Akhirnya Kakak Dah Vaksin Sepenuhnya!

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Orang dah lama complete vaksin, kakak barulah nak update ye. Takpe, biarpun lambat kakak tetap nak update! Hahahahhaha. Setelah sekian lama, akhirnya kakak dah vaksin sepenuhnya! Alhamdulillah. Kakak daftar untuk pengambilan vaksin ni dari bulan Februari. Dari mula kerajaan bukak slot vaksin, kakak terus je register. Tunggu punya tunggu belum ada panggilan.

Masa diorang bukak sukarela untuk AstraZeneca batch pertama tu, kakak tak sempat nak daftar. masuk-masuk je dah penuh, lepas tu kakak try untuk batch kedua. Alhamdulillah sempat mendaftar. Tu pun jenuh jugak nak dapatkan slot, nasiblah my sister tolong. Guna henfon kakak tak tau asal tak boleh tekan verification gambar-gambar tu. Hahahahahaha. Tu la yang paling menguji keimanan dan kesabaran ye guyssss!



Dos pertama kakak jatuh pada bulan 7 lepas, nak dijadikan cerita masa tarikh tu pulak, kawasan taman perumahan kakak ni kena PKPD. Masa tu macam-macam hal la, ramai yang bising sebab masa mula-mula memang polis dan askar yang jaga ni tak bagi keluar pegi vaksin. Kakak dah emosi dah masa tu, yelah ko dah susah payah rebut-rebut slot vaksin, tetiba bila sampai masa nak cucuk tak boleh keluar sebab PKPD. Nasiblah lepas 5 hari PKPD, diorang akhirnya buat keputusan untuk membenarkan orang-orang dari kawasan PKPD untuk keluar gi vaksin. Kalau korang follow kakak kat IG mesti korang tau betapa eksitednya kakak masa tu.

Masa nak amik dos pertama tu pun, taklah lama mana. Dalam masa 30 minit je dah selesai semua. Alhamdulillah, mudah je prosedur dia pun. Lepas cucuk tu, kakak demam 2 hari. Kuat jugak penangan AstraZeneca ni. Tapi takpe la, kesan dia tak berpanjangan pun. Dah baik demam, semuanya macam biasa dan takde effect lain-lain.


Dos kedua kakak pulak, 11 September lepas. Masa cucuk dos kedua ni pun smooth jugak, kejap je dah settle semua. Alhamdulillah. Tapi dos kedua ni kakak langsung takde kesan apa-apa berbanding dos pertama. Agaknya dah serasi kot. Mula cuak jugak, sebab ramai yang cakap dos kedua lagi kuat. Tapi so far takde pape pun. Rasa dia ikut penerimaan badan kita jugak kot. Ada yang first dose okay, tapi second dose demam. Macam my sister la, dos pertama dia okay, tapi dos kedua dia demam.

Tapi nak tau apa yang paling menguji lepas amik vaksin? Nak tunggu 14 hari tempoh matang dia tu. Dia lagi rasa lama berbanding gap 2 bulan  nak cucuk vaksin tu okay! Hahahhahahah. Tapi apapun, Alhamdulillah dah selesai semuanya. Now I'm FULLY VACCINATED! Yeayyyyy!!!!

Kakak doakan semoga segala urusan semua orang dipermudahkan okay!

1 ulasan