ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Tawaran Hebat Tahun Baru Cina di LuLu Hypermarket, Jom Shopping! - Yup, sekarang LuLu Hypermarket tengah ada promosi bersempena Tahun Baru Cina yang akan datang ni. Jadinya korang boleh terjah mana-mana cawangan LuLu Hypermarket untuk dapatkan pelbagai barangan dengan diskaun dan harga yang menarik.
Bermula dari 17 Januari 2022 sehingga 2 Februari 2022 ni, korang boleh dapatkan tawaran menarik sehingga 70% untuk barangan keperluan harian, kelengkapan rumah, barangan elektrik dan elektronik serta fesyen termasuk sari dan churidar. Menarik kan? Kakak sendiri dah berkesempatan terjah LuLu Hypermarket kat Menara Capsquare KL, tengok offer yang ditawarkan tu rasa macam nak memborong 1 hypermarket je!
Jom kakak bawak korang tengok sendiri, apa yang menarik di LuLu Hypermarket. Bagi korang yang menyambut Tahun Baru Cina, boleh datang sini tau sebab pelbagai decorations CNY dijual dengan potongan harga 50%. Comel-comel pulak kakak tengok decorations dia, mangkuk seramik tu pulak paling menarik perhatian kakak, cantik!
Lepas tu pulak, kalau korang berhajat nak beli barangan elektrik dan elektronik baru, ni la masanya. Banyak tawaran menarik untuk pelbagai barangan termasuk TV, peti ais, kipas, laptop dan telefon pintar. Kebetulan pulak kipas kat dalam bilik tu rosak, elok sangatlah bila LuLu Hypermarket pun tengah ada promosi, jimat banyak juga.
Jenguk kat ruangan barangan rumah pun banyak offer. Kuali, perkakasan dapur dan barangan hiasan rumah pun ada diskaun. Sape yang berhajat nak menghias rumah, boleh dapatkan kat LuLu Hypermarket. Kalau korang tak sambut CNY pun takpe, boleh beli juga untuk perayaan lain ataupun mana tau ada majlis apa-apa kat rumah kan? Kalau tunggu nanti-nanti takut design yang korang berkenan tu dah habis stok, sementara ada, baik sambar dulu. Barulah jadi pengguna bijak. Heheheheh.
Tak sempat cari baju raya? Jangan risau, LuLu Hypermarket ada pelbagai pilihan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak termasuk beg tangan dan kasut. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan ada diskaun lagi. Pendek kata segala benda ada diskaun la kat LuLu Hypermarket ni.
Ni pulak anatara bahagian yang kakak suka! Banyak pilihan sari dan churidar yang boleh korang pilih. Kakak kan peminat Bollywood, kalau nampak je sari semua, mulalah terasa diri ni macam Rani Mukherjee. Hehehehehhe.
Kalau korang nak tau, kakak selalu ke LuLu Hypermarket sebab kat sini hampir semua barangan keperluan harian dan barangan dapur ada. Harga dia pulak sangat berpatutan. Yelah, sekarang ni antara waktu yang mencabar untuk semua kan? Jadi kita kena buat pilihan bijak dalam membeli. Bila LuLu Hypermarket menawarkan tawaran hebat, kat sini la kita kena jadi pembeli hebat! Barang basah kat sini pun segar-segar dan elok.
Nak tau apa lagi yang menarik, apa kata korang terjah sendiri LuLu Hypermarket yang berhampiran. Terdapat 4 cawangan LuLu Hypermarket yang terletak di Menara Capsquare KL, 1 Shamelin Setia City Mall dan terbaru Lulu Amerin Mall (dikenali sebagai LuLu Grocer) yang berkeluasan 31,000 kaki persegi dengan konsep kedai terbaru dan pengalaman beli-belah yang lebih pantas. Sesiapa yang berada dekat Seri Kembangan, Balakong, Serdang dan Cheras bolehlah singgah.
Tak sempat singgah ke LuLu Hypermarket? Jangan risau, korang boleh membuat pembelian secara online di https://www.luluhypermarket.com/ dari sekarang sehingga 6 Februari 2022. Dengan pembelian bernilai RM150, korang boleh dapatkan khidmat PENGHANTARAN PERCUMA okay!
Tiada ulasan