Kalau korang nak suruh kakak suggest, kakak pun tak tau nak suggest apa sebab semuanya kena dengan tekak. Tapi paling kakak suka Mac & Cheese dan Pesto dia! Sedap gilaaaaaa!

Selain tu, korang boleh cuba desserts dia tau. Uniknya desserts yang kakak cuba aritu, Yogurt in pot dihidangkan dalam pot yang comel dan dihias macam pokok dalam pasu. Rasa sayang pulak nak makan. Hahahahhaha.

Lepas ni kalau korang tak tau nak piknik kat mana, apa kata korang ajak keluarga atau rakan-rakan berpiknik di 15 May. Mesti puas hati! Kalau korang nak buat private function macam birthday ke, anniversary ke, 15 May boleh memuatkan kapasiti sehingga 50 orang pada satu-satu masa.

Oh ya, kalau korang ke 15 May kan boleh gunakan promo code kakak "PICNIC15AC" dan dapatkan diskaun 10% daripada jumlah bil dengan perbelanjaan minimum RM20. Sah dari 25 Januari sehingga 28 Februari 2022. *Tertakluk kepada terma dan syarat*

Maklumat lanjut :

Alamat : L1-043A, MyTOWN Shopping Centre, KL (Berhadapan IKEA)

P/s : Jom Piknik!

Tiada ulasan