Marrybrown Tom Yam Chicken, YAM-my!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Marrybrown Tom Yam Chicken, YAM-my! | Bersempena dengan ulangtahun ke-40, Marrybrown yang merupakan rangkaian makanan segera Halal tempatan membawakan menu terbaru bertema "Around The World". Kali ini bercitarasa Thai (negara ketiga dari tema Marrybrown "Around The World" selepas Itali dan Korea), iaitu Marrybrown Tom Yam Chicken yang boleh korang cuba bermula dari 28 Oktober 2021. Macam tau-tau je kakak dah rindu makanan-makanan dari Land of Smiles, Thailand. Jadi sementara tunggu pintu sempadan dibuka, kakak cuba Marrybrown Tom Yam Chicken. Rasa dia memang YAM-my, kalau korang penggemar rasa yang berbeza seperti pedas dan masam memang wajib cuba!

Menu Marrybrown Tom Yam Chicken


Ala-carte bucket Marrybrown Tom Yam Chicken

Bagi penggemar Marrybrown Crispy Chicken, korang boleh dapatkan ala-carte bucket Marrybrown Tom Yam Chicken dengan setiap pembelian 5 ketul ayam dengan harga bermula RM12.70. Rasa ayam dengan gabungan istimewa pedas dan masam tu memang unik. Kalau yang tak tahan pedas macam kakak ni, confirm terasa pijar mulut okay! Tapi peliknya, tak  boleh nak berhenti makan pulak. Hahahahha.

Tom Yam Chicken Burger Combo

Kalau korang tak berapa minat dengan ayam, korang boleh cuba Tom Yam Chicken Burger yang didatangkan dengan Tom Yam Chicken Burger Combo dengan harga dari RM14.90. Kombo ini disertakan dengan Nestlé Pink Lemonade dan kentang goreng. Kakak paling suka Nestlé Pink Lemonade tu, sedap betul! Ianya disediakan secara eksklusif hanya di Marrybrown tau. Kena sangat bila digabungkan dengan menu Marrybrown Tom Yam Chicken.

Tom Yam Big Box

Nak cuba ayam dan burger serentak? Korang boleh pilih Tom Yam Big Box yang didatangkan dengan seketul Tom Yam Chicken, Tom Yam Chicken Burger, 6 ketul Tom Yam Chicken Nugget, kentang goreng serta Nestlé Pink Lemonade berharga dari RM25.80. Kalau rasa kentang goreng biasa tu terlalu biasa, korang boleh upgrade kepada Tom Yam Fries yang pedas dan masam dari mana-mana kombo dengan hanya RM1. Ataupun nikmatinya dengan hanya RM5 sahaja!


Tom Yam Porridge

Bubur Marrybrown ni memang favourite kakak sentiasa, portion besar dan sedap! Kali ni pulak, kakak cuba bubur dengan perisa Tom Yam. Bertambah sedap dan pedas gila! Kalau korang memang hantu pedas, kena makan okay! Dijamin puas hati.


Banyakkan pilihan dari menu terbaru Marrybrown ni? Kakak personally lagi prefer kalau serbuk perasa tu diasingkan. Untuk orang tak tahan pedas sangat macam kakak, terasa berganda pedas dia tu. Nak-nak pulak kat bubur tu, perghhhhh! Heheheheheh. Tapi macam mana pun, kakak tetap suka akan keunikan rasa pedas dan masam tu. Terasa macam makan kat Thailand pulak! Cewaaahhhh! 

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu Marrybrown Tom Yam Chicken terbaru ni bermula 28 Oktober 2021.

Untuk maklumat lanjut :

Instagram : Marrybrownmy
YouTube : MarrybrownTV

P/s : Nanti nak repeat lagi!

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBTomYamChicken #MBAroundTheWorld #MB40thAnniversary





Tiada ulasan