ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Cari Idea Masakan di F&N Life - Bulan Ramadhan ni memang hari-hari kita masak kan? Kadang-kadang sampai buntu tak tau nak masak apa. Jangan kata kaum ibu, yang bujang pun selalu jadi takde idea nak memasak. Baru ni kakak kan muat turun apps F&N Life, kalau korang belum download lagi boleh tengok cara nak download kat sini.
Selain korang boleh buat pembelian produk F&N kan, korang boleh dapatkan pelbagai resepi masakan untuk berbuka dan sahur serta tips-tips masakan. Waahhhh! Best kan? Banyak idea masakan yang korang boleh dapat kat F&N Life. Kalau korang ada resepi menarik menggunakan produk F&N pun korang boleh sama-sama kongsikan kat dalam apps.
Serius bila dah godek-godek dalam F&N Life tu kan, akan timbul pulak masalah lain, korang jadi tak tau nak cuba resepi yang mana sebabnya banyak sangat resepi menarik dan pelbagai variasi masakan dari hidangan utama sampailah ke pencuci mulut. Pendek kata A-Z ada dekat situ.
Kakak kan beli Syok Soya Cincau Bundle aritu? Memula rasa macam takde variasi pun yang boleh dibuat dengan air soya dan cincau selain campurkan dengan ais dan minum sejuk-sejuk macam tu. Bila bukak je apps tu, banyak rupanya yang kita boleh buat dengan soya dan cincau. Nasib baik ada F&N Life kalau tak, sampai kesudah lah kakak tak tau yang banyak lagi desserts yang kita boleh buat dengan soya. Lepas tu apps ni sangat user-friendly, korang boleh filter je resepi mengikut produk dan tadaaaa! Keluarlah kepelbagaian resepi tu. Antaranya macam kat bawah ni.
Selain senang dan tak banyak bahan, cara nak buat pun tak renyah. Al-maklumlah, kakak ni kadang tak rajin nak buat resepi yang memakan masa yang lama, nak pulak bulan puasa, semua nak kena cepat dan pantas.
Lepas tu kan, masa kat dapur tadi adalah nampak serbuk agar-agar makanya kakak plan nak buat agar-agar soya cincau je. Boleh makan untuk sahur dan berbuka esok. Cara nak buat pun mudah dan ringkas, semudah ABC kata orang.
Okaylah, korang jangan lupa tau muat turun apps F&N Life. Terima kasih F&N, sekarang dah tak buntu lagi nak masak apa. Klik-klik apps, pilih resepi dan buat! Tak cukup bahan? Takpe, order je. Sehari dua dah sampai depan rumah. Senang kan? Selamat mencuba!
Tiada ulasan