ASSALAMULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Pembayaran Zakat Pelanggan Korporat melalui Maybank2E - Berbaki lagi 2 hari, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Dan setiap kali Ramadhan pasti ada satu perkara yang wajib dibayar iaitu Zakat. Korang dah bayar zakat ke belum tu?
Zakat dan Kewajipannya
Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Zakat diwajibkan kepada setiap individu Muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya seperti sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Keluarkanlah zakat sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (Surah Al-Baqarah : 267)
Islam sentiasa menitikberatkan tentang memudahkan sesuatu perkara dan tidak mahu menyulitkan manusia dalam urusan sehariannya khususnya dalam melaksana urusan agama. Semua hukum Islam adalah mudah bagi mereka yang benar-benar beriman.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “ Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.” (Surah At-Talaaq : 4)
Umat Islam juga diingatkan supaya tidak membebankan sesuatu perkara malah haruslah dipermudahkan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Permudahkanlah dan jangan menyukarkan, berilah khabar gembira dan janganlah memberikan khabar yang menyusahkan hati.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pembayaran zakat perlu dibuat sebaik tiba haul iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah Al-An’aam ayat 141 yang bermaksud : “Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.”
Di dalam nas yang lain umat Islam dibolehkan mengeluarkan zakat walaupun belum cukup setahun berdasarkan sebuah hadis Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ali r.a katanya : “ Sesungguhnya Abbas meminta izin dari Rasulullah mengeluarkan zakat sebelum masanya, maka Rasulullah mengizinkan Abbas berbuat yang demikian itu.”
Kadar Zakat Fitrah Ramadhan 1442H
- RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
- RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
- RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah
Pembayaran Zakat Pelanggan Korporat melalui Maybank2E
Sekarang ni musim pandemik, kita tak digalakkan untuk kerap berjumpa ataupun melakukan aktiviti diluar untuk membantu memutuskan rangkaian Covid-19. Lagipun sekarang ni kan, banyak urusan yang kita boleh buat secara atas talian je termasuklah zakat. Kadang-kadang pelanggan korporat ni agak sibuk, kalau nak ke kaunter zakat pula kadang-kadang masa tu agak tak mengizinkan. Nak pulak sekarang ni urusan di kaunter zakat dihadkan. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan membayar zakat secara online.
Korang tau tak, sejak tahun 2008 lagi pembayar zakat korporat di Selangor boleh membayar zakat terus dalam talian melalui Maybank2e.net. Melalui perkhidmatan yang ditawarkan Maybank2e.net, orang ramai tidak perlu lagi ke kaunter pembayaran zakat untuk menunaikan tuntutan agama itu. Para pelangan korporat yang menggunakan perkhidmatan Maybank2e.net boleh membuat pembayaran zakat terus kepada LZS (MAIS).
Bagi yang tak tau pembayaran zakat juga boleh dibuat bagi pihak kakitangan mereka melalui Skim Berkat iaitu pemotongan gaji yang secara tidak langsung memudahkan para kakitangan daripada perlu pergi sendiri ke kaunter zakat bagi tujuan tersebut. Kaedah pembayaran ni memang memudahkan kita untuk berzakat.
Cara pembayaran zakat
- Tunai zakat secara online: fpx.zakatselangor.com.my.
- Daftar e-zakat online : ezo.zakatselangor.com.my.
- Lengkapkan borang maklumat diri : Borang Butiran Pembayar.
Senangkan? Kaedah pembayaran secara online ni cepat dan selamat. Semua pembayaran akan dilakukan dalam "real time online" iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Okay, tadi kakak ada sebut pasal Skim Berkat kan? Meh kakak cerita serba sedikit mengenai skim ni.
Apa itu Skim Berkat?
Skim Berkat ialah kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qada zakat. Ini bererti dengan menyertai Skim Berkat, zakat anda kini selesai.
Kelebihan Skim Berkat
Banyak kelebihan yang boleh didapati oleh pembayar zakat melalui Skim Berkat antaranya :
Lebih berkat
- Tertunai kewajipan berzakat yang menjadi rukun Islam ketiga.
- Zakat diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.
- Pahala amal jariah yang berterusan dan berkekalan.
- Zakat diagihkan untuk kepentingan umat Islam.
- Zakat membersihkan jiwa dan harta.
Lebih mudah
- Anda hanya perlu membuat arahan potongan gaji dan pembayaran zakat akan diuruskan oleh majikan kepada LZS (MAIS).
- Tidak perlu bersesak di jalan raya atau di kaunter zakat.
- Tidak mengalami masalah tempat meletak kereta yang terhad.
Tidak membebankan
- Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar sekaligus untuk membayar zakat
- Mengeluarkan wang secara ansuran lebih meringankan dan tidak begitu dirasai.
- Bagi anda yang layak dikenakan PCB, anda tidak memerlukan sumber wang yang lain untuk menunaikan zakat kerana anda boleh membuat pelarasan atau memindahkan sebahagian daripada potongan PCB anda kepada zakat.
Kaedah Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji
Pembayaran zakat melalui potongan gaji hanya diuruskan oleh pihak majikan atau unit gaji pembayar/pekerja. Sekarang ni pihak majikan dah tak perlu mengisi borang secara manual.
Skim Berkat boleh dibuat melalui portal : www.e-zakat.com.my/skimberkat (webpage khas Skim Berkat). Selepas selesai mengisi segala maklumat pada borang, 3 salinan cetak akan diberikan untuk salinan majikan (Bahagian Sumber Manusia/Unit Gaji), salinan pembayar dan salinan Lembaga Zakat Selangor.
Bagi tujuan menyemak e-penyata zakat, anda disarankan untuk mendaftar E-Zakatonline. Melalui E-Zakatonline anda juga boleh mendapatkan jadual kiraan zakat bulanan, muat turun borang bayaran zakat melalui potongan gaji, panduan bayaran bagi pencarum dan majikan. Mudah kan nak berzakat?
Untuk info lanjut mengenai Skim Berkat : https://www.zakatselangor.com.my/cara-pembayaran-zakat/skim-berkat-skim-potongan-gaji/
Kemana perginya segala zakat kita?
Kalau kita tengok dekat FB Lembaga Zakat Selangor, banyak update yang disalurkan untuk pembayar zakat. Korang jangan risau, zakat yang dibayar akan disalurkan kepada insan yang benar-benar memerlukan.
Contohnya baru-baru ni pihak Lembaga Zakat Selangor telah membuat program Ziarah Asnaf dan Iftar Ramadhan bertempat di Kariah Masjid Pt. 4, Sungai Burong, Tanjung Karang. Seramai 5 keluarga asnaf kariah tersebut telah disantuni bertujuan melihat keperluan semasa asnaf dan persiapan Ramadhan. Mereka terdiri daripada asnaf yang mempunyai tanggungan ramai, warga emas dan sakit kronik. Pada majlis tersebut, Zakat Selangor memberikan sumbangan berupa barangan dapur bagi memenuhi keperluan dan kegembiraan kepada mereka di bulan yang mulia ini.
Kempen Smart Pay Smart Stay - Kempen Jom Zakat Cashless
Sepanjang Ramadhan ni pihak Lembaga Zakat Selangor menganjurkan Kempen Jom Zakat Cashless bermula 13 April sehingga 12 Mei 2021. Kempen ini dianjurkan untuk menggalakkan orang ramai mengeluarkan zakat secara online. Pembayar zakat berpeluang memenangi sebahagian dari jumlah keseluruhan RM15,000.
Caranya mudah je :
- Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online @ branch, mobile banking, ATM machine, atau e-Wallet yang penting pastikan cashless.
- Imbas QR atau korang boleh terus isi borang di https://bit.ly/zakatcashless2021.
- Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my.
Website: https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
Selamat menunaikan zakat!
mudahnya! semoga takada sape yg terlepas tunaikan kewajipan
BalasPadam