Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik | Dah nak akhir tahun ni, korang dah tunaikan zakat ke belum tu? Kalau korang belum menunaikan zakat, inilah masanya untuk berbuat demikian. Sebagai umat Islam, kita semua sedia maklum mengenai kewajipan berzakat, orang kata berzakat ni dapat mensucikan harta. Bukan sahaja harta, malahan pahala. Tau tak dengan berzakat ni, kita bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri tapi juga kepada golongan yang lebih memerlukan. Sekarang ni kita pun tau tragedi banjir yang berlaku kan? Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga ada menghulurkan bantuan tau dari hasil zakat. Alhamdulillah.

Zakat dan Kewajipannya

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Zakat diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)


Islam sentiasa menitikberatkan tentang memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu menyulitkan manusia dalam urusan sehariannya khususnya dalam melaksana urusan agama. Semua hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.” (Surah At-Talaaq : 4)

Umat Islam juga diingatkan supaya tidak membebankan sesuatu perkara malah haruslah dipermudahkan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”

Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”

Bayar Zakat Secara Online Dengan Kad Kredit Islamik




Sekarang ni nak bayar zakat lebih mudah, korang tak perlu pegi ke kaunter untuk berurusan pun. Bayar secara online dengan kad kredit Islamik korang pun boleh! Yelah, kalau nak berurusan kat kaunter ni agak leceh kan, nak kena cari parking, nak beratur lagi. Jadi Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah mengambil pendekatan untuk menyediakan saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat sama ada individu ataupun korporat untuk menunaikan kewajipan Zakat.


Terdapat beberapa jenis Kad Kredit Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor yang diterima oleh pihak LZS, antaranya :

  • Kad Bank Islam (Visa & Master)
  • Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
  • Kad I-Bank Rakyat
  • Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
  • Kad Caj Al-Rajhi Bank
  • Kad Al-Aiman BSN

Pembayaran menggunakan kad kredit ini boleh dibuat secara online ataupun di semua kaunter zakat LZS. Bayar secara online la cepat kan? Caranya pun mudah dan lebih efektif.

Layari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my 

Isikan butiran seperti :

  • Maklumat Bayaran
  • Pilih kaedah Pembayaran
  • Pilih Bank
  • Dan dapatkan Resit Bayaran Zakat

Senang kan? Kaedah pembayaran secara online ni cepat dan selamat. Semua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.

Kempen Menang dan Kongsi


Kakak nak kongsikan 1 berita menarik untuk pembayar zakat. Kalau korang membayar zakat sekarang, korang berpeluang menyertai Kempen Menang dan Kongsi LZS dimana 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri. Korang boleh baca terma dan syarat kempen di bawah okay!


Info lanjut :

1 ulasan